BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah curi kabel semakin menjadi-jadi di Malaysia

461fce539074e387efe88ce8561f420b6771310eeca84

09574af564b3815523451f062f1ec21367695fd8737d4


Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel telekomunikasi di Jalan Raja Musa Aziz di sini seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Tambun pada 12 tengah hari semalam dan sebuah kenderaan serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas.

"Siasatan mendapati suspek sebelum ini telah ditangkap oleh polis pada 21 April lepas dan dituduh di mahkamah pada 22 April di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. Suspek dipercayai meneruskan kegiatan jenayah sama hingga membawa kepada kejadian terbaharu yang tular.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat bersama dua lagi rakan yang masih bebas. Ujian saringan awal juga mendapati dia positif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek direman tiga hari hingga 27 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.

Terdahulu, Muhammad Najib memaklumkan polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di laman sosial dipercayai mencuri kabel di Jalan Raja Musa Aziz, di sini.

 


Inilah Salah 1 punca penyebab line di satu kawasan hilang.
Kes ini berlaku di Salah satu pencawang di Bintulu.

Kredit owner 🎥
 


Geng curi kabel Seksyen 2 ketika subuh diburu


SHAH ALAM – Sekumpulan lelaki diburu selepas dipercayai mencuri kabel dengan pacuan empat roda di sekitar Seksyen 2 di sini, waktu subuh semalam.

Kejadian pada pukul 6 pagi itu disedari seorang lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga penduduk kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai sedang mencuri kabel.
“Satu laporan polis dibuat seorang saksi yang juga penduduk dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Usaha mengesan dan menangkap semua suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya malam ini.


“Selain itu, mereka yang melihat individu mencurigakan atau sebarang aktiviti mencuri kabel diminta segera menghubungi talian kecemasan 999 atau Hotline Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202032,” ujarnya.

Artikel : Kosmo Online
 
14223584197303493-395085.jpg

14223584197303493-395086.jpg

14223584197303493-395087.jpg

14223584197303493-395088.jpg


𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐓𝐌𝐁 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐆𝐈𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐃𝐈 𝐊𝐌𝟏𝟖𝟏.𝟗 𝐈𝐏𝐎𝐇


Menyedari kehadiran anggota, suspek bertindak melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Bantuan segera telah dipanggil dan satu operasi pencarian dijalankan bersama pasukan tambahan termasuk anggota PDRM dalam keadaan hujan lebat. Hasil usaha tersebut, seorang suspek lelaki berjaya ditemui dan ditahan kira-kira jam 4.30 petang berhampiran landasan bersama kabel milik KTMB.


KTMB melalui Pasukan Polis Bantuan akan terus mempergiat rondaan keselamatan bagi memastikan keselamatan infrastruktur landasan serta kelancaran operasi tren sentiasa terjamin. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menghubungi Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 (24 jam) atau memaklumkan kepada PDRM bagi tindakan segera.

#KTMB #PolisBantuan
 
b096c07fe676dc2d21c86a58f2fc66eb69f9f83ad7950

Kredit: FB KTMB

Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di kawasan landasan kereta api Kilometer 181.9 berhampiran Jalan Tun Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 4.30 petang oleh polis bantuan KTMB bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri namun berjaya diberkas. Pihak polis turut merampas satu beg plastik mengandungi tiga gulung kabel disyaki milik KTMB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif terhadap dadah jenis methamphetamine dan dia juga memiliki tujuh rekod pelbagai kes jenayah serta 15 rekod dadah.

Lelaki itu kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 66 Akta Keretapi 1991.

 
Back
Top
Log in Register