BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jalaluddin calon nombor satu untuk MB, kata Zahid

afwan83

Active+ Member
Messages
3,229
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,229
Reaction score
12
Points
25

Jalaluddin calon nombor satu untuk MB, kata Zahid​

dd791813-e928-4926-be95-8f9a5f3ef63d-zahid-hamidi-jalaluddin-alias-collage-240726.jpg

Pengerusi Zahid Hamidi kata kemenangan di Chennah dan Linggi bererti BN telah menawan Negeri Sembilan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa pelantikan menteri besar tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Asyraf Wajdi Dusuki (setiausaha agung Umno) kata ada 10 calon menteri besar, sepuluh ada kualiti bagus, betul? Tapi Jalal nombor satu, tertakluk kepada perkenan,” katanya dalam ucapan, semasa berkempen di Chennah.

Beliau menekankan betapa bermakna kemenangan BN di Chennah.

“Saya harap tidak salah bacaan saya: kalau kita rampas Chennah, bererti kita merampas Negeri Sembilan. Begitu juga kalau kita kekalkan Linggi ‘confirm’ Negeri Sembilan bawah BN,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mempertahankan Chennah, manakala Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun, yang juga menteri besar penggal lalu, bertanding di Linggi.

Zahid jawab Hannah Yeoh

Dalam perkembangan lain, semasa berkempen di Kampung Tohor, Zahid menepis kenyataan pemimpin DAP bahawa kerjasama BN dan Perikatan Nasional menunggu masa untuk karam.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP Hannah Yeoh berkata kerjasama BN-PN tidak memiliki nilai ‘politik persahabatan’ kerana setiap pihak lebih mementingkan cita-cita sendiri untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.

“Kita tengoklah siapa yang karam, siapa yang akan timbul pada satu hari bulan nanti,” kata Zahid kepada pemberita.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11, dan bertembung dengan Pakatan Harapan di semua 36 kerusi.

Sebelum itu, pada sidang media sama, Zahid menyifatkan ‘persefahaman’ antara BN dan PN berjalan sangat baik setakat ini, namun menambah masih banyak usaha yang perlu dilakukan itu memperkukuhkan ‘kebersamaan’.

Pada masa sama di Marang, Terengganu, Presiden PAS Hadi Awang berharap kerjasama dengan Umno akan berkekalan.
 
Back
Top
Log in Register