oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
KEPALA BATAS: Kononnya datang untuk mengajak individu seusia ke majlis kenduri kesyukuran, sebaliknya ia adalah taktik yang digunakan seorang penjenayah warga emas di sini untuk melakukan kegiatan samun.
Itu modus operandi yang digunakan seorang suspek berusia 60 tahun yang dikesan melakukan tujuh kes samun di daerah Seberang Perai Utara dekat sini dan Kedah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata penjenayah yang ditahan pada Khamis lalu kini disambung reman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut.
“Suspek ditahan di sebuah rumah dekat Taman Belatuk, Nibong Tebal selepas polis mendapat laporan daripada seorang wanita warga emas yang patah paha apabila disamun di rumahnya dekat Pajak Song kira-kira jam 11.15 pagi.
“Sebelum itu, dia yang memberitahu mangsa bahawa dia adalah kakitangan Tenaga Nasional Berhad (BHD) mahu menjemput mangsa untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran sebelum ia bertindak menyamun mangsa,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.
Jelasnya, hasil soal siasat lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan mula bergiat aktif sejak September lalu.
Noorzainy berkata, suspek hanya menumpukan mangsa-mangsa yang terdiri daripada warga emas sepertinya untuk memudahkan dia menjalankan kegiatan jenayah.
“Jumlah kerugian yang dialami semua mangsa dalam kegiatan samun yang dijalankan suspek dianggarkan berjumlah RM42,000.
“Polis menyeru semua mangsa-mangsa berkenaan hadir ke IPD daerah ini untuk pengecaman barangan termasuk jika ada mangsa-mangsa lain yang pernah disamun oleh penjenayah itu untuk membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 dan 394 Kanun Keseksaan.
sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/495787/jemput-pergi-kenduri-tetapi-menyamun#cxrecs_s
.