BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jemaah solat dalam gelap

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 umat Islam terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik yang disalurkan ke Surau Al Mu’min Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini diputuskan tanpa notis petang semalam.

Difahamkan, kebiasaannya lebih daripada 50 jemaah akan menunaikan solat di surau berkenaan malah setiap hari Khamis pada waktu malam, bacaan Yasin akan diadakan tetapi semuanya tergendala akibat ketiadaan bekalan elektrik.


Timbalan Pengerusi Surau berkenaan, Syed Bilfil Syed Busu berkata, pihaknya baru sahaja menerima notis kuning daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam tetapi pada masa yang sama, pihak TNB sudah memutuskan bekalan elektrik malah suis utama turut ditanggalkan.

“Berdasarkan notis berkenaan, kami diberi tempoh sehingga 31 Julai depan untuk melunaskan tunggakan berjumlah RM1,299.73 itu tetapi mereka sudah memutuskan bekalannya lebih awal sehingga mengganggu ibadah kira-kira 800 umat Islam di kawasan ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, meskipun pihaknya sudah menghubungi pihak TNB untuk mengambil tindakan segera di atas kesilapan mereka tiada tindakan diambil sehingga ke malam tadi.


Katanya, pihaknya akan melakukan pembayaran dalam masa terdekat dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai 116 unit rumah teres dua tingkat itu hampir 100 peratus dihuni masyarakat beragama Islam.


Sementara itu usaha Harian Metro untuk menghubungi pihak TNB mengenai masalah dihadapi penduduk itu gagal.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Jemaahsolatdalamgelap/Article
 
Kalau surau/rumah tak bayar bil, cepat je TNB datang potong. KILANG & IKS yang besar-besar tak bayar bil sampai puluh/ratus/ribu/puluh ribu/ratus ribu RM takde pulak TNB nak datang menjenguk & terus potong :(scam
 
dengar dulu apa jawapan TNB baru boleh judge. Takdapat dihubungi le plak!
 
time2 ade masalah, mmg xjumpe laa org yg nak dihubungi tuh..
 
Back
Top
Log in Register