kakigossip
Active+ Member
- Messages
- 3,067
- Joined
- Apr 21, 2011
- Messages
- 3,067
- Reaction score
- 40
- Points
- 40
INTAN lega dan berbesar hati dapat melunaskan janji membawa keluarga pembantunya dari Pilipina meraikan Krismas di Malaysia.
"Tunai janji, Intan Najuwa ‘terbangkan’ keluarga pembantu dari Filipina" PETALING JAYA – Melunaskan janji, pelakon Datin Intan Najuwa membawa keluarga pembantu rumahnya dari Filipina ke Kuala Lumpur bagi meraikan Krismas.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, jasa Jussele menjaga puterinya, Imane Lunara amat dihargai dan rasa berbesar hati dapat menyatukan wanita terbabit dengan familinya pada perayaan tersebut.
“Jussele, pembantu rumah saya. Dia antara rezeki terbesar dalam hidup saya.
“Dia menjaga Lunara dengan penuh kasih sayang dan saya amat berterima kasih kepadanya,” tulisnya dalam hantaran di Threads.
Dalam perkongsian tersebut, Intan menunjukkan gambar pembantunya menikmati hidangan bersama ahli keluarga yang dipercayai baru tiba di kediamannya.
Menurut ibu kepada seorang anak itu lagi, sebelum ini dia pernah memaklumkan mahu membawa keluarga Jussele ke Malaysia sekali gus bersyukur apabila dapat merealisasikan perkara tersebut.
“Saya pernah berjanji untuk menerbangkan keluarganya ke Kuala Lumpur dan kini saya dapat membawa anaknya dari Filipina supaya mereka dapat menyambut Krismas bersama-sama.
“Selamat menikmati musim cuti, Jussele dan keluarga!” ujarnya berkongsi kegembiraan.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
==============================
Ala Intan ni baiknya suka2 bawa family Jussele datang sini. Tapi nak wish la, takde update latest kat IG pun. Haih malas2 nak layan kekayaan orang ni.
Tunai janji, Intan Najuwa 'terbangkan' keluarga pembantu dari Filipina
PETALING JAYA - Melunaskan janji, pelakon Datin Intan Najuwa membawa keluarga pembantu rumahnya dari Filipina ke Kuala Lumpur bagi meraikan Krismas.Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, jasa Jussele menjaga puterinya, Imane Lunara amat dihargai dan rasa berbesar hati dapat menyatukan...
www.kosmo.com.my