BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janda Bakar Perogol Selepas Di Rogol

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
06.03.2019 - Kolkata, Seorang janda yang menjadi mangsa rogol bertindak berani dengan membakar suspek sehingga maut dalam satu kejadian di Kolkata, India pada Isnin.

Wanita tersebut menyimbah minyak tanah pada tubuh lelaki berkenaan sebelum membakarnya hidup-hidup.

Suspek dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital manakala wanita berkenaan selamat biarpun mengalami kecederaan pada tangan dan mukanya.

Bercakap kepada polis, wanita itu memberitahu, suspek yang berusia 42 tahun menyerang dan memperkosanya di rumah semasa anaknya keluar.

“Wanita itu menyimbah minyak tanah ke tubuh suspek sebelum membakarnya,” kata jurucakap polis, Sajal Kanti Biswas.

India mempunyai rekod paling teruk berhubung kekerasan seksual dan lebih daripada 100 kes rogol dilaporkan berlaku setiap hari pada tahun 2016.

Biarpun suspek telah dibawa ke muka pengadilan, pihak berkuasa di negara itu didakwa melengahkan proses hukuman.

Sejak kebelakangan ini, beberapa kes jenayah dilaporkan melibatkan mangsa rogol yang bertindak mencederakan suspek.

Pada Disember lalu, seorang perempuan berusia 47 tahun memotong kemaluan suspek berumur 27 tahun kerana merogolnya.

71517865414_kebakaranfireapi.jpg

Berita asal http://www.astroawani.com/berita-dunia/janda-bakar-lelaki-selepas-dirogol-200480
 
sy agak kurang faham... jika mampu cederakan/bunuh perogol selepas dirogol kenapa x cederakan/bunuh sebelum dirogol?
ke ... rata2 perogol terbongkang letih, lalai atau tumpo selepas tiap kali merogol tu sbb ada kesempatan mangsa rogol boleh bangkit cedera kan atau balas dendam? :-?
 
ada kemungkinan cam tu tuan. dia igt mangsa dh lemah...skali...mandi minyak.
 
Kalau ikut undang2 malaysia, alamat kena hukum gantung la mangsa rogol tu.
 
tu la, kalo undang² malaysia bertukar status la mangsa jadi suspek kalo buat cmtu...
 
sy agak kurang faham... jika mampu cederakan/bunuh perogol selepas dirogol kenapa x cederakan/bunuh sebelum dirogol?
ke ... rata2 perogol terbongkang letih, lalai atau tumpo selepas tiap kali merogol tu sbb ada kesempatan mangsa rogol boleh bangkit cedera kan atau balas dendam? :-?

kalau kenea rogol tahu la camne rasanya kot...rasa kaget, menjerit tolong,sampai lemah tak berdaya...

sampai perogol dah selesai, mungkin masa tu mangsa nampak ada botol minyak tanah dan sumber api berdekatan..terus campak kat perogol yg terbongkang keletihan
 
Pelik kalau kena curah minyak masa tido tapi tak terjaga. Real story ntah2 berbelit2.
 
Back
Top
Log in Register