BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,292.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0301_status.htm#jai_network


13 January 2014

Both defense and prosecution submitted their written and oral submission The Court set 18 March 2014 for decision on the case
Written and Oral Submission

25 October 2013

Five other defense witnesses were called to testify during the defense stage.The Court set 13 January 2014 for both written and oral submission.
Results=Defense closed its case


Nantikan results Kes Jai setelah hampir 7 tahun berlangsung.....pd 18 Mac 2014
 
http://www.agc.gov.my/cnc/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=14&Itemid=556
====================
CUBAAN MENGKAJI AMLATFA DITOLAK



Dilaporkan oleh Mohammad Al-Saifi Bin Haji Hashim, Peguam Kanan Persekutuan - Bahagian Guaman

PUTRAJAYA - 31 OKTOBER 2013

Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini hari ini telah menolak permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan yang dibuat oleh firma guaman Tetuan Huang Khairun Kumar & Associates terhadap Maybank dan Kerajaan Malaysia dan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah menolak rayuan firma tersebut.

Pada sekitar Mei 2007, Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap dua syarikat Jai Network Systems Sdn. Bhd. dan Jai Network Holdings Sdn. Bhd. berkaitan pengambilan deposit daripada orang ramai tanpa sebarang lesen yang sah.

Kedua-dua syarikat termasuk Pengarah-Pengarah syarikat telah didakwa masing-masing di bawah seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Pendakwaan terhadap syarikat dan pengarah-pengarah syarikat di Mahkamah Sesyen Kuantan kini telah memasuki peringkat kes pembelaan.

Perintah penyitaan di bawah seksyen 50(1) AMLATFA bertarikh 10 Oktober 2007 telah dikeluarkan kepada Maybank dan mengarahkan institusi kewangan tersebut supaya tidak melepaskan, berurusan tentang atau melupuskan harta-harta alih syarikat-syarikat atau mana-mana bahagiannya sehingga perintah penyitaan itu dibatalkan.

Peguamcara pemohon Terence Marbeck dan Sri Dev Nair berhujah bahawa tiada apa-apa pendakwaan yang telah dibuat ke atas syarikat-syarikat dan Pendakwa Raya telah gagal mematuhi kehendak seksyen 56 AMLATFA. Tiada bukti bahawa pertuduhan-pertuduhan dikenakan ke atas syarikat-syarikat. Mahkamah juga digesa untuk membenarkan persoalan undang-undang agar peruntukan seksyen 4(1), 44, dan 56 dikaji semula.

Peguam Kanan Persekutuan berhujah bahawa peruntukan sebenar yang relevan adalah peruntukan dibawah seksyen 55 AMLATFA dan bukannya seksyen 56 AMLATFA sepertimana didakwa oleh peguamcara pemohon. Seksyen 56 AMLATFA menyatakan peruntukan berkenaan tindakan atau prosiding perlucuthakan harta kepada kerajaan sekiranya tiada pendakwaan dijalankan.

Peguam Kanan Persekutuan turut berhujah bahawa tiada sebarang tindakan undang-undang sivil dan pelaksanaan boleh diambil terhadap akaun yang telah disita sehinggalah pertuduhan jenayah di Mahkamah Sesyen Kuantan dimuktamadkan selaras peruntukan sekyen 54(3) AMLATFA.

Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri dari YA Tan Sri Abdull Hamid Embong. YA Tan Sri Datuk Suriyadi Halim Omar, YA Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali dan Dato’ Jeffrey Tan Kok Wha telah sebulat suara menolak permohonan firma guaman Tetuan Huang Khairun Kumar & Associates dan turut memerintah kos sebanyak RM 10,000.00 dibayar masing-masing kepada peguamcara Malayan dan Kerajaan Malaysia.

Kerajaan Malaysia diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Al-Saifi Haji Hashim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Farez Rahman. Manakala pemohon pula diwakili oleh En. Terence Marbeck, En. Sri Dev Nair, En Mahindarjit Singh dan En. V. Kumaresan. Maybank pula diwakili oleh En. Siva Ganish Sundarajoo.
 
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/0301_status.htm#jai_network


13 January 2014

Both defense and prosecution submitted their written and oral submission The Court set 18 March 2014 for decision on the case
Written and Oral Submission

25 October 2013

Five other defense witnesses were called to testify during the defense stage.The Court set 13 January 2014 for both written and oral submission.
Results=Defense closed its case


Nantikan results Kes Jai setelah hampir 7 tahun berlangsung.....pd 18 Mac 2014

lama btol kes ni berlangsung..
jgn denda jerr dah laa..
 
result bicara telah ditukarkan daripada 13 mac 2014 ke 18 mac 2014...nantikan result
 
cib4i jai.....

Dia dah buat bisnes baru MAFC Malaysia Adventure Flying Club......operasinya kt Mermaid Inn ....ada sape2 tau modes operandinya....siap kuar surat khabar lagi.....memang mangkuk ni penipu....dah dpt title Dato lagi.....Dato Pahang ke
 
Back
Top
Log in Register