combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,386
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,386
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tangkap layar video menunjukkan jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bercampur saf. - Instagram
JAKARTA – Satu klip video tular di Kudus, wilayah Jawa Tengah memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bercampur saf antara lelaki dan wanita, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian dirakam di Alun-Alun (Dataran) Simpang Tujuh Kudus, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @infomalangan menunjukkan sejumlah lelaki dan wanita menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di sebuah dataran.
Mereka malah bercampur saf, dengan penduduk tempatan hanya membiarkan perkara itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 142,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana jemaah lelaki dan wanita boleh bercampur?” kata seorang netizen.
“Pihak penganjur yang salah!” kata pengguna media sosial. – AGENSI
Jemaah lelaki, wanita solat raya campur saf
JAKARTA - Satu klip video tular di Kudus, wilayah Jawa Tengah memaparkan orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan bercampur saf antara lelaki dan wanita, lapor portal berita Lambe Turah. Kejadian dirakam di Alun-Alun (Dataran) Simpang Tujuh Kudus, baru-baru ini. Rakaman video dimuat...
www.kosmo.com.my