Print_Screen
Super Active Member
- Messages
- 5,921
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 5,921
- Reaction score
- 231
- Points
- 73
Jamal syukur walaupun lewat
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
[email protected]
Gambar MOHAMED NAZIR ABDULLAH
JAMAL bercadang mengadakan sidang akhbar berkaitannya dengan Pengasih bila tiba waktu yang sesuai.
MEMIKUL tanggungjawab sebagai seorang ayah adalah sesuatu yang asing bagi penyanyi Jamal Abdillah walaupun hakikatnya sudah mempunyai dua orang anak, Osama Yamani, 10, dan Ahmad Zaki Yamani, 5.
Kata Jamal, selama ini dia tidak berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai ayah kerana dirinya sendiri tidak terurus. Ditambah pula dengan kesibukan kerjaya, waktu bersama si kecil menjadi agak terbatas.
Namun begitu, penyanyi bergelar Raja Pop itu tetap bersyukur kerana peluang untuk melakukan rutin sebagai ayah tetap hadir walaupun pada usianya yang agak lewat.
“Saya akui, sekian lama saya tidak mengambil berat tugasan sebagai ayah. Sekarang ini bila peluang itu ada, saya tidak mahu mempersia-siakannya.
“Saya amat bersyukur dengan apa yang terjadi pada saya sekarang ini kerana secara tidak langsung dapat melunaskan tanggungjawab sebagai ayah dan insan yang lebih matang,” akuinya jujur.
Keceriaan jelas terpancar di wajahnya ketika bercerita tentang tanggungjawab baru itu dan ditambah pula anak-anaknya semakin membesar.
Jamal berharap dia dapat menetap bersama anak-anak dan ibunya, apabila rumah yang dibina dijangka siap April depan.
“Sekarang ini cuti sekolah, Osama tinggal dengan saya sebab sejak akhir awal November lalu, saya tidak lagi menginap di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) yang merupakan kediaman rasmi saya sejak lima tahun lalu.
“Bila dapat tinggal di rumah sendiri, ditambah dengan kehadiran anak-anak, saya rasa lebih tenang dan aman daripada dulu. Osama kadang-kadang tanya juga, “Baba tak nak kahwin lain ke?,” ceritanya yang menjadikan anak sulung itu sebagai teman berbual.
Menurut Jamal, dia memang sibuk dengan undangan persembahan pentas tapi secara zahir, hati dan perasaannya kosong tanpa kehadiran wanita bernama isteri di sisi.
Katanya, ada wanita yang cuba mengetuk pintu hatinya namun kebanyakan kehadiran mereka ada agenda tertentu.
“Kalau saya sudah temui wanita yang boleh memahami dan tidak menyusahkan diri saya, sudah pasti saya sunting dia menjadi isteri.
“Setakat ini, yang cuba rapat dengan saya, selalunya ada maksud di sebaliknya.
“Bila dapat tahu tujuan sebenar mereka, biarpun sudah rapat, saya akan putuskan, tidak akan meneruskan ke fasa lebih lanjut. Kerana dalam usia sekarang, saya tidak mahu lagi peningkan kepala,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm