BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda Perlis fobia bersolek

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.
 
tt dok perlis..amek ler sorang...nt rajin ler bersolek
 
xde masalah pun kalau org pompuan x solek.solekan hanya utk suami jerk
 
dlm kes ni, cmne dgn janda bhias tp xbhias :-?
 
- Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak -

Org perlis kena pi cari ni.....
 
wah....ade macam RCW ka??
kalu ade...nk p perlis la...
 
kan nabi dah kata, jangan bersolek kerana orang lain, bersoleklah kerana suamimu, dan haram bg seorang isteri bersolek untuk diperlihatkan kepada orang lain terutama lelaki bukan mahram, bila kat umah selekeh, nasib la kene cerai kan...
 
kat perlis line clear kalo nak pasang sorang lagi ...
 
kesian2.... x elok bersolek kecuali untuk suami
 
Back
Top
Log in Register