BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

abbas..dorg mane ada makruh2 ni..dorg ada haram je..bidaah sesat..dorg guna senjata aswj,imam syafie tp dorg xde mahzab..dorgkan pnh idop zmn nabi..thenti dorg pd imam 4.hanya dakwaan shj..mereka tiada benar..ulamakan pwaris nabi..jk mereka berilmu..mereka akan tahu..tp..akal mereka ttutup tiada mlihat kbenaran..syeikh daud alfatani,tokku paloh,tok kenali,dan byk lg....ulama nusantara..tiada yg kata sesat..tp mereka..pulak jd bpk ulama..kata sesat..
 
wahabi dia kata semua bid'ah sesat dan kafir
dorg robohkan tmpt2 sejarah islam dan bangunkan hotel mewah dgn tmpt francais perniagaan barat dalam bangunan tu tak bid'ah pula
kalau poket mereka masuk dgn $$$ senyaplah

main bunga api dekat masjidil haram tak bid'ah pula, nabi ajar ke main bunga api :))
 
statement sy bersifat umum..
mana2 andaian dibuat akan dipertanggungjwbkn kpd empunya bdn..
takde double standard..
ditujukn kpd semua termasuk sy sendiri..
jika hingga menimbulkn kekeliruan eloklah perbincangan begini dihentikan...
setuju, tp klu blh hentikan terlbh dhl tabiat suker menuduh sesat glgan lain hanya krn mrk x sependpt dgn kiter....

sdgkan perkara yg dibincangkan adalah para ulama pon msh berselisih, naper plak kiter nak terus jatuhkan hukum???...

maaf tuan..
meletakkn qias dlm satu2 hukum perlu kpd syarat tertentu..
seharusnya mengikut rukun qias yg digariskn oleh mereka yg ahli..
takde asal usul nak letak tulisan quran dgn hukum haram arak..
jauh yg amat..
quran dtg bentuknya wahyu..
wahyu semua org tau bkn dlm bentuk tulisan tapi bacaan..
Allah tak perlu medium utk menyampaikn wahyu..
pertama, perbandingan yg sy lakukan bkn berkenaan hukum "tulisan quran dgn hukum haram arak"...

tp perbandingan yg sy lakukan adalah dr segi "pahala" menulis Al-Quran dgn "dosa" mrk yg terlibat dlm penyediaan arak, baca elok2 aper yg sy tulis...

aderkah sedara setuju x ader "pahala" utk mrk yg menulis Al-Quran hanya krn Al-Quran pd asalnyer diturunkan dlm bentuk bacaan???...

kedua, perhatikan sy jg kater "bg umat di zmn ini", tulisan lbh penting drpd bacaan, krn tanpa tulisan kiter x blh membaca & menghafaz Al-Quran...

berbeza dgn pd zmn Nabi Muhammad SAW, yg maner Al-Quran diajarkan dlm bentuk hafazan kendian baru dituliskan...

so sekali lg aderkah sedara setuju x ader "pahala' utk mrk yg menulis Al-Quran hanya krn Al-Quran pd asalnyer diturunkan dlm bentuk bacaan???...

azan itu syariat..
ada dalil jelas brkenaan azan..
illat azan utk menandakn waktu solat..
mic, tangga, tiang tinggi bkn syariat.. x perlu kpd dalil..
semua atas dasar mashalat umum...

ini sy setuju sgt, tp ketika ketiadaan dalil "susunan bacaan [kaifiyat] digunakan sbg alasan bid'ahnyer majlis tahlil naper takder sesaper yg tegur???...

sdgkan sama spt azan jg, yg syariat dlm majlis tahlil adalah bacaan yassinnyer, ucapan tahlilnyer, bersedekahnyer, berdoanyer, dll bkn pd susunan bacaan [kaifiyat]nyer...

di sini yg sy lihat sbg double standard diklgan semua yg terlibat dlm perbincangan isu tahlil ini, terutamanyer glgan yg menentang majlis tahlil...

solat terawih..
ulama berbeza2 pandagn dgn bil rakaat ..
semua bil rakaat itu ada ditunjukn dlm hadis..
para imam mengambil bil rakaat berdsrkn hadis yg mereka terima..
semuanya btul..
solat tarawih ada dalil khusus..

takder masalah ttg bilangan rakaat, sy pon dah jumper dalilnyer bg setiap jumlah rakaat...

hanya 2 masalah yg tinggal iaitu spt dibwh...
  1. adalah aderkah bid'ah kiter solat tarawih cukup sebln berjemaah sdgkan Nabi Muhammad SAW hanya berjemaah kurang dr 7 hari shj dlm sebln???...

