jejantas
CG Top Poster Club

- Messages
- 24,708
Paid Membership
- Joined
- Sep 1, 2007
- Messages
- 24,708
- Reaction score
- 926
- Points
- 161
Pendapat saya definasi imam al syatibi lebih kuat utk perkara bidaah drp pendapat2 lain
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.


Copy paste lagi. Kalau dah ada sorry. Sekadar perbincangan.
Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:
Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.
Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya.
Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).
Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah.Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah.
Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah.
Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)."Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi:
"Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya.Fatwa al-QardawiSumber: Islamonline.net*
Tuan Jumaat
Cuba baca elok2 imej yg saya paste tuh Bahagian Kelapan .... Membaca AQ utk majlis takziah adalah dilarang bermakna termasuk membaca yassin ...
Pendapat saya definasi imam al syatibi lebih kuat utk perkara bidaah drp pendapat2 lain

saya disitu siapa?
Adakah saya disitu layak untuk melemahkan pendapat2 ulama yang lain![]()

sekali lg sy nak perhatian sdr khusus kpd ayat berikut dr bhgian ke-8 yg sedara sebutkan...
"Membaca Al-Quran di majlis-majlis takziah"...
perhatikan "majlis-majlis takziah" krn respon sy di bwh ini akan mengupas aper maksud Imam Syafie dgn kalimah ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujah 1: Definisi majlis2 takziah...
menurut Imam Nawawi dlm kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab (MS 271, Juz 5):
Adapun berhimpun atau berduduk-dudukan (al-julus) untuk mengucapkan ta’ziyyah , maka telah diriwayatkan dari Imam Syafie dan pengarang kitab al-Muhadzdzab dan seluruh Ashab Syafiiyyah bahawa ianya MAKRUH. Dan sebahagian ulama Syafiiyyah serta Imam al-Ghazali dalam kitab Al-Ta’liq meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dengan “al-julus” itu adalah : “Berhimpun ahli keluarga si mati di dalam rumah dengan maksud (menunggu) sesiapa yang ingin mengucapkan ta’ziyyah”. Dan para ulama’ berkata :”Bahkan yang selayaknya bahawa mereka bertebaran (tasarrafuu) menunaikan hajat mereka, barangsiapa (pelawat) yang terserempak dengan mereka (salah satu anggota keluarga) maka ucapkanlah ta’ziyyah. Dan qaul dari Imam Syafie ini telah di tasrihkan oleh Al-Muhamili dan beliau telah menaqalkan kata-kata Imam Syafie dalam kitab Al-Umm bahawa Imam Syafie berkata : “Aku tiada menyukai “al-ma’tam” iaitu perhimpunan walaupun tiada padanya tangisan kerana yang sedemikian itu memperbaharui kesedihan (bagi keluarga si mati) …."dr penjlsan Imam Nawawi di atas jls yg dimaksudkan dgn majlis takziah adalah "al-julus" iaitu...
"Berhimpun ahli keluarga si mati di dalam rumah dengan maksud (menunggu) sesiapa yang ingin mengucapkan ta’ziyyah"
jgn lupa ahli keluarga si mati dlm post yg awal dah di definisikan sbg suami, isteri & anak2 shj...
majlis takziah spt ini dihukumkan makruh oleh majoriti Ashab Syafi'iyah...
jd skrg sdr sendiri blh lihat bhw budaya "al-julus" ini mmg x ader di dlm majlis2 tahlil...
maka dgn sendirinye terangkat lah lrgan dr Imam Syafie utk membaca Al-Quran dlm majlis2 tahlil...
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujah 2: Imam Syafie membenarkan membaca Al-Quran sehingga khatam...
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menuliskan dalam kitab Riyadhush-Shalihin...
dalam judul "Doa untuk mayyit setelah dikuburkan dan berdiri di kuburnya sesaat untuk mendoakannya dan memintakan ampunan untuknya serta membacakan Al-Quran"...
menyebutkan bahwa Al-Imam As-syafi'i rahimahullah berkata, "Sangat disukai untuk dibacakan atasnya Al-Quran. Kalau sampai bisa khatam, tentu sangat baik."penjlsan ini menyokong hujah #1 di atas iaitu apabila x ader majlis takziah atau al-julus maka menurut Imam Nawawi...
