BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan baru runtuh

highway

Active+ Member
Messages
4,418
Joined
Oct 17, 2009
Messages
4,418
Reaction score
298
Points
46
399850_10150548285429883_87363369882_8589611_835835352_n.jpg


Jambatan baru runtuh


IPOH - Jambatan baru yang hanya sempat digunakan sebulan oleh penduduk, tiba-tiba runtuh dipercayai akibat struktur binaan yang tidak kukuh.

Jambatan berukuran sembilan meter panjang untuk kegunaan lebih 300 penduduk di Taman Gopeng Baru dekat Gopeng itu, dibina oleh sebuah kontraktor yang dilantik oleh Majlis Daerah Kampar (MDK) itu.

Kejadian pada jam 10.30 malam itu hampir meragut nyawa seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan berkenaan.

Adun Teja, Chang Lih Kang berkata, penduduk memberitahu jambatan itu tiba-tiba runtuh selepas sebuah kereta di hadapan motosikal berkenaan berjaya melepasi laluan.

Menurutnya, kawasan gelap serta tiada tanda keselamatan itu boleh membahayakan pengguna jalan sekali gus mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

“Jambatan itu pada mulanya diturap bagi mengelak hakisan di bahagian tebing longkang berkenaan akibat hujan lebat. Runtuhan itu menyebabkan bunyi kuat seperti letupan dan menggemparkan penduduk berhampiran.

“Tinjauan malam semalam (kelmarin), runtuhan itu menghasilkan lubang besar dan agak dalam. Lebih pelik, bagaimana sebuah jambatan baru dibina boleh runtuh selepas sebulan digunakan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Lih Kang berkata, kerosakan jambatan itu tidak menggusarkan penduduk berikutan mempunyai jalan alternatif lain untuk ke bandar berhampiran

Beliau meminta pihak yang bertanggungjawab membuat siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

“Difahamkan, runtuhan itu disebabkan ada paip air bawah tanah pecah. Namun, siasatan lengkap perlu dibuat bagi mengelakkan adanya unsur-unsur penyelewengan.

“Ia perlu melibatkan MDK dan Jabatan Kerja Raya selain mengharapkan pembinaan semula jambatan berkenaan dapat disegerakan,” katanya.
 
projek kerajaan negeri ni..knape pulak buat jambatan kat atas paip..alih la tempat lain..ksian penduduk kat sana...harap2 segera dibaiki...
 
tade disalahkan gomen negeri yer tak?..:)) :))
salahkan kontraktor yerlah tu..
 
betul ke kontraktor yg dilantik berkebolehan membina jambatan atau cuma boleh bina titi saja
 
satu lagi projek barisan nasional- ayat biasa je nie
 
Kat signboard pembinaan ada tulis tak
Satu lagi projek kerajaan barisan nasional
 
macam salah je buat jambatan bawah paip..
apepapun...takziah kepada keluarga penunggang motorsikal tu
 
Back
Top
Log in Register