lempeng
Fun Poster
- Messages
- 895
- Joined
- Dec 16, 2005
- Messages
- 895
- Reaction score
- 145
- Points
- 23
PENGALAMAN SERAM ANGGOTA TENTERA DI KEM HOBART, GURUN, KEDAH.
- Kem Hobart terletak di Gurun, Kuala Muda, Kedah.
- Kini, Kem Hobart adalah Pusat Latihan Senjata Bantuan. Di sinilah anggota tentera dari seluruh negara datang untuk belajar mengendalikan senjata berat seperti mortars, Carl Gustav, GPMG, bom tangan.
- 1940-an: Kem ini dibina dan dijadikan penempatan Anggota Tentera British dan Angkatan Tentera Gurkha pada tahun 1947. Ia dinamakan sempena seorang Pegawai Tentera British ketika itu iaitu Kapten Hobart.
4. 1969: British berundur dan kem ini diserahkan semula sepenuhnya kepada Angkatan Tentera Malaysia.
- Di "Tapak Latihan Bom Tangan" yang tersangat suram, ada tragedi menyayat hati - Team Jurutera menjalani "Latihan Kendalian Bom" yang tidak meletup. Malang tidak berbau, semasa taklimat dibuat, sistem dalaman salah satu dari bom itu tiba-tiba berfungsi dan meletup di lokasi. Jurulatih dan Pelatih mati serta-merta di tempat kejadian. Bom yang meletup telah menghancurkan segala yang ada dalam lingkaran 250 meter kawasan itu - jasad berkecai, daging bersepai-sepai merata-merata.
- Pada Disember 2014, berlaku satu letupan bom di Kedah. Siasatan mendapati seorang anggota tentera — Koperal Ayob Hassim, 34, dari Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang bertugas di Kem Hobart, Gurun telah mengutip bom tidak meletup untuk diambil logam tembaganya dan dijual kepada peniaga bahan lusuh. Dalam kejadian letupan itu, Ayob, anaknya Hidayah (8 tahun), dan anak jiran Afiq Luqman Shahrizal (4 tahun) maut apabila beberapa bom mortar meletup di rumah mereka di Taman Ria Mesra, Gurun.
Kem ni terletak lebih kurang 40 kilometer dari Sungai Petani. Tanah kering kontang, jauh dari pokok-pokok yang menghijau. Panas waktu siang. Sunyi gila pada waktu malam. Terlalu sunyi.
Anggota tentera yang pernah berkursus kat situ ada cerita masing-masing.
Tapi yang paling seram adalah kat Tapak Latihan Bom.
Orang lama dalam tentera masih ingat lagi kisah ni.
Pada satu hari - tarikh tepat tak pernah dikongsi secara rasmi, ada satu pasukan Jurutera menjalani latihan kendalian bom yang tidak meletup. Prosedur standard. Taklimat dulu, lepas tu baru praktikal.
Semuanya berjalan macam biasa. Jurulatih tengah buat taklimat. Pelatih tengah dengar arahan. Bom-bom yang tak meletup tu beratur kemas atas tanah, menunggu giliran untuk dilupuskan dengan selamat.
Malangnya tak ada siapa yang menyangka bahawa salah satu dari bom tu rupanya masih aktif - Sistem dalamannya tiba-tiba berfungsi dan ia tiba-tiba meletup.
Dalam lingkaran 250 meter, segala yang bernyawa – Jurulatih dan para pelatih, yang berada dalam radius tu semuanya terkorban dengan ngeri. Jasad mereka hancur berkecai. Daging bersepai-sepai. Darah berhamburan membasahi tanah Kem Hobart.
Yang jumpa mayat kemudian tak dapat bezakan ia milik siapa. Serpihan tulang bercampur dengan serpihan logam. Cebisan uniform bercelaru dengan cebisan kulit manusia.
Kawasan tu ditutup untuk siasatan. Lepas tu dibuka semula untuk latihan.
Leftenan Shasha (nama samaran) adalah antara beberapa pegawai wanita yang pernah berkursus di Kem Hobart. Dia ditempatkan di blok yang agak jauh dari penempatan lelaki. Jalan dari Dewan Makan ke bilik dia memang sunyi sepi kena lalu kawasan lapang, lepas tu masuk kawasan yang dikelilingi semak. Memang cukup seram.
Malam pertama, Shasha tak boleh tidur. Bukan sebab takut. Dia memang jenis berani. Tapi ada sesuatu yang buat hati dia tak senang. Dia keluar dari bilik, nak pergi tandas yang terletak hanya lebih kurang 50 meter je.
Waktu dia jalan tulah dia ternampak - kat tepi Dewan Makan, ada lembaga hitam sedang berjalan mundar-mandir. Macam orang yang tengah jalan tak tentu arah. Pergi. Balik. Pergi. Balik.
Shasha berhenti. Jantung dia mula berdegup laju.
Ada dua ekor kucing kat kaki tangga Dewan Makan tu, tapi kucing-kucing tu rileks je duduk santai macam dah biasa dengan keadaan tu.
‘Kalau kucing pun tak lari, maknanya benda tu takde niat jahat kot’.
