BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

Kecurian Kabel Punca Kelewatan Perkhidmatan ETS, KTM Komuter Utara​

df707beff8e07d88658f4d106edb84b769106e23280cf


Beberapa perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami kelewatan ekoran insiden kecurian kabel sepanjang kira-kira 100 meter di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kejadian itu menyebabkan gangguan kepada sistem persemboyanan di laluan itu sekali gus menjejaskan operasi perkhidmatan tren di sektor utara.

“Kejadian dikesan oleh Polis Bantuan KTMB pada awal pagi ini selepas pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat kehilangan kabel,” menurut kenyataan itu.

KTMB memaklumkan beberapa perkhidmatan KTM Komuter Utara yang terlibat mengalami kelewatan kira-kira 23 sehingga 40 minit manakala semua perkhidmatan ETS di laluan itu dijangka mengalami kelewatan antara tiga sehingga 90 minit.

Pasukan teknikal KTMB sedang giat melaksanakan kerja pembaikan dan pemulihan bagi menstabilkan semula operasi serta memastikan pergerakan tren kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin.

Penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status perjalanan dan kelewatan tren melalui media sosial rasmi KTMB serta merujuk petugas stesen bagi mendapatkan bantuan lanjut.

“KTMB memandang serius insiden kecurian kabel kerana bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi tren, malah turut memberi implikasi terhadap aspek keselamatan dan kebolehpercayaan sistem perkhidmatan rel negara.

“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang,” menurut kenyataan itu.

 
14238796321923965-400372.jpg

14238796321923965-400373.jpg

14238796321923965-400374.jpg

14238796321923965-400375.jpg


Kecurian Kabel Jejas Operasi ETS dan KTM Komuter Utara

Oleh : Zaki Salleh

IPOH : Kecurian kira-kira 100 meter kabel di KM95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting menjejaskan sistem semboyan sekali gus menyebabkan gangguan operasi tren di sektor utara hari ini.


Menurut KTMB, kehilangan kabel tersebut memberi kesan kepada beberapa perkhidmatan ETS dan KTM Komuter Utara yang melalui laluan berkenaan.

Akibat gangguan itu, beberapa tren dilaporkan mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal perjalanan.

Antara tren yang terjejas ialah ETS EP9121 yang mengalami kelewatan sehingga 90 minit, selain EX9171, EP9323 dan EG9343.

Perkhidmatan KTM Komuter Utara turut terkesan termasuk tren No. 2902, 2903, 2904 dan 2905.

KTMB memandang serius insiden kecurian kabel itu kerana ia menjejaskan kelancaran operasi serta aspek keselamatan sistem rel negara.

Pasukan teknikal KTMB kini sedang menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan bagi memastikan operasi tren kembali stabil secepat mungkin.

Penumpang disaran mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan tren menerusi media sosial rasmi KTMB atau kakitangan stesen bertugas.

KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran penumpang sepanjang gangguan operasi berlaku.

Sumber Perak Tastic
 


Cubaan mencuri kabel disekitar Rapat Setia Ipoh.
Date 30/05/26
Masa : 5.04am
Proton persona merah BQB 9682
 

Dua Lelaki Ditahan Selepas Video Cubaan Curi Kabel Tular​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Rapat Setia Baru di sini, selepas rakaman kejadian itu tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi tadi di sebuah restoran di kawasan Bercham.

“Semalam, pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular menerusi aplikasi X yang memaparkan dua lelaki membuka sebuah kotak agihan (DB) milik TM berhampiran sebuah rumah di Taman Rapat Setia Baru.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kehilangan kabel berlaku, namun terdapat kesan cubaan membuka dan menggeledah kotak DB tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipercayai digunakan semasa kejadian serta beberapa barangan lain bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

 

Polis Buru Suspek Curi Kabel Telekomunikasi Di Batu Uban​

5a8e0eded4ecf6e1bc8847782d8a549760ea9d8173de5

0c21a0fe2130d2fbb9d580a0d04db57c6a1ebb8b705e5


Polis giat mengesan suspek disyaki terlibat kejadian mencuri kabel telekomunikasi di Jalan Batu Uban di sini, yang tular di media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang juruteknik Telekom Malaysia (TM) berusia 41 tahun pada 10.50 pagi tadi.

“Pengadu memaklumkan melihat satu video tular berdurasi satu minit 24 saat yang memaparkan kejadian mencuri kabel di tepi jalan Jalan Batu Uban 1, Gelugor.