  2. aderkah bid'ah kiter solat tarawih dgn bacaan yg ringkas sdgkan Nabi Muhammad SAW & para khulafa' ur-Rasyidin solat tarawih dgn bacaan yg pjg???...
bg sy jwbannyer x, tp bg glgan yg menggunakan alasan ketiadaan dalil susunan bacaan [kaifiyat] utk membid'ahkan majlis tahlil...

maka sy ajukan soalan yg sama jg, maner dalil bg mrk berbuat spt di atas???...

jika mrk blh bertanya soalan yg x relevan, maka sy pon blh bertanya soalan yg x relevan, barulah kiter ader level playing field....

isu tahlil..
berknaan kaifiyat dan susunan sy kurg arif..
bacaannya adalah yg baik..
tapi majlis itu ada prob..
apa kemashalatan yg diselesaikn dgn majlis gtu?
tak perlu dan takde pun takpe..
dan tak pnah ditunjukkn oleh nabi, para sahabat ataupun ulama terdahulu..
bagusler klu dah akui bacaannyer adalah baik & sy akui ia x perlu & takder pon takper, krn kiter kater mmg perlu & wajib ader, maka disitu sy akui ia dah jd bid'ah...

persoalannyer jika ia dilaksanakan jg ader kah ia menjd bid'ah dhalalah, hanya krn semua bacaan yg sedara sendiri kater baik itu dihimpunkan dlm satu majlis???...

sekali sy ingatkan, di atas sy dah trgkan bhw jika susunan bacaan [kaifiyat] yg dipertikaikan, ia bknlah syariat yg blh menjdkan sesuatu perkara sbg bid'ah...

ttg kemaslahatan umum yg blh diselesaikan dgn majlis begitu sh dah berikan dlm post #845...

bila dibuat pula semasa ada kematian..
dgn kenduri yg dibuat oleh KELUARGA SI MATI..
dan masyarakat sekeliling merasa pelik jika tak buat..
ada pula iktikad dibuat hari ke7, 40, 100..etc.
yg lg parah.. cemuhan kpd mereka yg x buat..
inilah realiti masyarakat melayu islam skrg..
bkn menyelesaikn mashalat umum tp lg menyusahkn keluarga si mati..
so jika demikian, nyatakan dgn jls bhw ini yg menybbkan majlis tahlil menjd bid'ah, bkn membawa kenyataan & dalil umum bhw "setiap bid'ah itu sesat"...

krn kenyataan & dalil umum sedemikian bkn memberi kesan kpd majlis tahlil shj, tp kpd byk perkara lain yg di anggap bid'ah sehingga menafikan adernya bid'ah yg hasanah...

lg pon jika diperhatikan pendpt Imam Syafie elok2, beliau sendiri x kater "majlis tahlil ader lah haram/dilrg"...

tp aper yg beliau kater adalah...

"jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli keluarga mayat,
yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya
"...

manakala "ahli keluarga mayat" merujuk kpd "ahli si mati. (Isteri, Suami dan anak-anaknya)", so ahli keluarga & jiran terdkt blh menyediakan mknan kpd tetamu sbg sedekah...

jd sbb itu sy setuju dgn sedara bhw majlis tahlil itu bid'ah hanya berdsrkan perkara2 spesifik di atas, bknnyer majlis tahlil secara umum wlupon perkara2 di atas x berlaku...

