BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaipk: Mesej tersebar palsu

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd Yusop Husin​

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menafikan melakukan penguatkuasaan undang-undang etika berpakaian dan solat Jumaat serta perniagaan pada hari Jumaat seperti tersebar dalam laman sosial.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Menurutnya, perkara itu dianggap sesuatu yang serius apatah lagi melibatkan undang-undang agama.

"Mesej itu tidak benar, jadi kita ingatkan kepada orang ramai jangan sebarkan perkara yang tidak sahih, ini bukan perkara main-main kerana libatkan undang-undang agama, tindakan sebegini boleh menyebabkan sesetengah pihak salah faham," katanya ketika dihubungi, di sini.

Pengguna media sosial, semalam dikejutkan dengan mesej mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana mencontohi tindakan Kelantan, Terengganu dan Johor dalam menguatkuasakan etika berpakaian dan penguatkuasaan solat Jumaat serta perniagaan pada hari Jumaat.

Mesej berkenaan antara lain mengingatkan wanita Islam yang datang ke negeri itu supaya tidak berpakaian seksi untuk elak dikenakan tindakan oleh jabatan agama.

Turut ditekankan adalah penutupan kedai makan dan premis perniagaan bagi mengelak lelaki yang beragama Islam melepak ketika waktu solat Jumaat.
 
Laa benda baik camni pun takut.. ish ish ish
 
Back
Top
Log in Register