akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,006
- Points
- 881
Jejas rasa hormat terhadap agamawan
Oleh Sudirman Mohd Tahir
A view of the sea
Dr Abu Hafiz Salleh Hudin
Kuala Lumpur: Kebelakangan ini terdapat banyak kes kontroversi membabitkan golongan agamawan seperti ustaz, Pencetus Ummah (PU) dan Da'i yang terbabit dalam isu salah laku seksual.
Kes yang dilaporkan ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat tetapi juga mencetuskan perdebatan mengenai peranan dan tanggungjawab golongan agamawan dalam menjaga integriti moral serta etika.
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur'an dan Sunnah Abdul Hamid A Abu Sulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, tidak boleh dinafikan isu sedemikian mampu menjejaskan rasa hormat dan kepercayaan masyarakat.
"Amat dikesali apabila perkara ini turut terpalit kepada golongan agamawan atau individu yang dianggap berpengaruh dalam soal agama. Dalam isu ini, sama ada orang agama atau bukan agamawan, adalah sama di hadapan undang-undang.
"Bahkan agamawan termasuk saya sendiri sepatutnya mempunyai tanggungjawab memberikan contoh baik kepada masyarakat awam. Namun, mereka kekal manusia dan tiada yang maksum," katanya.
Menurutnya, amat penting buat masyarakat agar tidak mempunyai ketaksuban terhadap mana-mana watak agamawan.
"Sebab itu amat penting mengelakkan untuk mempunyai ketaksuban atau fanatisme mahupun pengkultusan pada mana-mana watak agamawan.
"Apa yang benar adalah mengikuti ajaran Quran dan Sunah. Mana yang bercanggah, perlu ditegur atau ditinggalkan. Tatkala mereka ada dilaporkan berbuat perkara yang melanggar undang-undang dan perintah agama, terbuka untuk disiasat, didakwa dan dihukum," katanya.
Abu Hafiz berkata, isu membabitkan salah laku seksual ini adalah kompleks dan menyentuh banyak lapisan masyarakat.
"Justeru, isu ini memerlukan tindakan yang tegas dari pihak berkuasa, institusi agama, dan masyarakat dalam menangani dan mencegah kejadian ini daripada berulang. Tindakan proaktif dan reformasi dalam institusi agama, kesedaran masyarakat, serta keadilan yang adil adalah kunci untuk menangani isu ini secara berkesan," katanya.
Disiarkan pada: September 28, 2024 @ 7:01am