hadis dr Aisyah r.a..
terang2 suruh jiran tetangga atau keluarga terdekat yg nenyediakn makanan..
supaya mereka gembira..
jauh benar dgn situasi skrg...
keluarga si mati yg menyediakn makanan..
nak org susah jd lg sedih..
mana boleh ikut logik akal mengambil hadis tu utk membolehkn kenduri tahlil..
kalo boleh, dah lama ulama atau imam mazhab amalkn.
tapi mereka yg ahli hadis dan imam pun tak kluarkn dalil tu..
apalg dgn guna nama qias..
yg pelik lg ajaib... kita je org nusantara yg ada kenduri arwah..
bagus, nampaknyer pendirian sedara lbh terperinci berbanding pendirian glgan yg menentang majlis tahlil yg lain, krn sedara jls dimana letak masalah sebenarnyer...

sedara dah senaraikan masalah2 dlm majlis tahlil yg blh menybbkan ia menjd bid'ah, so jika semua perkara ini dpt dielakkan dlm majlis tahlil, aderkah ia msh menjd bid'ah???...

tentu sedara kater susah nak ubah, sy pon x kater senang nak ubah...

tp aderkah patut hanya krn masalah2 yg spesifik spt itu maka kiter keluarkan hukum umum bhw majlis tahlil adalah sesat???...

kiter ambil cth bgimana majlis fatwa mengeluarkan fatwa ttg menghadiri majlis perayaan kaum lain...

mrk x mengeluarkan hukum umum bhw menghadiri majlis perayaan kaum lain adalah haram...

ttp aper yg mrk lakukan adalah memberikan panduan yg spesifik, spt diharamkan menghadiri majlis perayaan kau lain jika ader unsur begitu & begini...

maka bg sy kaedah begini yg sepatutnyer digunapakai dlm menjatuhkan hukum kpd majlis tahlil...

berhati2 memberi pandgn perihal agama..
semuanya kelak akan dihitung..
mungkin perbincangn lebih manis jika hanya memberi syarah dan pandgn dr mereka yg ahli..
dr kitab2 muktabar..

jenayah besar bila mengexploitasi agama..
carilah kebenaran..
sekali lg sy lihat double standard di sini krn aper bila glgan yg menentang majlis tahlil memberikan syarah hadis dr pendpt sendiri takder sesaper pon yg tegur...

tp apabila sy melakukan perkara yg sama dah bbrp org yg kater x elok...

lg pon bkn tujuan asal sy nak memberikan syarah hadis dr pendpt sendiri, sy hanya ingin tunjukkan bhw jika mrk blh berbuat demikian maka sy pon blh berbuat demikian...

dgn adernyer teguran2 spt ini blh ler sy pulangkan paku buah keras kpd glgan yg menentang majlis tahlil, kater dulang paku serpih, kater org dier pon samer...

so jika x nak sy memberikan syarah hadis dr pendpt sendiri slps nih, glgan yg menentang majlis tahlil pon x sepatut melakukan perkara sedemikian...

slps nih no double standard pls...
 
Last edited:
semoga bermanfaat.

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu Thaahir Al-
Faqiih dan Abu Sa’iid bin Abi ‘Amru, mereka berdua
berkata : Telah menceritakan kepada kami Abul-‘Abbaas
Al-Asham : Telah menceritakan kepada kami Muhammad
bin ‘Ubaid Al-Munaadiy : Telah menceritakan kepada
kami Syabaabah : Telah menceritakan kepada kami
Hisyaam bin Al-Ghaar, dari Naafi, dari Ibnu ‘Umar, ia
berkata : “ Setiap bid’ah adalah sesat, meskipun orang-
orang memandangnya sebagai satu kebaikan (bid'ah
hasanah)
[Diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-
Madkhal no. 19; sanadnya hasan].

abul-jauzaa.blogspot.com/2012/07/memahami-bidah-hasanah-ibnu-umar.html?m=1

Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata:
"...dan aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan, karena hal tersebut hanya akanmenimbulkan bertambahnya kesedihan dan membutuhkan biaya, padahal beban kesedihan masih melekat." (al-Umm (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1393) juz I, hal 279)

hijrahdarisyirikdanbidah.blogspot.com/2010/06/tahlilan-dalam-pandangan-nu.html?m=1

Jangan samakan majlis ma'tam dengan majlis tahlil arwah.

ma'tam dari perkataan “atama”, “ya’timu” yang bererti “apabila dikumpulkan di antara dua perkara”. Dan asal pengertian “ma’tam” itu “setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kesedihan”

sebahagian ahli Nahwu penggunaan istilah ma'tam untuk “perhimpunan perempuan pada kematian yang padanya terdapat niyahah (ratapan yang berlebihan) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Jauhari, Abu ‘Atha’ al-Sindi, Ibn Bari dan lain-lain dalam sebuah kamus Arab yang mu’tabar iaitu “Lisan al-Arab”

Jadi apa yang kita fahami Imam Syafie membenci majlis ma'tam walaupun tanpa tangisan.

