BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~((( Jangan Main Mercun !!! )))~

jari kudung kita x??? :D

Laling cukup hairan dengan pembuka thread ni kerana tidak
memberi option kepada hardcore kanak-kanak yg minat main mercun untuk belajar bagaimana nak main mercun dengan selamat..

Dari itu ada baiknya kita belajar dari segi kimia organik dan ilmu sains letupan bagaimana membuat mercun yang selamat dan tidak merbahaya

Adakah SC02+C203+H20 boleh menghasilkan gegak gempita di kampung?

:(scam
 
Laling cukup hairan dengan pembuka thread ni kerana tidak
memberi option kepada hardcore kanak-kanak yg minat main mercun untuk belajar bagaimana nak main mercun dengan selamat..

Dari itu ada baiknya kita belajar dari segi kimia organik dan ilmu sains letupan bagaimana membuat mercun yang selamat dan tidak merbahaya

Adakah SC02+C203+H20 boleh menghasilkan gegak gempita di kampung?

:(scam

xyah heran la laling...
ok nak main boleh main....padah tanggung sendiri....
abih duit... asal selamat puashati kan????
duit pun duit kita bukan duit org lain. :-? :-? :-?
 
Kastam Kedah rampas mercun dan bunga api (15:34 pm)

BUKIT KAYU HITAM: Tiga rakyat Thailand yang cuba menyeludup mercun dan bunga api ke negara ini dan seorang peniaga tempatan yang menyimpan bahan larangan itu ditahan oleh Kastam Kedah semalam.

Pengarah Kastam Kedah, Ahmad Maher Abdul Manaf berkata pihaknya turut merampas 332 kilogram pelbagai jenis bahan larangan itu bernilai kira-kira RM2,400.

Beliau berkata rakyat Thailand itu dipercayai menjadi pembekal kepada peniaga tempatan berkenaan dan membawa masuk bahan larangan itu ke negara ini dengan menyembunyikannya dalam ruangan yang diubah suai pada kenderaan mereka.

Tangkapan pertama dibuat apabila Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan sebuah Toyota Hilux yang dinaiki sepasang suami isteri berusia 50an setelah mereka melepasi Kompleks Imigresen dan Kastam (CIQ) Bukit Kayu Hitam dalam sekatan jalan raya di Kilometer 1.3 pada jam 7.30 pagi.

“UPP membuat pemeriksaan rapi dan menemui 120 kotak mercun mancis bernilai RM250 dengan cukai ditaksirkan RM162 tersorok dalam ruang khas kenderaan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Maher berkata kira-kira empat jam selepas itu Unit Narkotik Kastam Alor Star pula menahan pick-up jenis Nissan juga dipandu rakyat Thailand berusia 50an sebaik melepasi pemeriksaan di CIQ.

“Mereka menemui 28 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM961 dengan cukai ditaksir RM624 di seluruh bahagian termasuk di ruang tangki minyak, dinding kiri dan kanan serta belakang kenderaan itu,” katanya.

Berikutan dua tangkapan itu dan berdasarkan maklumat orang ramai Kastam Pencegah Alor Star menyerbu sebuah premis perniagaan di Jitra dan menemui 17 kartun pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 243 kilogram yang diseludup dari negara jiran dan menahan seorang peniaga lelaki berumur 56 tahun adalah pemilik premis itu.

Di ALOR STAR, UPP Kuala Kedah menahan tiga lelaki termasuk dua rakyat Thailand dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM6,500 di Jitra, malam tadi.

Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris berkata hasil maklumat orang ramai sepasukan anggotanya menahan sebuah pick-up dinaiki dua rakyat Thailand berusia 30an di Jitra pada jam 9.10 malam.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui pelbagai jenis mercun bernilai RM5,000 tersorok di bawah lantai belakang pick-up itu yang diubahsuai itu,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 40an di sebuah rumah di Taman Seri Kemuning, Jitra yang menyimpan mercun bernilai RM1,500. - Bernama
 
td dlam paper ada org bg cdgan kerajaan benarkan penjualan mercun utk mngelakkan budak2 wat mercun sendiri...

lg pun mercun&perayaan mmg x leh nk dipisahkan...
 
hah...ader orang supply mercun nie...
report sama kastam...bleh dpt incentive 10K nis...
 
berita td kastam ckp klu ade sape2 bg maklumat psl mercun akn dpt
duit advance dulu maksima smpai RM10k
 
ku mercun x ske men....tp kalau meriam buluh......
tiap2 thn weh....saper nak order??
 
td dlam paper ada org bg cdgan kerajaan benarkan penjualan mercun utk mngelakkan budak2 wat mercun sendiri...

lg pun mercun&perayaan mmg x leh nk dipisahkan...

aku sokong jani!!!!:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
haa..dgr tu adk2 kak tengku dah marh tu...hmm..tp btul laa..mercun yg bunga api ni pun bhya jgk..3 hr lps dh ada 1 insiden kt kg aku..mercun roket tu dia pasg hala kat kwn dia..skali priiiiiitttt...doommm kna tpat kat dada kwn dia...menangs meraung laa mlm tu...nsb baik kna dada..kna mata..kn buta jdnya..huhu
 
berita td kastam ckp klu ade sape2 bg maklumat psl mercun akn dpt
duit advance dulu maksima smpai RM10k

satu tawaran yg istimewa. kenapa?
korang leh pk x? :-?
 
Back
Top
Log in Register