BTC USD 83,863.4 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~((( Jangan Main Mercun !!! )))~

akibat main mercun....

mercun.jpg
 
Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat.

Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya.

‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".
 
Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.

Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.

Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.

Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya.

Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.
 
jadi ustazah la plak aku ni......
 
petikan akhbar.....

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki mengalami retak lengan kiri akibat dibelasah dengan kayu dan topi keledar oleh lima lelaki termasuk bapa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun itu gara-gara marah terhadap kanak-kanak yang bermain mercun, kelmarin.

Kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam di Kampung Pengadang Baru, di sini tercetus apabila mangsa mengejar murid tahun empat itu dengan senjata tajam ekoran tidak tahan dengan perbuatan kanak-kanak itu yang melontar mercun bertalu-talu ke arahnya sebelum itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini itu dikatakan amat marah dan cuba menghentikan perbuatan kanak-kanak itu dengan mengugutnya menggunakan parang dan tindakannya dilihat oleh bapa kanak-kanak berkenaan.

“Bapa kepada kanak-kanak itu yang juga petani berusia 63 tahun kemudian bertindak menghalangnya dan pada masa sama, datang empat lelaki turut mengepung mangsa dan memukulnya dengan menggunakan kayu dan topi keledar.
 
kerajaan main mercun bunga api stiap kali event lagi kuat membazir.....suruh rakyat jgn main mercun...dia sendiri main mercun takper...:eek:
 
kerajaan main mercun bunga api stiap kali event lagi kuat membazir.....suruh rakyat jgn main mercun...dia sendiri main mercun takper...:eek:

ni yg dinamakan ketam mengajar anaknya berjalan betul....~X(
 
betul tu kl blh jgn main mercun...merbahaya..
Kl blh main mercun waktu mlam...hehehe..
 
Back
Top
Log in Register