Membenci disitu adalah makruh mengikut usul fiqh Syafie.

Majlis ma'tam adalah berbeza dengan majlis tahlil

sekiranya saya ambil pemahaman seperti saudara

al-ma'tam yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat)

Natijahnya ialah sekiranya berlaku kematian kita tidak boleh ziarah atau berkumpul langsung di rumah simati sebab sudah menambah kesedihan dan lain-lainnya

bukankah ini bertentangan pula dengan hadis

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau berziarah sudah pasti menjadi berkumpul disitu.

Adakah kita akan membidaahkan ziarah pula selepas ini?

setuju dgn sdr Abbas...

selain dr hadis ziarah ader jg hadis yg membenarkan menangis ketika kematian asalkan x berlbh2han sehingga di anggap meratap...

mlh Nabi Muhammad SAW sendiri menangis ketika anak Baginda Ibrahim meninggal dunia...

Sayidina Umar Al-Khattab RA membenarkan org pompuan menangis ketika kematian Sayidina Khalid Al-Walid RA asalkan x berlbh2an...

so aderkah hadis2 ini itu bkn dr Nabi Muhammad SAW & bkn dr khulafa ar-Rasyidin jg???...

sdr gjoykamitake x sepatutnyer terlalu berpegang kpd satu hadis sehingga menolak hadis2 yg lain...

yg sepatutnyer dilakukan adalah merungkai percanggahan hadis2 ini, bkn menerima satu hadis & menolak hadis2 yg lain...

x pasti aper bila berkaitan dgn hadis dalil melrg mengambil sebhgian & menolak sbhgian yg lain spt dlm Al-Baqarah, 85 & 208 blh dijdkan dalil atau x...

~~~~~~~~~~~

selain itu sdr gjoykamitake memetik dr Imam Syafie yg mengatakan "aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan"...

kalimah "tangisan" dlm teks asal Imam Syafie adalah بُكَاءٌ yg bermaksud tangisan yg disertai dgn suara keluhan, laungan, jeritan, ratapan yg melampau...

dlm bhs Arab jika hanya merujuk kpd tangisan & linangan air mata tanpa ratapan, jeritan & laungan perkataan yg digunakan adalah بُكَّا...

tulisan & ejaan yg hampir sama, tp maksud yg berbeza, sila rujuk kamus Lisanul Arab, Al-Maany.com & Lane Lexicon utk maklumat lanjut...
 
Last edited:
Jangan samakan majlis ma'tam dengan majlis tahlil arwah.

ma'tam dari perkataan “atama”, “ya’timu” yang bererti “apabila dikumpulkan di antara dua perkara”. Dan asal pengertian “ma’tam” itu “setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kesedihan”

sebahagian ahli Nahwu penggunaan istilah ma'tam untuk “perhimpunan perempuan pada kematian yang padanya terdapat niyahah (ratapan yang berlebihan) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Jauhari, Abu ‘Atha’ al-Sindi, Ibn Bari dan lain-lain dalam sebuah kamus Arab yang mu’tabar iaitu “Lisan al-Arab”

Jadi apa yang kita fahami Imam Syafie membenci majlis ma'tam walaupun tanpa tangisan.

Membenci disitu adalah makruh mengikut usul fiqh Syafie.

Majlis ma'tam adalah berbeza dengan majlis tahlil

sekiranya saya ambil pemahaman seperti saudara



Natijahnya ialah sekiranya berlaku kematian kita tidak boleh ziarah atau berkumpul langsung di rumah simati sebab sudah menambah kesedihan dan lain-lainnya

bukankah ini bertentangan pula dengan hadis

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau berziarah sudah pasti menjadi berkumpul disitu.

Adakah kita akan membidaahkan ziarah pula selepas ini?

Thanks bro Abbas,

Saya ingin highligh semula perkara tersebut kerana mereka sentiasa memiliki tafsiran yg salah terhadap perkataan mujtahid mutlak seperti imam As-Syafie.

Iaitu apa yg dimaksudkan apabila seseorang mujtahid mengatakan "aku lebih menyukai" atau "aku membenci".

Mereka sentisa tafsir "aku lebih menyukai" sebagai jatuh hukum wajib.... dan "aku membenci" sebagai jatuh hukum haram. Sedangkan sebenarnya tidak seperti demikian (yg mereka faham dengan tafsiran yg salah).
 
Last edited:
nampaknyer sdr melarikan diri dr persoalan yg lbh bsr & berusaha menumpukan kpd hanya satu perkara shj iaitu tahlil...

sdgkan kesan dr pendirian sdr bkn hanya dlm perkara majlis tahlil shj tp merangkumi jg semua cth yg sy berikan...

naper sdr mengambil tindakan sedemikian sy hanya blh membuat andaian, kebenarannyer hanya sdr yg tahu...

sy msh x mendpt jwban ttg sunnah maner yg diikuti oleh Sayidina Umar Al-Khattab RA dlm memfatwakan solat tarawih berjemaah cukup sebln penuh???...

sy msh x mendpt jwban ttg zikir yg lbh atau kurang drpd yg dianjurkan oleh Al-Quran & hadis adalah bid'ah atau x???...

byk lg soalan lain yg sedara jls sekali mengelakkan diri dr menjwb...