“Pengadu telah melakukan pemeriksaan dan mendapati kabel telekomunikasi milik TM dianggarkan sepanjang 70 meter bernilai RM17,000 dipotong dan dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata suspek dipercayai menggunakan kenderaan Mazda 6 Hatchback berwarna gelap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerusi talian 04-228 2222 atau 04-218 1881.

Menerusi rakaman video tular itu, sebuah kereta berwarna gelap dikejar beberapa penunggang motosikal selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.

 


Polis tahan dua lelaki cuba curi kabel


IPOH – Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia di kawasan Taman Rapat Setia Baru, di sini, semalam.


Katanya, tangkapan dibuat susulan video tular yang memaparkan tindakan dua individu dalam keadaan mencurigakan membuka ‘distribution box’ milik TM berhampiran sebuah rumah di kawasan berkenaan.

‘Hasil siasatan mendapati tiada kehilangan kabel dilaporkan, namun terdapat kesan cubaan membuka dan menggeledah kotak berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah, manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah.

Katanya, dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona berwarna merah dan beberapa barangan lain bagi membantu siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 

Dua Lelaki Ditahan Selepas Video Cubaan Curi Kabel Tular​

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan dua lelaki disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Rapat Setia Baru di sini, selepas rakaman kejadian itu tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 38 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi tadi di sebuah restoran di kawasan Bercham.

“Semalam, pihak polis telah mengesan satu rakaman video tular menerusi aplikasi X yang memaparkan dua lelaki membuka sebuah kotak agihan (DB) milik TM berhampiran sebuah rumah di Taman Rapat Setia Baru.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kehilangan kabel berlaku, namun terdapat kesan cubaan membuka dan menggeledah kotak DB tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati seorang daripada lelaki itu memiliki satu rekod kes jenayah dan tujuh rekod kes dadah manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod kes jenayah.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipercayai digunakan semasa kejadian serta beberapa barangan lain bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

tahan??buang masa...lepas penajara buat lagi...tahan jgn hidup
 
14246020038471453-403024.jpg

14246020038471453-403025.jpg


KES KECURIAN KABEL BERJAYA DIGAGALKAN DI KLANG


Pasukan bertindak segera ke lokasi dan berjaya mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang merentap serta mencuri kabel di kawasan landasan. Suspek kemudiannya berjaya ditahan hasil tindakan pantas anggota Polis Bantuan KTMB dengan bantuan Pasukan Taskforce D4 JSJ IPD Klang Selatan.


Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

KTMB merakamkan penghargaan kepada Polis Bantuan KTMB dan IPD Klang Selatan atas tindakan pantas dalam memastikan keselamatan operasi kereta api serta melindungi aset dan infrastruktur perkhidmatan rel negara.

KTMB melalui Pasukan Polis Bantuan akan terus mempergiat rondaan dan pemantauan keselamatan bagi memastikan keselamatan infrastruktur landasan serta kelancaran operasi tren sentiasa terjamin.

Perbuatan menceroboh dan merosakkan harta benda kereta api merupakan satu kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), yang memperuntukkan tindakan tegas termasuk denda, penjara atau kedua-duanya sekali terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta untuk segera menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan tindakan segera diambil.

#KTMB #PolisBantuan
 

Lelaki Curi Kabel KTMB Dipenjara Tiga Bulan​

b822ef188565c4b2dc445bfa106335f26a27b5cca47ee

Warga tempatan Railey Nasal, 35, (dua, kiri) dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kabel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Sabtu lepas.

Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri kabel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Sabtu lepas.

Majistret Nor Azilah Mat menetapkan hukuman berkenaan terhadap Railey Nasal, 35, dan memerintahkan hukuman tersebut dikenakan bermula dari tarikh tangkapan.

Lelaki itu didakwa mencuri kabel trek jenis 16 milimeter (mm) sepanjang 40 meter (m), dan jenis 2.5 mm sepanjang 20 m milik KTMB bernilai RM850 dengan cara memutuskan kabel berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di landasan kereta api KTM berdekatan Jalan Sembilang 8E, Jalan Telok Pulai, di sini kira-kira 1.20 tengah hari pada 6 Jun.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sulfie Abu Hassan, manakala tertuduh diwakili oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Izzat Dzulkafli.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditahan ketika dipercayai sedang mencuri kabel di kawasan landasan kereta api di Kilometer (KM) 36.215 Downline Klang.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu terbongkar apabila anggota Polis Bantuan KTMB yang menjalankan rondaan bersama-sama Pasukan Taskforce D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat mengenai gangguan litar landasan di lokasi berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register