hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Polis cedera, motosikal dihimpit ketika kejar suspek
Kluang: Seorang anggota polis cedera selepas motosikal ditunggangnya dihimpit kenderaan pacuan empat roda yang disyaki dinaiki suspek terbabit dengan kecurian kabel di Jalan Dorset di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.45 pagi.
"IPD Kluang mengesahkan menerima laporan seorang anggota polis rondaan bermotosikal cedera selepas terjatuh ketika mengejar suspek yang dipercayai mencuri kabel seperti yang tular di media sosial.
"Siasatan awal mendapati kejadian kecurian kabel berlaku pada 1.57 pagi, dengan suspek dipercayai mengikat kabel pada kenderaan jenis Mitsubishi.
"Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan atau menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan sekumpulan lelaki menaiki sebuah kenderaan pikap dan melarikan kabel yang diikat pada bahagian belakang kenderaan berkenaan.