TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
BENTONG: Cuaca sejuk sehingga menyebabkan air atau minyak masak menjadi beku sudah tidak lagi dapat dirasai di Kampung Janda Baik, di sini.
Malah, ada penduduk terpaksa memasang alat pendingin hawa untuk menghilangkan kepanasan terutama pada tengah hari atau petang di perkampungan itu yang sebelum ini terkenal dengan keindahan alam sekitarnya.
Sungai yang menjadi antara aset atau tarikan utama pengunjung di kampung ini kerana kejernihan dan kedalamannya tidak lagi seperti dulu berikutan airnya juga yang semakin cetek.
KAWASAN ini dipanggil Kuala Gua oleh penduduk tempatan terletak di Sungai Benus Janda Baik yang airnya semakin kotor dan surut kesan pembalakan haram. - Foto Nazirul Roselan
Kenapa ia terjadi? Wartawan BH baru-baru ini meninjau ke kampung itu yang mula diteroka pada tahun 1932 untuk mencari jawapan, seterusnya mengajak semua pihak berkepentingan menyelamatkan Kampung Janda Baik.
Setiba di kampung ini, kami bersama beberapa penduduk bergerak ke Sungai Benus bagi melihat penerokaan hutan yang didakwa mereka, dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda berikutan hanya ada jalan tanah merah.
Di sepanjang perjalanan, kami melihat rumah kongsi dan beberapa kawasan hutan sudah dibersihkan dipercayai bagi membawa keluar balak dengan mengambil kesempatan daripada projek pemasangan grid elektrik dari Lentang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
PINTU masuk ke Janda Baik, salah satu tempat pelancongan menarik di negeri Pahang. - Foto Nazirul Roselan
Ketua Kampung Janda Baik, Zahari Arop, 67, berkata pemerhatian mendapati kawasan dibersihkan itu berada di luar zon dibenarkan yang mungkin dilakukan bagi mengambil hasil balak seperti cengal dan meranti.
Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh mengurangkan 'kawasan hijau' di Janda Baik, sekali gus menyebabkan cuaca di perkampungan itu semakin panas.
"Kami tidak menghalang pembangunan, tetapi biarlah ia dilakukan mengikut peraturan," katanya.
Selepas 20 minit perjalanan, kami tiba di Sungai Benus atau turut dipanggil sebagai 'Kepala Gua' iaitu tempat berakhirnya aliran sungai dan tinjauan kami mendapati paras airnya semakin cetek.
PEMBAKARAN terbuka oleh pembalak haram dan peneroka tanah haram mencacatkan pemandangan dan industri pelancongan di sekitar Janda Baik. - Foto Nazirul Roselan
Kami kemudian bergerak ke Ulu Chemperoh selepas dimaklumkan ada hutan simpan diceroboh bagi tujuan pertanian, yang turut dikatakan menjadi punca perubahan cuaca di Kampung Janda Baik.
Penduduk, Muhammad Adha Mohamed Taha, 22, mendakwa tanah seluas 12 hektar bersebelahan milik keluarganya diceroboh untuk penanaman kacang botol, buncis, halia dan lada.
"Saya mula mengesan kegiatan itu pada November lalu ketika melawat tanah keluarga dan setahu saya tanah itu tidak bertuan. Mungkin ia kawasan hutan simpan. Saya hanya nampak pekerja Indonesia mengusahakannya," katanya yang mahu pihak berkuasa lebih proaktif memantau perkara itu.
Di Ulu Cemperoh, kami turut melihat kawasan yang dahulunya diceroboh untuk tujuan pertanian kini ditanam pokok menerusi projek penanaman semula diusahakan Jabatan Perhutanan dengan kerjasama penduduk kampung.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Janda Baik - Biro Pelancongan, Kemasyarakatan dan Kebajikan, Mohd Arris Manaf, 60, berkata hutan simpan itu diceroboh sejak 30 tahun lalu sebelum satu operasi khas dilancarkan tahun lalu berikutan kejadian di Cameron Highlands.
"Kami tidak mahu perkara sama terjadi di Kampung Janda Baik. Penceroboh memilih kawasan ini kerana mudah mendapat sumber air dari sungai berhampiran. Apabila ada operasi, mereka lari dan ceroboh pula hutan yang sukar untuk ke sana," katanya.
Dalam perjalanan ke Sum-Sum Hulu, kami singgah di beberapa kawasan tepi sungai terletak berhampiran jalan raya dan mengejutkan, apabila melihat ada rumah dibina di atas air yang mungkin menyebabkan sungai semakin cetek.
Zahari berkata, kebanyakan pemilik tanah termasuk dari luar Kampung Janda Baik menjadikan sungai sebagai sumber bekalan air dan pembangunan tidak terurus itu sudah tentu memberi kesan kepada sungai.
Bagi membuktikan dakwaan air sungai semakin cetek, kami dibawa ke Pulau Santap yang tersimpan sejarah iaitu lokasi Almarhum Sultan Abu Bakar berehat ketika berkunjung ke Kampung Janda Baik.
Benar dakwaan penduduk, paras air paling dalam hanya setakat buku lali ke pinggang berbanding sebelum ini, mencecah tebing sungai. Keadaan itu menyebabkan tidak banyak aktiviti rekreasi boleh dilakukan bagi menjana pendapatan penduduk, antaranya berkayak.
PENULIS melihat sendiri air sungai di Pulau Santap Janda Baik yang semakin surut akibat penebangan balak dan pembukaan tanah haram. - Foto Nazirul Roselan
http://www.bharian.com.my/node/44168