BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Syukur legasi KRU masih hidup’

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
photo-output-5.jpeg


‘Syukur legasi KRU masih hidup’" KUALA LUMPUR – Selepas puluhan tahun meninggalkan pentas anugerah kategori popular, kumpulan rap legenda KRU kembali mencipta detik manis apabila diumumkan pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan pada Anugerah Bintang Popular ke/37(ABP37).

Kemenangan itu dianggap rezeki tidak disangka, lebih-lebih lagi setelah mereka kembali aktif di pentas konsert dan menerima sokongan generasi baharu.

Menurut salah seorang anggotanya, Datuk Norman Abdul Halim, 53, pengiktirafan tersebut meninggalkan kesan besar kerana jarak kemenangannya terlalu panjang sejak kali terakhir mereka menjulang trofi hampir tiga dekad lalu.

“Alhamdulillah, pertama sekali syukur sebab legasi masih hidup. Faktor utama adalah ibu bapa (seusia mereka) sokong kami sejak era 1990-an, anak-anak mereka pun membesar dengan lagu KRU. Bila buat konsert, generasi baharu pun datang.

“Semua lagu kami lama tapi masih diputarkan. Itu bantu kami meremajakan lagu-lagu kami. Bila kami bergabung semula, sambutan memang luar biasa,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menceritakan detik diumumkan sebagai pemenang, Norman mengakui rasa sebaknya sukar dibendung.

Menurutnya, kejayaan KRU tahun ini turut disumbangkan oleh kejayaan konsert besar mereka yang mencetus semula gelombang sokongan peminat.

“Terus terang, bila sebut soal menang, saya meremang. Kali terakhir kami menang pun sekitar 1996. Lama sangat.

“Tahun ini memang refleksi semua usaha kami. Bila kami tumpu betul-betul, hasilnya nampak

“Selepas konsert, semuanya meledak. Kami hargai usaha peminat. Lagu kami pun jadi tenaga untuk mereka. Kami bertanding pun kerana mereka. Mereka undi habis-habisan. Jadi saya cakap, kemenangan ini milik peminat,” tambahnya.

KRU menewaskan 5 pencabar lain termasuk Aisha Retno & Aziz Harun, De Fam, Dolla, serta Akim & The Majistret.

Tema ABP37, ‘Satu Keunggulan’, dipilih sebagai simbol penyatuan, keunikan dan penghormatan terhadap seniman yang merintis jalan dalam dunia seni.

Malam acara dimeriahkan hos utama, Raja Azura dan Shiha Zikir, sekali gus mengekalkan reputasi ABP sebagai anugerah pilihan peminat paling berprestij dan paling lama bertahan di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.
==============================
Hihi, bestnya KRU menang balik lepas berzaman lessen, syukur lah. Nak album baru ke, lagu recycle je? Macam2 la stay relevan. Btw, check IG depa, posing kemain ye konon sentimental. 😜

 
Sebelum pi konsert KRU, Mkn panadol dulu, sapu minyak angin
Mkn dulu ubat darah tinggi dan ubat kolestrol
maklumlah kru fans mostly 45+++
Harap konsert stop sblm pukul 10. Semua dah ngantuk
 
Back
Top
Log in Register