Shasha pun teruskan berjalan dengan hanya memandang ke depan, tak toleh buat tak nampak kat benda tu. Tapi bila dia dah hampir sampai ke tandas... Bau bangkai dan hanyir pekat datang menyerbu hidungnya, buat dia rasa mual gila. Tapi dia teruskan juga hajatnya. Bila dia keluar dari tandas lima minit kemudian, lembaga hitam tu dah hilang... tapi bau busuk tu masih meruap-ruap.
Hari keempat di Kem Hobart, giliran Shasha dan pasukannya untuk latihan menembak senjata Carl Gustav atau lebih dikenali sebagai dalam kalangan anggota dengan panggilan "Buluh Lemang". Tapak latihan terletak di kawasan yang sama dengan tragedi ngeri yang pernah jadi lokasi letupan bom dulu.
Latihan berjalan lancar untuk Penembak ke-1 sampai ke-5.
‘BOOM. BOOM. BOOM.’
Bom meluncur, meletup kat sasaran. Tapi bila giliran Penembak ke-6...
Dia picit picu. Takde bunyi. Bom tak meletup. Semua orang terdiam. Tiada siapa bersuara. Macam ada sesuatu yang menahan mulut semua orang dari berkata-kata. Keadaan tu memang pelik. Dalam latihan, kalau bom tak meletup, SOP kata kena jerit MAKLUMKAN. Tapi semua orang macam terkesima sekejap.
Lepas beberapa saat yang terasa macam sejam...
Jurulatih jerit: "SELAMATKAN LAUNCHER!"
Penembak ke-6 bertindak. Dia angkat launcher, nak keluarkan bom yang tak meletup.
Tiba-tiba...
Bom tu jatuh sebiji-sebiji. Terletak atas tanah. Masih berat. Masih penuh. Bom yang sedia untuk meletup bila-bila masa kalau tersentuh dengan hentakan benda berat atau tajam. Semua orang terus membatu.
Shasha kata, waktu tu dia rasa ada sesuatu yang sedang mundar-mandir di sekeliling mereka, tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar.
"Macam malaikat maut yang tengah menghitung usia nyawa kami," menurut beliau dalam catatannya.
Takdir Allah – mujurlah bom tu tak meletup. Mereka pun menghubungi pasukan EOD untuk lupuskan bom tu dengan selamat. Tapi sebelum pasukan tu sampai, Shasha ternampak kat hujung tapak latihan - dalam semak, ada KEPALA MAJNUSIA. Mukanya pucat. Rongga mata lompong cuma nampak tempurung. Mulut ternganga dengan darah hitam meleleh. Tapi… Kepala tu TERSENYUM. Dan tak lama lepas tu ia tetiba ghaib.
Bila Shasha ceritakan pada jurulatih, jurulatih tu senyap sekejap. Lepas tu dia kata:
"Itu penunggu sini. Dia marah sebab niat dia nak dapat darah kita tak kesampaian."
Pada tahun 2014 pula, satu lagi tragedi berlaku yang berkait dengan Kem Hobart.
Koperal Ayob Hassim, 34 tahun, bertugas di Kem Hobart sebagai anggota yang membantu di lapang sasar. Untuk menambah pendapatan, dia ada buat kerja sampingan dengan mengutip bom mortar yang tidak meletup, mengekstrak logam tembaga dari dalam, dan menjualnya kepada peniaga bahan lusuh.
Kerja ni sangat berbahaya, tapi Ayob dah buat bertahun-tahun tanpa masalah. Sampailah satu hari tu…
24 Disember 2014.
Ayob bawa beberapa bom mortar balik ke rumahnya di Taman Ria Mesra, Gurun. Anak dia Hidayah, 8 tahun, ada kat rumah dan sedang bermain-main dengan anak jirannya, Afiq Luqman Shahrizal, 4 tahun.
Malang tak berbau, tiba-tiba beberapa butir bom yang dikutipnya meletup dengan serentak dan mereka semua maut serta-merta.
Tragedi ini adalah kisah benar yang dilaporkan oleh media termasuk mStar. Siasatan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan Ayob mengutip bom tidak meletup dari lapang sasar untuk dijual logam tembaganya.
Kem Hobart masih beroperasi sampai sekarang sebagai Pusat Latihan Senjata Bantuan. Setiap tahun, ratusan anggota tentera datang untuk berkursus belajar mengendalikan senjata berat, belajar taktik tempur, belajar disiplin.
Tapi bila malam tiba, bila lampu dipadamkan dan angin Gurun mula bertiup… Ada yang dengar bunyi langkah kaki berkawad di tapak latihan.
Ada yang nampak kelibat hitam mundar-mandir depan Dewan Makan.
Ada yang rasa macam diperhatikan dari dalam semak.
Dan ada jugak yang cakap – kadang-kdang waktu larut malam kat Tapak Latihan Bom tu, nampak kelibat yang masih melilau mencari serpihan tubuhnya.
Kisah-kisah pengalaman mistik di Kem Hobart dikongsi oleh bekas anggota tentera dalam pelbagai forum dan blog, termasuk perkongsian daripada pegawai wanita yang pernah berkursus di sana.
Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-