BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadikan Impian Anda Satu Kenyataan

alphaOne

Super Active Member
gem
Messages
7,715
Joined
Apr 19, 2012
Messages
7,715
Reaction score
2,063
Points
246
Rumah besar? Kereta mewah? Percutian mengelilingi dunia? Ini adalah antara impian atau matlamat hidup bagi kebanyakan orang. Masyarakat kita sanggup bertungkus-lumus demi memperolehi perkara-perkara tersebut. Akan tetapi, tahukah anda jalan paling baik untuk mencapai impian tersebut ialah dengan menetapkan satu matlamat kewangan?
Dalam artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk menetapkan suatu maklumat kewangan dalam usaha mencapai impian anda.

Langkah #1: Libatkan seluruh ahli keluarga

Ketika menentukan matlamat kewangan, cuba libatkan seluruh ahli keluarga anda secara berterusan. Cadangan, komitmen dan sokongan mereka amat penting dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan berbincang dengan ahli keluarga, anda akan dapat mengatur satu strategi yang bersesuaian dengan keperluan keluarga dan bekerjasama ke arah mencapai matlamat tersebut. Pada masa yang sama, matlamat yang tidak masuk akal atau tidak realistik bolehlah diketepikan. Contohnya, jika impian anda ialah untuk menghantar anak ke menara gading, bincanglah bersama ahli keluarga cara-cara mendapat pendapatan yang lebih atau bagaimana mengurangkan perbelanjaan bagi menampung kos pendidikan yang bakal ditanggung.

Langkah #2: Buat matlamat yang S.M.A.R.T.

Matlamat anda perlulah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, realistik dan ada tempoh tertentu (specific, measurable, attainable, realistic, time-bound: SMART). Salah satu contoh matlamat SMART ialah “Saya mahu menjelaskan hutang kad kredit bank XYZ berjumlah RM 1,500 (khusus) menjelang Oktober 2010 (ada tempoh tertentu) dengan bayaran bulanan sebanyak RM150 (boleh diukur)”. Setelah membuat matlamat tersebut, pastikan ia boleh dicapai dan adalah realistik dengan bertanya kepada diri sendiri: "Mampukah anda menyimpan RM150 sebulan, sebagaimana yang ditetapkan?"

Langkah #3: Tentukan matlamat yang lebih utama

Senaraikan matlamat anda mengikut keutamaan daripada segi kepentingan atau tempoh masa dan letakkan senarai itu di tempat yang mudah dilihat setiap hari. Ini akan membantu anda sentiasa mengingati dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, jika matlamat-matlamat anda ialah bercuti mengelilingi dunia, membeli rumah dan menaik taraf kereta, mungkin anda ingin memberi keutamaan kepada matlamat yang paling penting dahulu.

Langkah #4: Buat pelan tindakan

Setelah menyenaraikan matlamat yang ingin dicapai, tentukan langkah khusus yang perlu diambil dan dilaksanakan. Jika anda mempunyai matlamat untuk meningkatkan tabungan bulanan sebanyak RM150, buat pelan tindakan untuk mencapainya. Contohnya, anda boleh membawa bekal ke tempat kerja, berkongsi kereta, kurangkan makan luar dan sebagainya. Terdapat pelbagai lagi cara untuk meningkatkan tabungan. Apa yang penting ialah pelan tersebut perlulah praktikal, kreatif dan bersesuaian dengan gaya hidup anda!

Langkah #5: Pantau perkembangan anda

Pantau perkembangan sendiri secara kerap bagi memastikan yang anda berada pada haluan yang betul. Sebagai contoh, jika anda ingin menyimpan RM150 sebulan, periksa semasa bulan keempat, adakah anda mempunyai RM600 dalam simpanan anda. Jika ya, anda sudah berada di landasan yang tepat dan jika tidak, lihat semula di mana silapnya. Pada masa yang sama, beri ruang untuk perubahan (jika perlu) dalam perancangan anda. Sebagai contoh, jika anda terpaksa mengurangkan tabungan untuk bulan ini, pastikan di bulan hadapan tabungan itu ditambah atau ditebus semula.
Jangan sekali-kali berputus asa sekiranya perancangan anda tidak memberikan hasil sebagaimana yang dikehendaki. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya!

Dengan mengamalkan langkah-langkah yang dibincangkan tadi, anda akan berupaya membuat matlamat yang jelas dan tersusun rapi. Ingatlah, seperti kata bijak pandai: "Kebanyakan orang tidak merancang untuk gagal; tetapi mereka gagal untuk merancang."

SUMBER : http://www.min.com.my/bm/component/content/article/36.html
 
Last edited:
caya lah..hrp leh le otai tmbh2 tips utk bacaan semua,,,hehe
 
kena bezakan keperluan, kehendak, keutamaan,

cth :
kete besar vs kete sederhana
rumah flat? rumah apartment? condo? vs landed (intermediate vs corner lot?_
 
betul betul betul..
kemahiran menilai keutamaan akan menjadikan seseorang itu berjaya dlm hidupnya..

kena beza gak good debt n bad debt

good debt- beli umah utk +ve cashflow, asb loan :D
bad debt- sport rim, hanset mahal bayar court mammoth, modify kereta
 
menyimpan + melabur = kebebasan kewangan

betul. Kena tahu perbezaan simpanan dan pelaburan. Lpas ada 3-6 bulan simpanan baru start melabur. Kalo apa berlaku melabur jadi melebur mcm saham. MLM :D
 
betul. Kena tahu perbezaan simpanan dan pelaburan. Lpas ada 3-6 bulan simpanan baru start melabur. Kalo apa berlaku melabur jadi melebur mcm saham. MLM :D

ya btul tu...

perlu ada perbezaan antara pelaburan....n simpanan......


dlm usaha utk

lasb.....div pecah 2.....1/2 simpanan (teknik 1) .....1/2 teknik 5....2 + 1.....sambil byr keperluan bulanan...ending dapat jgk duit.....hehehehe
 
buat loan loan loan loan
s
impian tercapai
 
Back
Top
Log in Register