BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Dan Agensi Kementerian Komunikasi Diseru Amal Perbelanjaan Berhemat - Fahmi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Jabatan Dan Agensi Kementerian Komunikasi Diseru Amal Perbelanjaan Berhemat - Fahmi​

8e2b536c5d0d57d49d79802e513cbfb369e8ad3f583e1

Datuk Fahmi Fadzil

Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi diseru untuk terus mengamalkan perbelanjaan berhemat dan memanfaatkan premis milik kerajaan termasuk Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk mengadakan program seperti latihan dan kursus.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi memastikan perbelanjaan kementerian dilaksanakan secara berhemat selaras dengan keadaan ekonomi semasa.

“Banyak daripada program latihan sebagai contoh boleh dilakukan di IPPTAR. Kalau sebelum ini, latihan dilakukan mungkin di hotel ataupun premis seperti itu, sebenarnya dalam Kementerian Komunikasi kita ada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) kita yang tersendiri, iaitu IPPTAR.

“Jadi saya telah minta supaya perkara ini disusuli dan tindakan terutama isu latihan itu dilaksanakan di IPPTAR,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Beliau berkata IPPTAR juga memaklumkan sejak kebelakangan ini pihaknya telah mendapat perhatian daripada banyak kementerian dan agensi untuk mengadakan latihan dan kursus.

Sementara itu Fahmi berkata konflik yang berterusan di Asia Barat perlu diberi perhatian kerana kesannya akan turut dirasai oleh negara.

“Kita lihat di Timur Tengah, di Asia Barat, pada ketika kita melihat mungkin perang itu sudah selesai, tiba-tiba dalam seminggu kebelakangan ini, nampaknya seolah-olah belum lagi selesai. Ini akan ada kesan kepada ekonomi negara kita.

“Tapi sudah pasti kesan terutamanya (dari segi) ekonomi akibat daripada perang dan konflik yang berterusan di Asia Barat ini, akan terkena kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu Fahmi turut mengingatkan semua agensi untuk memahami isu yang mungkin kurang difahami di peringkat masyarakat setempat.

 
Back
Top
Log in Register