[Riyadhush-Shalihin, jilid 2, hlm. 126]
takder masalah bg Imam Syafie utk membenarkan membaca Al-Quran pd saat kematian...
wlu pon Imam Syafie secara umumnyer berpendpt bhw bacaan Al-Quran itu x memberi manfaat kpd si mati...
ttp beliau x melrg membaca Al-Quran semasa berlaku kematian selagi takder al-julus...
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujah 3: Hadis sahih/hasan bacakan Al-Quran kpd si mati...
hadis2 ini jg menyokong penjlsan sy terhdp maksud sebenar Imam Syafie apabila beliau berkata "Membaca Al-Quran di majlis-majlis takziah"...
- Dari Ma'qil bin Yasar ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Bacakanlah surat Yaasiin atas orang yang meninggal di antara kalian." (HR Abu Daud, An-Nasaa'i dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban) [Imam Ahmad]
- "Jantungnya Al-Quran adalah surat Yaasiin. Tidak seorang yang mencintai Allah dan negeri akhirat membacanya kecuali dosa-dosanya diampuni. Bacakanlah (Yaasiin) atas orang-orang mati di antara kalian." (Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim). Hadits ini dicacat oleh Ad-Daruquthuny dan Ibnul Qathan, namun Ibnu Hibban dan Al-Hakim menshahihkannya. [FB Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia]
- Adalah Ibnu Umar ra. gemar membacakan bagian awal dan akhir surat Al-Baqarah di atas kubur sesuah mayat dikuburkan. (HR Al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)
krn adalah mustahil utk Imam Syafie menylhi hadis2 sahih ini & mengeluarkan hukum yg berttgan...
ttp spt yg tlh ditrgkan di atas, wlupon beliau membenarkan membaca Al-Quran semasa kematian beliau menetapkan syarat mestilah bkn pd majlis takziyah atau al-julus...
oleh itu jika sdr sendiri memegang pendpt bhw Imam Syafie secara umum melrg membaca Al-Quran semasa kematian...
maka jls lah kefhman sdr ke atas tulisan Imam Syafie itu x benar krn pendpt yg sedemikian menyalahi hadis...
seterusnyer jika sdr benar2 berpegang kpd hadis lbh drpd pendpt ulama, maka sdr harus tolak kefhman sdr terhdp tulisan Imam Syafie & berpegang kpd hadis2 ini...
~~~~~~~~~~~~~~~
sy dah berikan hujah bls sy kpd hujah sdr dlm post di atas yg kununnyer Imam Syafie secara umum melrg membaca Al-Quran semasa kematian...
dlm hal ini pd pendpt sy, pendpt Imam Syafie sama sekali x slh, yg slh adalah pemahaman sdr terhdp aper yg beliau ingin spikan...
sekali lg sy lihat bhw ulama, dlm hal ini Imam Syafie, terfitnah dgn pendpt sdr yg sedemikian...
krn seolah2 sdr katerkan Imam Syafie menyalahi hadis & mengeluarkan pendpt yg berttgan dr syarak...
Apa pun hujah yg diberikan perkara pokok yg perlu dilihat adalah perkara tersebut tidak pernah di buat oleh rasullulah , para sahabat dan ahlul bait , para tabiin dan tabiun.... Cam saya kata sebelum ini akan terdapat golongan yg mengaitkan sesuatu nas utk membenarkan perbuatan tersebut walaupun ianya ternyata tidak menurut sunnah... Imam syafie sendiri tidak melakukannya.. So bagaimana kita yg bermazhab syafie lak mengamalkannya jika benar ianya mengikuti sunnah ... Kenapa mereka2 itu x buat jika ianya memberi menafaat pd umat islam ... Persoalan itu harus difikirkan dulu... Apakah imam syafie terlupa utk mengaiaskan hadis2 lain agar dia boleh melakukannya serta umat islam yg bermahzab syafie juga boleh melakukannya? Realitinya perkara itu x berlaku dan yg berlaku hanya umat islam nusantara sahaja...
bermula 7.07 MAZA menjlskah maksud hadis yg sdr petik dlm post awal sdr spt berikut...
sblm ini sy ader sebutkan secara ringkas ttg al-Urf [adat istiadat msykt setempat yg x menyalahi syarak] sbg sumber hukum...
di sini sy ingin tunjukkan bhw membiarkan perkara yg mgkn menimbulkan gejolak hanya krn ingin mengubah al-urf adalah sebhgian drpd sunnah Nabi Muhammad SAW & para shbt...