~~~~~~~~~~~~~~

berkenaan dgn majlis tahlil, jika sdr ikuti perbincangan sy dgn sdr gjoykamitake sy dah berikan dalil bg setiap amalan dlm majlis tahlil...

ini termasuk membaca yasin, mengucapkan tahlil, berdoa utk si mati, bersedekah kpd tetamu, kaum kerabat & jiran dibnrkan menyediakan mknan ttp x ahli keluarga si mati...

yg tiada dalil jls hanyalah menghimpunkan semua amalan ini dlm satu majlis...

maka timbul lah persoalan aderkah hanya dgn menghimpunkan semua amalan ini dlm satu majlis serta merta menjdkan semua amalan itu bid'ah???...

lg pon dr bacaan sy x pernah sy lihat Imam Syafie kater dgn jls "kenduri tahlil nih x boleh", mgkn sdr blh berikan dalil...

dr bacaan sy selama ini Imam Syafie hanya mengatakan spt petikan dlm kitab Al-Umm yg sy berikan sblm ini dlm respon sy kpd sdr Bahas18...


~~~~~~~~~~~~~~~

so ringkasnyer sy lihat pendirian sdr x konsisten, dlm hal tahlil perkara yg diada2kan menjd bid'ah, tp dlm byk hal lain yg jg diada2kan sdr enggan memberi komen...

spt kater sdr terpulang pd sy utk ikut yg maner, respon sdr gagal meyakinkan sy utk berubah pendirian, so sy kekal berpegang kpd pendpt bhw terdpt bid'ah hasanah & bid'ah dhalalah...

Tuan ini thread berkaitan tahlil dan bukannya thread berkaitan bidaah ... so saya tumpukan isu tahlil...

Persolannya utama adalah kenapa ianya tidak dilakukan dahulu jika ianya benar2 beri menafaat kepada umat islam ... Tahlil nih adalah terdapat di dalam kitab agama hindu.. dalam Islam x der Majlis nih ...

http://www.youtube.com/watch?v=rFVyl9lCVA8

Umat Islam merasakan seolah2 apa yang Nabi bawa dan ajar x cukup dan x sempurna sehingga perlu menokok tambah ajaran Islam ... Maka mereka mencari dalil2 yang membenarkan perbuatan tersebut ... Tetapi tidak ada dalil yang sahih menyatakan Nabi pernah buat tahlil ... Yang ada dalil2 lain yang cuba dikaitakan agar majlis tersebut dibenarkan ... Sedangkan Nabi dan berpesan Umat Islam akan selamat selagi mengikut AQ dan Sunnahnya...

Tapi kalo korang masih x mau terima jugak ... terpulang ler :D Saya mudah ajer .. apa yang Nabi x buat saya x akan buat .. x kira ler ada hadis berkajang2 pun (terlalu banyak hadis palsu) ... Ilmu sesat terjadi disebaban perkara nih ... Mereka gagal melihat sunnah Nabi..
 
Last edited:
Tuan ini thread berkaitan tahlil dan bukannya thread berkaitan bidaah ... so saya tumpukan isu tahlil...

pendirian kiter ttg satu perkara mempengaruhi jg pendirian kiter ttg hal2 yg lain...

x terkecuali dlm hal tahlil yg hanya mewakili satu cth drpd pelbgi bid'ah yg lain...

Persolannya utama adalah kenapa ianya tidak dilakukan dahulu jika ianya benar2 beri menafaat kepada umat islam ... Tahlil nih adalah terdapat di dalam kitab agama hindu.. dalam Islam x der Majlis nih ...

http://www.youtube.com/watch?v=rFVyl9lCVA8

sy x heran pon jika ader persamaan sbb perkara2 spt ini dah pon kerap kali dikaji dlm ilmu perbandingan agama...

rujuk ulasan Zakir Naik dlm hal nih, jika dlm hal aqidah shj sdh ader persamaan, maka x mustahil dlm fiqh pon ader persamaan jg antara Islam & Hindu...

sy kater "persamaan" yer, sy x kater "serupa", jgn slh fhm plak...
