BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jakel beri hingga 80 peratus diskaun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpeg

Mohamed Faroz sempat melayan pelanggan di gedung tekstil Jakel cawangan Kuala Lumpur, semalam.


GEDUNG tekstil terkemuka, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) menawarkan diskaun potongan harga dari 40 hingga 80 peratus kepada pelanggannya sempena Jualan Jumbo Penghabisan Stok bermula, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, promosi jualan itu turut diadakan di 20 cawangan Jakel seluruh negara dengan konsep yang sama di mana harga kain lebih rendah pada hujung tahun.

“Jakel sebagai gedung membeli belah pakaian sekeluarga sentiasa prihatin dengan masalah pelanggan dan kami mengadakan jualan murah untuk memberi peluang kepada pelanggan berbelanja dan berjimat.

“Untuk kempen ini kami menggunakan slogan ‘Ingat Kain, Ingat Jakel’ dengan fabrik-fabrik eksklusif, berkualiti tinggi serta bercorak menarik dengan harga bermula RM4 dan RM5 semeter,” katanya pada sesi taklimat Jualan Jumbo Penghabisan Stok di Jakel Kuala Lumpur semalam.

Menurut Mohamed Faroz, Jakel Kuala Lumpur turut mengadakan promosi Jumbo Sale Pengosongan Kedai untuk pelanggan sekitar Lembah Klang memandangkan mereka akan berpindah ke tempat baharu.

“Ini merupakan satu keistimewaan kepada pengunjung Jakel Kuala Lumpur kerana kami memberikan potongan hargarendah untuk mereka dengan pelbagai jenis kain dan fabrik eksklusif serta berkualiti tinggi.

“Kami ada tempoh sebulan lagi sebelum berpindah ke bangunan baru Jakel di Capital Square (Capsquare) dan kami ingin habiskan stok baharu dan lama yang ada dalam Jakel Kuala Lumpur,” katanya.

Ditanya mengenai pertumbuhan jualan tahun ini, Mohamed Faroz berkata Jakel mendapat sambutan yang lebih baik bermula awal tahun hingga ke hari ini dari pelanggannya seluruh negara.

“Pertumbuhan jualan kumpulan juga turut meningkat dua angka dan dengan pemindahan Jakel ke Capsquare yang akan dikenali sebagai Jakel Square dapat membantu kami memberi khidmat terbaik kepada pelanggan Jakel kerana faktor utama kami berpindah adalah untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

“Jakel Square bersaiz 300,000 kaki persegi dan akan menjadi salah satu pusat membeli belah baharu di Kuala Lumpur dengan penyertaan syarikat besar dari luar negara selain mempunyai 2,543 parkir kereta,” katanya.

Jualan Jumbo Penghabisan Stok Jakel bermula semalam hingga Januari 2015 sempena cuti sekolah.
 
Back
Top
Log in Register