IzaraFX
Fun Poster
- Messages
- 713
- Joined
- Oct 17, 2018
- Messages
- 713
- Reaction score
- 17
- Points
- 15
PUTRAJAYA 4 Jan. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuat persiapan yang sewajarnya untuk menghulurkan bantuan kecemasan di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang dilanda Ribut Siklon Tropika.
Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, semua negeri melalui Pusat Gerakan Operasi (PGO) juga diarahkan supaya memantau kesiapsiagaan anggota dan aset jabatan termasuk kenderaan darat, air dan udara dalam keadaan baik.
“Selain itu, aset JBPM termasuk kenderaan darat, air dan udara itu juga perlu diletakkan di kawasan yang strategik bagi memudahkan pergerakan apabila berlakunya sebarang kecemasan,” kata jabatan itu dalam satu kenyataannya di sini hari ini.
Selain itu, JBPM juga telah mengarahkan balai-balai untuk membuat pemantauan dan rondaan di kawasan pesisir pantai bagi memastikan keadaan sekitar selamat dan tindakan operasi menyelamat dapat berjalan dengan lancar dan pantas.
“JBPM juga telah mengarahkan pegawai kanan di ibu pejabat jabatan di Putrajaya untuk bertugas secara ‘standby 24 jam’ di Pusat Pengurusan Operasi (PPO) bermula Rabu lalu sehingga hari ini untuk memantau keadaan semasa Ribut Siklon Tropika.
“Mereka juga bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan kecemasan yang melibatkan anggota dan aset jabatan ke negeri-negeri yang terkesan dengan Ribut Siklon Tropika,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan amaran waspada tahap kuning bagi kawasan pantai timur, negeri-negeri berkenaan akan menerima hujan lebat dan angin kencang pada kelajuan 40 kilometer (km) sejam.
Kawasan perairan Kelantan dan Terengganu juga dijangka menerima angin selaju 50-60 km sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter, kelajuan itu boleh menyebabkan kerosakan struktur bangunan terutama rumah-rumah di pesisiran pantai, risiko pokok tumbang dan banjir kilat di kawasan yang terlibat.
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jbpm-buat-persiapan-hadapi-ribut-siklon-tropika-1.815628