combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,187
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,187
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Perancangan Dan Perbelanjaan Negeri Perlis Perlu Dilaksana Penuh Amanah - Raja Perlis
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan memberikan tabik hormat pada perbarisan kehormatan pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-83 di Istana Arau hari ini.Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan setiap perancangan dan perbelanjaan negeri perlis hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah, berhemah dan bertanggungjawab serta memberi manfaat yang jelas dan nyata kepada rakyat.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah baginda tidak mahu melihat perancangan yang baik hanya kekal di atas kertas tanpa pelaksanaan berkesan.
Sehubungan itu, baginda bertitah setiap projek yang dirancang hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan dipantau rapi serta disiapkan dalam tempoh munasabah supaya manfaatnya dapat dinikmati tanpa kelewatan.
“Dalam usaha membangunkan negeri, kita tidak boleh terus terikat dengan kelaziman semata-mata. Apa yang perlu diperbaiki hendaklah diperbaiki. Apa yang tidak lagi relevan hendaklah diubah. Perlu ditekankan bahawa keberanian untuk melakukan penambahbaikan merupakan asas kepada kemajuan.
“Segala amanah yang dipikul hendaklah dilaksanakan dengan penuh integriti, keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang tinggi demi kepentingan rakyat dan negeri,” titah baginda pada sesi pertama Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Perlis di Istana Arau, di sini, hari ini, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-83.
Turut berangkat pada istiadat penganugerahan itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Raja Perlis menegaskan mereka yang diberikan amanah dalam kepimpinan negeri termasuk wakil rakyat memikul tanggungjawab besar dalam menentukan hala tuju dan masa depan Perlis dengan setiap keputusan dibuat hendaklah berlandaskan kepentingan rakyat serta tidak dipengaruhi kepentingan sempit atau jangka pendek.
“Beta berharap agar setiap ruang yang ada dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk membincangkan perkara yang membina serta menjana idea baharu yang mampu membawa perubahan bermakna.
"Kerjasama erat dan iltizam yang tinggi amat diperlukan bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” titah baginda.
Perancangan Dan Perbelanjaan Negeri Perlis Perlu Dilaksana Penuh Amanah - Raja Perlis
perbelanjaan, negeri Perlis, amanah, berhemah, Raj