Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
NEW YORK 4 April – Kira-kira 2.4 juta orang di seluruh dunia menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan manusia pada satu-satu masa dan 80 peratus daripada mereka dieksploitasi sebagai hamba seks, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Ketua Jabatan PBB mengenai Dadah dan Jenayah, Yuri Fedotov berkata, 17 peratus daripada mangsa dijual untuk menjadi buruh paksa termasuk di rumah dan ‘di kilang-kilang perah keringat’.
Beliau memberitahu mesyuarat Perhimpunan Agung PBB mengenai pemerdagangan manusia, AS$32 bilion (RM99.2 bilion) dikaut setiap tahun oleh penjenayah tidak berperikemanusiaan yang menjalankan rangkaian pemerdagangan manusia, dan dua daripada tiga mangsa mereka adalah wanita.
“Memerangi penjenayah itu menjadi cabaran yang luar biasa hebatnya.
“Pada satu-satu masa, 2.4 juta orang menderita akibat jenayah yang memalukan dan menjatuhkan maruah mereka,” kata Fedotov.