  1. SIMILARITIES BETWEEN ISLAM AND HINDUISM

  2. CONCEPT OF GOD IN HINDUISM by Dr. Zakir Naik

  3. Hindu dan Islam Ternyata punya kesamaan ?
sedara blh baca perbandingan Islam dgn aqidah agama2 lain dlm lmn web yg sy berikan...

ader byk rujukan sdr blh baca termasuklah Christianity, Judaism, Buddhism, Sikhism, Zoroastrianism & Atheism

lg pon jika hanya krn persamaan dgn agama lain shj menybbkan majlis tahlil bid'ah, maka brp byk persamaan dlm agama Islam dgn agama lain yg perlu diisytiharkan bid'ah...
  1. org Islam x blh nak kuburkan jenazah krn ader agama lain yg jg menguburkan jenazah mrk...

  2. org Islam x blh nak menggunakan tasbih utk berzikir krn tasbih sami Buddha lg ler besar giler...

  3. org Islam x blh nak berdoa utk kesejahteraan jenazah krn org Hindu jg berdoa utk kesejahteraan jenazah mrk...
mgkn sedara akan kater tiada dalil bg majlis tahlil manakala semua cth di atas ader dalil yg jls...

nnt sy akan jwb sy ader dalil bg setiap satu amalan dlm majlis tahlil kecuali menghimpunkannyer...

kendian sy akan tambah yg sedara jg x ader dalil utk melaksanakan solat tarawih berjemaah selama sebln penuh, tp sedara x nak menjwb soalan ini...

Umat Islam merasakan seolah2 apa yang Nabi bawa dan ajar x cukup dan x sempurna sehingga perlu menokok tambah ajaran Islam ... Maka mereka mencari dalil2 yang membenarkan perbuatan tersebut ... Tetapi tidak ada dalil yang sahih menyatakan Nabi pernah buat tahlil ... Yang ada dalil2 lain yang cuba dikaitakan agar majlis tersebut dibenarkan ... Sedangkan Nabi dan berpesan Umat Islam akan selamat selagi mengikut AQ dan Sunnahnya...
jika kaedah "dalil2 lain yang cuba dikaitakan" x dibenarkan maka ijtihad & qiyas sbg sumber hukum dlm Islam x akan dibenarkan...

ader dadah x semasa zmn Nabi Muhammad SAW??? takder, camner blh dtg hukum haram ambil dadah??? ijtihad & qiyas kpd hukum minum arak...

slps nih sedara akan kater, "kiter bincang soal ibadah ajer, bkn soal maslahat umum, so x perlu kaitkan dgn dadah"...

tp sedara enggan menjwb sunnah maner Sayidina Umar RA ikuti apabila memblhkankan solat tarawih berjemaah sehingga cukup sebln dgn alasan kiter bincang soal tahlil, bkn bid'ah...

byk sgt alasan utk x menjwb, sdgkan solat tarawih tuh jls2 ibadah khusus...

Tapi kalo korang masih x mau terima jugak ... terpulang ler :D Saya mudah ajer .. apa yang Nabi x buat saya x akan buat .. x kira ler ada hadis berkajang2 pun (terlalu banyak hadis palsu) ... Ilmu sesat terjadi disebaban perkara nih ... Mereka gagal melihat sunnah Nabi..
sy terima kenyataan bhw ilmu sesat blh berlaku krn x ikut sunnah...

tp ilmu sesat jg blh berlaku krn memahami hadis hanya pd maksud tersurat tanpa mengkaji hadis2 yg lain...

sdgkan hadis sama jg spt ayat2 Al-Quran sentiasa menyokong antara satu dgn lain & x akan bercanggah...

apabila berlaku percanggahan maka ia perlu dirungkaikan sebaik mgkn agar x timbul kekeliruan...

dlm hal bid'ah ini, mengatakan majlis tahlil sbg bid'ah bercanggah dgn pendirian sedara dlm hal yg lain spt cth solat tarawih berjemaahn sepjg bln spt yg sy berikan...

