BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jentera PAS Tumpat Mogok Selepas Ahli Parlimen Tidak Dicalonkan Semula – Laporan

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Jentera PAS Tumpat Mogok Selepas Ahli Parlimen Tidak Dicalonkan Semula – Laporan​



29/10/2022


Pas.jpg


CYBERJAYA – Jentera kempen PAS Kawasan Tumpat di Kelantan dilaporkan bertindak melakukan mogok dengan memboikot gerak kerja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas nama penyandang kerusi Parlimen kawasan itu Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Che Lah) dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon, lapor portal Sinar Online hari ini.

Laporan portal itu yang memetik sumber berkata, tindakan itu bertujuan memberi isyarat kepada pucuk pimpinan tertinggi bahawa jentera di peringkat akar umbi mahu Che Lah terus diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai ahli Parlimen.

“Situasi itu dapat dilihat apabila kerja-kerja menggantung bendera parti kurang meriah berbanding PRU sebelum ini.
“Malah ada sesetengah kawasan langsung tak gantung bendera parti.

“Biasa petugas parti akan terus bersemangat sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, namun ‘aura’ itu semakin padam selepas nama Che Lah dikatakan tidak tersenarai sebagai calon,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Menurutnya lagi, jika nama Che Lah tidak tersenarai sebagai calon PRU15 penyokong PAS sudah membuat keputusan enggan keluar membuang undi, malah mereka yang berada di rantauan juga memaklumkan tidak akan balik untuk mengundi sekiranya pucuk pimpinan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah ini.

“Situasi itu pasti akan memberikan kesan kepada PAS di Parlimen Tumpat. Saya difahamkan pucuk pimpinan akan membawa masuk calon ‘import’ dan sebagai orang yang selalu bersama akar umbi, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya lihat tiada keperluan untuk menukar Che Lah kerana beliau merupakan individu yang kuat bekerja dan cukup rapat dengan rakyat.

“Kami mahu pemimpin yang boleh susah senang bersama dan bukan bila menang batang hidung pun tidak nampak,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, sumber dalaman PAS itu berharap pucuk pimpinan parti dapat mengkaji semula keputusan itu kerana bimbang parti itu akan tumbang di Tumpat.

“Ingat Tumpat adalah salah satu deposit tetap PAS di Kelantan. Kalau mahu BN tawan Tumpat silakan gugur nama Che Lah dan kami istiqamah dengan keputusan tidak akan bekerja untuk parti serta keluar mengundi,” tegasnya.
 
Mcm pelik plak kalau ada org Pas kecewa tidak di calonkan biasanya akan bersyukur jika tidak dicalonkan
 
Hari tu ada thread org pas x meminta jawatan🤣. Cm x betul ke thread tu
Bukan dia yg minta tapi akar umbi.............

Bak kata muhaimin kat Changkat Jong le, org tamat selalu rugi............... Antara drama2 air mata masa pru... 🤣🤣🤣🤣🤣
 

Jentera PAS Tumpat Mogok Selepas Ahli Parlimen Tidak Dicalonkan Semula – Laporan​



29/10/2022


Pas.jpg


CYBERJAYA – Jentera kempen PAS Kawasan Tumpat di Kelantan dilaporkan bertindak melakukan mogok dengan memboikot gerak kerja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas nama penyandang kerusi Parlimen kawasan itu Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Che Lah) dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon, lapor portal Sinar Online hari ini.

Laporan portal itu yang memetik sumber berkata, tindakan itu bertujuan memberi isyarat kepada pucuk pimpinan tertinggi bahawa jentera di peringkat akar umbi mahu Che Lah terus diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai ahli Parlimen.

“Situasi itu dapat dilihat apabila kerja-kerja menggantung bendera parti kurang meriah berbanding PRU sebelum ini.
“Malah ada sesetengah kawasan langsung tak gantung bendera parti.

“Biasa petugas parti akan terus bersemangat sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, namun ‘aura’ itu semakin padam selepas nama Che Lah dikatakan tidak tersenarai sebagai calon,” katanya, seperti dilaporkan portal itu.

Menurutnya lagi, jika nama Che Lah tidak tersenarai sebagai calon PRU15 penyokong PAS sudah membuat keputusan enggan keluar membuang undi, malah mereka yang berada di rantauan juga memaklumkan tidak akan balik untuk mengundi sekiranya pucuk pimpinan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah ini.

“Situasi itu pasti akan memberikan kesan kepada PAS di Parlimen Tumpat. Saya difahamkan pucuk pimpinan akan membawa masuk calon ‘import’ dan sebagai orang yang selalu bersama akar umbi, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya lihat tiada keperluan untuk menukar Che Lah kerana beliau merupakan individu yang kuat bekerja dan cukup rapat dengan rakyat.

“Kami mahu pemimpin yang boleh susah senang bersama dan bukan bila menang batang hidung pun tidak nampak,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, sumber dalaman PAS itu berharap pucuk pimpinan parti dapat mengkaji semula keputusan itu kerana bimbang parti itu akan tumbang di Tumpat.

“Ingat Tumpat adalah salah satu deposit tetap PAS di Kelantan. Kalau mahu BN tawan Tumpat silakan gugur nama Che Lah dan kami istiqamah dengan keputusan tidak akan bekerja untuk parti serta keluar mengundi,” tegasnya.
Situasi itu pasti akan memberikan kesan kepada PAS di Parlimen Tumpat. Saya difahamkan pucuk pimpinan akan membawa masuk calon ‘import’ dan sebagai orang yang selalu bersama akar umbi, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya lihat tiada keperluan untuk menukar Che Lah kerana beliau merupakan individu yang kuat bekerja dan cukup rapat dengan rakyat.

“Kami mahu pemimpin yang boleh susah senang bersama dan bukan bila menang batang hidung pun tidak nampak,” katanya
.


Kat sini lah aku rasa perlunya semua parti bertanding kembali mengingatkan penyokong yg tugas hakiki Ahli Parlimen adalah berdebat di Parlimen. Jadi calon anak jati yg sentiasa berada di kawasan bukan satu kewajipan dan keperluan untuk jadi ahli Parlimen.

Aku tau ada yg twist kenyataan aku kononnya aku kata tugas ahli parlimen HANYA berbahas, aku x kata HANYA Berbahas sampai tidak perlu turun menyantuni kawasan langsung tapi umumnya memahami tugas seorang MP seumpama seorang anggota PBT, perbaiki jalan, bantuan kemiskinan dll.

Jadi dgn keadaan yg berlaku ini adalah tugasan semua pihak untuk kembali memurnikan pemahaman penyokong dan pengundi tentang Tugas Hakiki seorang Ahli Parlimen, agar tidak timbul isu boikot andai calon yg di import dicalonkan.
 
Back
Top
Log in Register