BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jenayah 'Cinta Siber' Semakin Membimbangkan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 8 Mac - Kes jenayah 'cinta siber' membabitkan golongan wanita sebagai mangsa di negara ini, semakin membimbangkan berikutan peningkatan kes itu setiap tahun

Pegawai penyiasat Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, ASP Mohd Syafiq Jinuin Abdullah berkata pada tahun lepas sahaja, sebanyak 1,646 kes jenayah siber dilaporkan membabitkan kerugian lebih RM56 juta

"Pada 2014, sebanyak 1,015 kes sama dilaporkan berlaku dengan nilai kerugian RM52 juta," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Wanita Sedunia 2016 di sini, hari ini

Mohd Syafiq berkata modus operandi jenayah itu ialah menyasarkan wanita berumur antara 35 dan 45 tahun, khususnya golongan ibu tunggal yang kaya

"Majoriti suspek warga Afrika...suspek akan memulakan perkenalan dengan menabur janji manis menerusi laman sosial seperti facebook, e-mel dan skype

"Setelah berkenalan dan serasi dengan mangsa, suspek bertindak menipu mangsa," katanya

Pada majlis berkenaan, seramai 200 wanita turut diberi pendedahan mengenai keselamatan dan demonstrasi mempertahankan diri

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din

Sementara itu, Mohd Zani berkata polis sedang memperketatkan pemeriksaan kemasukan warga asing ke negara ini, bagi merekodkan identiti mereka supaya mudah dikesan apabila terbabit dengan jenayah
 
Wanita yg dahagakan kasih sayang mudah terkena
 
Beri lagi awang hitam masuk ramai2 ke dalam Malaysia atas visa pelajaran palsu.
 
Wanita yang pandai dan berkerjaya ramai.....tapi yang gagal dalam hubungan kemanusiaan juga ramai. Jumpa lelaki Melayu semua kaki pecah rumah, tu yg cari yang pandai cakap org putih kat internet....sekali dpt org hitam daaaa.....
 
golongan kurang kasih sayang dan kegersangan

cari jalan mudah untuk dapat jodoh
 
nampaknya wanita sebenarnya kurang belaian perasaan.
 
kt malaysia ni ramai lelaki bujang.. maybe xpandai ayat tu yg terpedaya dgn awang hitam ayat2 manis.. guna dp laki2 ensem..
 
Back
Top
Log in Register