soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Kenapa bayi cenderung menghisap ibu jari? kerana mereka berasa selesa dan tenang apabila menghisap jari.
Menurut satu kajian di Pusat Kanser Markay, pesakit yang menjalani terapi jari dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Ianya dikenali sebagai satu seni perubatan kuno yang dinamakan Jin Shin Jyutsu dapat melegakan tekanan dalam diri kita. Ianya memerlukan urutan lembut atau genggaman pada jari jemari untuk mengimbangi kuasa minda, fizikal, dalaman dan semangat. Jari mempunyai titik refleksi yang menghubungkan emosi seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini. Genggam jari yang berkaitan dengan masalah anda selama 3-5 minit sambil melakukan senaman pernafasan secara mendalam. Kalau anda stress bekerja boleh pegang ibu jari anda sewaktu baring hendak tidur. Jangan pula ada yang menghisap ibu jari pulak!