BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenazah Pengarah KPDN Kelantan Selamat Dikebumikan Di Bachok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
6e5a8ea419895d2b09e416ce1dcb44b469d4879054655

96e765fc4e527af0d2a5c5eba195534c69d487a5b3fbb

7d2812190b1161a3d2f86bf250514f5d69d487b7d84fd

Jenazah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail yang meninggal dunia akibat kanser usus awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuin dekat sini kira-kira 9.30 pagi tadi.

Hampir 200 kenalan, sanak saudara dan kakitangan KPDN Kelantan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham termasuk lima selepas jenazah disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat.

Anak sulungnya, Nur Arisha Abi Azman, 29, berkata mereka sekeluarga redha dengan pemergian Allahyarham yang mula dikesan menghidap kanser usus Disember tahun lepas.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jenazah Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail yang meninggal dunia akibat kanser usus awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuin di sini, pada 9.30 pagi.

Hampir 200 kenalan, sanak saudara dan petugas KPDN Kelantan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham termasuk lima anaknya, selepas jenazah disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat.

Anak sulungnya, Nur Arisha Abi Azman, 29 berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham yang mula dikesan menghidap kanser usus pada Disember tahun lepas.

"Sebelum ayah ditidurkan lapan hari lepas, kami semua sempat berbual dengan ayah. Ayah seorang yang kuat dan menyatakan untuk terus berikhtiar seboleh mungkin mengubati penyakitnya.

"Namun, pagi tadi kami dikejutkan dengan berita pemergian ayah. Walaupun sangat sedih, kami reda. Kami juga bersyukur kerana sempat menjaga ayah dalam tempoh tiga bulan ini sejak didiagnosis penyakit kanser usus," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nur Arisha Abi berkata Allahyarham sebelum ini telah dua pembedahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan sedang menunggu untuk pembedahan ketiga.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDN Kelantan Aswadi Jaafar menyifatkan pemergian Allahyarham yang mula bertugas pada 2023 satu kehilangan besar buat seluruh warga agensi itu.

"Arwah seorang yang sangat baik, lemah lembut dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Dalam tempoh sakit beliau tetap memikirkan tentang kerja dan nasihatkan kami supaya bekerja dengan baik. Amanah ini akan kami jalankan sebaik mungkin

"Saya bagi pihak KPDN Kelantan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga. Kami kehilangan seorang bos yang sangat baik," katanya.

 
Back
Top
Log in Register