akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
'Jangan biar duit raya jadi duit haram'
Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Siti Norhidayah Mohd Yunus
A view of the sea
Kuala Lumpur: Niat untuk berkongsi rezeki sempena Aidilfitri, namun wang tukaran duit raya terpalit dengan dosa riba.
Memberikan 'duit raya' dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu yang dianggap tradisi bagaimanapun dibimbangi tidak memenuhi syarak dan terpalit dengan dosa riba.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Dr Muhammad Yusry Affandy Md Isa al-Hafiz berkata, pertukaran duit raya boleh terjebak dengan riba jika kriteria syarak tidak dipenuhi.
"Riba mencalarkan kejernihan duit raya apabila berlakunya pertukaran wang dalam tempoh yang berlainan, wang yang tidak senilai, caj pertukaran dan akad pertukaran yang tidak mengikut syariat. Ketika itu urusan wang 'duit raya' menjadi urusan yang haram.
"Bagi mengelak urusan pertukaran wang yang tidak syarie, pertukaran wang perlu menepati dua syarat.
"Pertamanya, pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Contohnya wang kertas RM100 akan ditukar kepada RM100 meskipun dalam bentuk helaian 10 keping wang RM10.
"Seandainya ada lebihan oleh pihak yang menawarkan atau menerima dengan sengaja maka berlakulah Riba al-Fadl," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Muhammad Yusry Affandy berkata, bagi situasi kedua, Riba al-Nasi'ah pula berlaku membabitkan isu penangguhan masa sehingga wang ditukar pada tempoh yang lain.
Beliau berkata, riba sedemikian diharamkan kerana sebahagian pihak berpotensi berada dalam keadaan 'rugi' dan duit berada dalam risiko tertentu.
"Paling utama, syarak menghendaki wang atau pertukaran barang yang senilai diperolehi dalam masa yang sama.
"Contoh situasi adalah Ahmad ingin menukar wang sebanyak RM300 dengan Ali dan Ali berjanji akan memberikan 'wang kecil' dalam jumlah sama.
"Namun, Ali menyatakan wang itu tiada padanya dan akan diberikan di kemudian hari. Selepas seminggu, Ali pun menyerahkan wang RM300 dalam bentuk 'wang kecil'. Ketika itu, pertukaran duit raya sudah terpalit dengan Riba al-Nasi'ah," katanya.
Menurutnya, ucapan pertukaran dan penerimaan perlu jelas daripada unsur mahukan keuntungan atau pulangan lain yang tidak syarie seperti meminta upah pertukaran atau caj perkhidmatan.
"Untuk mengetahui urusan pertukaran duit raya yang diharuskan dilakukan adalah Ina mahu menukar duit raya sebanyak RM500 daripada bank X dan Ina bersahabat dengan Murni yang bertugas bank berkenaan.
"Sebagai rakan, Murni boleh membantu menukar wang sebagaimana prosedur lazim, Murni menerima wang Ina pada malam Ahad iaitu selepas dia bertugas. Pada sesi tengah hari barulah Ina bergerak untuk menukarkan wang di kaunter khas di bank.
"Dalam situasi ini, riba tidak berlaku kerana Murni tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan pahala dalam membantu rakan. Biarpun Murni menerima wang pada tempoh lain, riba tidak berlaku kerana ia melakukan urusan dan selesai pada masa yang sama," katanya.
Muhammad Yusry Affandy berkata, kebanyakan orang menyangka riba hanya berlaku dalam urusan pinjaman wang namun ia boleh berlaku dalam urusan pertukaran wang.
Beliau berkata, awasilah pemberian daripada terencat dengan keinginan pujian, sifat boros dan apatahlah lagi sumber wang dan urusan wang yang haram.
'Jangan biar duit raya jadi duit haram'
Duit raya ada riba?
Tukaran wajib sama kuantiti, masa
Disiarkan pada: April 6, 2024 @ 12:10pm