BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalan Sunyi Menuju ke Kem Tentera

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
1751333862931.png



Jalan Sunyi Menuju ke Kem Tentera di Newport



Bekas suami aku dulu pernah bertugas di Newport, Rhode Island. Kami tinggal di sana selama tiga tahun – dari 2008 hingga 2011. Mula-mula, kami pindah masuk ke berek tentera yang terletak di Newport, berdekatan dengan kolej komuniti CCRI. Kawasan tu dekat dengan semua kemudahan, tapi masalahnya ada banyak kejadian pecah rumah dan vandalisme.



Disebabkan tu, kami buat keputusan untuk pindah ke rumah tentera lain di Portsmouth. Lokasi tu lebih terpencil sikit, tapi komuniti dia lebih besar dan lebih selesa. Suami aku masa tu bertugas sebagai pengajar bomba.



Kalau kau pernah tahu pasal pangkalan tentera sana, mesti kau tahu ada banyak pintu keluar masuk. Aku rasa pintu yang dia guna selalu tu - Gate 5A, yang kami semua panggil "back gate", sebab terletak dekat bangunan latihan bomba.



Lepas keluar dari gate tu, kau ada dua pilihan je – sama ada belok kanan ke jalan utama yang sibuk menuju Portsmouth atau belok kiri ke satu jalan sunyi. Jalan tu jenis dua hala dan lurus je, tapi… tak ada lampu jalan, tak ada lampu isyarat – kiri kanan cuma hutan dan kegelapan. Memang ramai orang elak lalu jalan tu waktu malam sebab suasana dia seram gila. Sunyi sangat dan gelap-gelita. Macam dalam filem seram.



Tapi aku ni kadang-kadang ambil juga jalan tu waktu balik mengajar dari sekolah sebab jimat masa 15 minit, pulak tu kat penghujung jalan tu terus masuk ke kawasan berek tentera dan perumahan kami. Tapi aku cuma berani guna jalan tu bila bawa trak suami aku, model Dodge Ram tahun 2001. Entah kenapa, rasa lebih selamat bila bawak kereta tu.


1751334032400.png






Gangguan Pertama



Satu malam masa aku tengah memandu balik ke rumah. Lepas tu tiba-tiba rasa macam ada sesuatu tekan belakang badan aku. Tapi bukan keseluruhan – dia tekan satu tempat je, kat pinggang kanan bawah. Macam kau duduk atas kerusi urut dekat pusat beli-belah tu – macam tu lah rasanya. Tapi masalahnya, aku bukan atas kerusi urut, aku dalam trak!



Mula-mula aku ingatkan perasaan aku je, jadi aku tunduk sikit ke depan sambil terus memandu. Aku dah banyak kali guna trak tu siang malam, tapi gangguan ni hanya jadi bila aku sorang dan guna jalan tu.

Satu hari aku tanya suami aku, ada ke dia ubah suai kerusi atau letak apa-apa kat belakang. Tapi dia tengok aku dengan muka pelik, macam aku tak betul.






Akal Vs. Naluri



Lepas tu aku mula elak lalu jalan tu. Tapi otak aku asyik cakap:

“Alaa, ni semua sebab kau kuat tengok cerita seram, cerita hantu zaman 90-an. Mestila terbayang-bayang.”

Satu malam aku nekad. Aku kata pada diri sendiri:

“Aku bukannya gila. Lantaklah, aku lalu jugak jalan tu malam ni.”






Gangguan Yang Jelas



Masa aku memandu masuk jalan tu, terus datang balik rasa tak sedap hati. Macam ada benda lain je dok tumpang dalam kereta. Aku buka lampu kabin kereta, tapi tak ada apa pun. Tapi bila aku tutup balik lampu tu, terus rasa macam ada sesuatu dalam trak tu dengan aku.



Tiba-tiba, tekanan tu datang semula kat belakang aku – tapi kali ni lebih kuat dan kasar. Macam ada orang tekan dengan buku lima dari belakang kerusi. Aku panik, aku letak tangan kanan aku kat tempat tu… dan masa tu la muka aku terus pucat.



Aku boleh rasa dengan jelas, ada sesuatu di balik kerusi tu. Ada yang tekan aku dari belakang… dan benda tu bergerak!


Aku terus buka lampu kabin, bongkokkan badan ke depan dan tekan minyak habis nak balik rumah secepat mungkin. Aku tak pernah cerita kat suami, tak pernah cerita kat sesiapa pun… dan aku dah serik nak lalu jalan tu lagi waktu malam.






Cerita Dari Orang Lain



Beberapa bulan kemudian, aku berkawan dengan seorang isteri tentera lain. Entah macam mana, kami sembang pasal jalan tu – sebab ramai guna jalan tu waktu musim panas untuk lari marathon.

Dia tiba-tiba cakap:

“Aku takkan lalu jalan tu waktu malam.”



Dia pernah sekali balik dari sekolah, dan rasa macam ada seseorang dalam kereta dia.
Dia berhenti dekat simpang hujung jalan, pandang ke belakang – tak ada siapa. Tapi masa dia pandang balik ke depan,
ada bayang hitam, tinggi, berdiri dekat atas laluan jalan bertentangan.
Dia tak pasti bayang tu keluar dari tanah, atau melekat kat jalan.
Tapi dia cakap, itu kali pertama dia pandu selaju tu seumur hidup dia.



Masa tu aku terus tahu yang aku tak gila.
Benda yang aku rasa tu bukan dalam kepala aku.
Jalan tu... yang tahu, tahulah.





Nota Penting:


Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari Reddit, internet serta media-media sosial. Diolah dan digarap semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register