BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janji ditepati: Zed Zaidi

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
TURUT memuji keprihatinan Perdana Menteri, Presiden Seniman, Zed Zaidi bersyukur kerana beberapa usulnya telah diterima baik.

Menurut Zed yang mewakili seluruh penggiat seni tanah air, kesemua usul yang dikemukakan adalah bertujuan untuk membela nasib insan seni yang selama ini dipandang remeh.

"Saya tidak menyangka Perdana Menteri bersedia mendengar luahan anak seni dan ucapannya sangat ikhlas dalam usaha membantu.

"Ternyata, segala dasar dari pimpinan tertinggi sangat cantik dan tersusun. Namun, selama ini kami menjadi 'mangsa' akibat kelalaian kementerian dalam menyampaikan dasar itu secara telus.

"Namun, kini saya yakin, segala janji Perdana Menteri bukanlah janji kosong. Walaupun beberapa perkara memerlukan kajian menyeluruh terlebih dahulu, namun saya pasti, janji itu adalah janji yang ditepati," katanya yang turut mengemukakan usul pelepasan cukai kepada syarikat yang ingin menaja konsert artis tempatan.

Katanya, ini juga adalah sebab kenapa golongan artis dan penggiat seni perlu menyokong kerajaan yang berusaha membantu dalam setiap perkara.
 
Back
Top
Log in Register