BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jadi jutawan kerana 'Grumpy Cat'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Tabatha Bundesen, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' yang meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.
< 1 / 1 >
ARIZONA - AMERIKA SYARIKAT. Tabatha Bundesen, 29, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.

'Grumpy Cat' mula popular selepas adik Tabatha mengambil gambar kucing tersebut dan memuatnaiknya ke laman forum Reddit, lapor Assiociate Press.

Keunikan kucing tersebut yang menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.

Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.

'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.

Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.

Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.
 
tak lama lagi billionaire lah ni...rezeki kucing..
 
Meme le kayo tuan dio..... meme meme beruntung mek sore ni
 
Selain memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.. camne die leh dpt smpai usd100 juta tu yea? Dah berapa tahun kucing ni famous yea
 
Kalau kena gst kenyang puak kerajaan
 
Selain memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.. camne die leh dpt smpai usd100 juta tu yea? Dah berapa tahun kucing ni famous yea

Kalau tak silap depa siap ada jual produk grumpy cat. So kaya sebab hasil licensing products jugak ni
 
baka kucing mcm ni ada jual rasanya....mcm bulldog....ke muka dia memang sedih 24jam mcm tu...hmmm
 
Kalau tak silap depa siap ada jual produk grumpy cat. So kaya sebab hasil licensing products jugak ni

Peh.. sume mende leh dibrandingkan yea us nih. Bagus ntok wat duit neh
 
kaya kaya tuan dia... tuah ayam nampak kat kaki, tuah kucing kat muka dia...
 
Rezeki dia bela kucing tu..
 
Back
Top
Log in Register