“Dari Aisyah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Apakah kamu tidak tahu, bahwa ketika kaummu membangun Ka’bah, tidak sempurna pada asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah tidak engkau kembalikan Ka’bah kepada asas Nabi Ibrahim?” Beliau menjawab: “Seandainya bukan karena kaummu baru meninggalkan kekufuran, pasti aku lakukan.” HR al-Bukhari dan Muslim.dlm hadis di atas Nabi Muhammad SAW sendiri x meruntuhkan ka'abah & membinanya semula mengikut asas binaan Nabi Ibrahim AS krn ingin menjg al-urf kaum Quraisy ketika itu...
slps zmn Nabi Muhammad SAW & para shbt ka'abah dah bbrp kali runtuh & dibina semula ttp ciri2 asal Quraisy msh dikekalkan...
sehinggalah zmn Khalifah Harun Al-Rasyid dimana beliau ingin membina semula ka'abah dgn berdsrkan asas asal binaan Nabi Ibrahim AS...
tp Imam Malik menasihatkan beliau agar x berbuat demikian krn bimbang kemuliaan Ka'abah akan hilang di hati umat Islam...
jd realitinyer sehingga hari ini ka'abah yg kiter muliakan sbg rumah qjjl SWT msh lg dlm reka bentuk kaum Quraisy & bkn berdsrkan binaan asal Nabi Ibrahim AS...
~~~~~~~~~~~~~
kendian lihat pula cth perbuatan dr Saydina Umar Al-Khattab RA & bbr Imam Hambali...
“Imam Ibnu ‘Aqil berkata dalam kitab al-Funun, “Tidak baik keluar dari tradisi masyarakat, kecuali tradisi yang haram, karena Rasulullah SAW telah membiarkan Ka’bah dan berkata, “Seandainya kaummu tidak baru saja meninggalkan masa-masa Jahiliyah…” Sayyidina Umar berkata: “Seandainya orang-orang tidak akan berkata, Umar menambah al-Qur’an, aku akan menulis ayat rajam di dalamnya.” Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan dua raka’at sebelum maghrib karena masyarakat mengingkarinya. Dalam kitab al-Fushul disebutkan tentang dua raka’at sebelum Maghrib bahwa Imam kami Ahmad bin Hanbal pada awalnya melakukannya, namun kemudian meninggalkannya, dan beliau berkata, “Aku melihat orang-orang tidak mengetahuinya.” Ahmad bin Hanbal juga memakruhkan melakukan qadha’ shalat di mushalla pada waktu dilaksanakan shalat id (hari raya). Beliau berkata, “Saya khawatir orang-orang yang melihatnya akan ikut-ikutan melakukannya.” (Al-Imam Ibn Muflih al-Hanbali, al-Adab al-Syar’iyyah, juz 2, hal. 47).
~~~~~~~~~~~~
jd kiter lihat suatu perkara yg penting bg umat Islam iaitu ka'abah sendiri yg menjd kiblat umat Islam & tumpuan semasa musim haji...
x diubah utk krn ia x menyalahi syarak serta mengekalkan keharmonian dlm msykt ini benar dgn pepatah arab yg berbunyi...
"tarkul-‘adah ‘adawah (meninggalkan adat istiadat dapat menimbulkan permusuhan)."...
jd soalannyer aderkah dgn mengekalkan majlis tahlil yg x melanggar syarak & mengekalkan keharmonian msykt maka umat Islam di Nusantara melanggar sunnah Nabi Muhammad SAW???...
pd pandangan sy tidak...
nak suggest kitab sy x pandai sgt...
sy pon hanya baca sebuah buku yg membincangkan bid'ah & syirik kat masjid kg sy...
saper penulis & tajuk buku pon sy dah luper, takper blk kg nnt sy tgk lg klu msh ader...
aper pon sentiasa ambil jln selamat dlm memilih pendpt, cthnyer jgn ambil pendpt yg mengkafirkan org lain...
lbh2 lg jika perkara itu msh x jls kafirnyer & para ulama pon berselisih pendpt...