BTC USD 84,395.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

nx15xk.jpg
 
dato dr jailani jabar.. jiran aku .. sblm wat stromberg dia bawak masuk zamzam cola.. from iran.. jai dan latifah adalah bekas UTK (perlu ke..)

nmpk thread ni buat aku teringat balik satu ketika dulu.. tangan aku sendiri bikin slideshow powerpoint utk stromberg buat talk 1 malaysia .. waktu tu stromberg belum start.. dapat cheque upah dari jai rm3500..

masa tu jai cuma bawak proton juara, tak sangka beratus2 juta hasilnya .. sampai mampu beli mercedes kura2 rege 700k warna putih plat BJK 8

rumah mewah jai ada 20 bilik di melaka still valid tak kene sita aku tak sure rumah tu nama sape.. aku biasa lepak ngan anak, ngan menantu dia.. mmg dorg cakap kes ni jai boleh menang.. sbb ada politik sebenarnya.. jai tak boleh disabitkan salah sbb bukan dia yg mula buat kacau..

dan sbb tu kes makan masa panjang since ada campurtangan politik..

ah ini semua poyow!
 
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=516163

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas seorang pengarah urusan manakala isterinya dihukum penjara empat tahun kerana mengambil deposit daripada orang ramai secara haram antara 2006 dan 2007.

Syarikat milik mereka, Jai Network System Sdn Bhd, pula didenda RM3 juta bagi kesalahan sama.

Hakim Noradida Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Datuk Jailani Jabar, 48, dan Datin Latifah Taib, 47, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Hukuman itu dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh atas dasar menjaga kepentingan orang awam melebihi kepentingan peribadi, serta mengelak ia menjadi lebih serius jika tidak dibendung," katanya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Pasangan itu turut berdepan pertuduhan mengikut Subsesyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 membabitkan hampir RM170 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi kesalahan ini, Jailani dihukum penjara empat tahun manakala isterinya dua tahun serta denda RM50 juta.

Noradida memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak mulai hari ini.

Terdahulu, peguam Mohd Firuz Jaffril meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atas mereka kerana Jailani perlu menanggung 19 orang anak yang berumur lingkungan tujuh bulan hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia Fahmi Abd Moin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar menjadi tauladan kepada orang ramai kerana kes itu membabitkan kesalahan yang serius.

Turut mewakili pendakwaan ialah Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman dan Pegawai Pendakwa Mohd Shukri Ahmad Mansor. - Bernama

Akhirnya .......:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Penah hadiri talk shaw jai ni....yg tak tahan tu macai2 lebih sudu dari kuah mempertahankan hujah apabila disoal dgn soalan yg kritis...dah la pemikiran level mat rempit ada hati nak ajak aku join...puii...
siap ada ostad **** yg mati2 memperthankan jai...**** lak kau ustad aii...
 
so.. orang yang join memang dapat pulangan lah ye.. jd knape salah plak?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register