~~~~~~~~~~~~

oleh krn kiter membincangkan ttg tahlil, blh sedara buktikan kenyataan sedara kat bwh...

Imam Syafie dengan jelas menyatakan bahawa kenduri tahlil nih x boleh ...

klu sedara blh berikan hadis yg menjd asas kpd pendpt Imam Syafie spt yg sedara kater kat atas lg elok, lg kuat hujah sedara...
 
Last edited:
Thanks bro Abbas,

Saya ingin highligh semula perkara tersebut kerana mereka sentiasa memiliki tafsiran yg salah terhadap perkataan mujtahid mutlak seperti imam As-Syafie.

Iaitu apa yg dimaksudkan apabila seseorang mujtahid mengatakan "aku lebih menyukai" atau "aku membenci".

Mereka sentisa tafsir "aku lebih menyukai" sebagai jatuh hukum wajib.... dan "aku membenci" sebagai jatuh hukum haram. Sedangkan sebenarnya tidak seperti demikian (yg mereka faham dengan tafsiran yg salah).

Imam Syafi'i rahimahullah dalam kitab al-Umm berkata: "...dan aku membenci al-ma'tam, yaitu proses berkumpul (di tempat keluarga mayat) walaupun tanpa tangisan, karena hal tersebut hanya akan menimbulkan bertambahnya kesedihan dan membutuhkan biaya, padahal beban kesedihan masih melekat." (al-Umm (Beirut: Dar al-Ma'rifah, 1393) juz I, hal 279)

ringkasnyer dlm memetik pendpt Imam Syafie sebenarnyer glgan nih dah slh fhm dlm 4 perkara...
  1. menyamakan "aku benci" dgn "haram" sdgkan sebenarnyer ia bermaksud "makruh"...

  2. menyamakan "ma'tam" dgn "majlis tahlil" sdgkan sebenarnyer ia bermaksud "setiap perhimpunan lelaki dan perempuan sama ada untuk sesuatu kegembiraan atau kesedihan"...

  3. menyamakan "tangisan" dgn "linangan air mata" sdgkan sebenarnyer ia bermaksud "tangisan beserta ratapan, laungan, keluhan, dll"...

  4. menyamakan "ahli si mati" dgn "seluruh kaum kerabat si mati" sdgkan sebenarnyer ia bermaksud "suami, isteri & anak-anak shj"...
camner dorang ambil dalil nih tanpa mengkaji dalil terlbh dhl nih...
 
Bukan amalan Rasulullah, para sahabah, tabi'in dan tabi'ut tabi'in..jika amalan tu baik dan peroleh pahala sudah tentu mereka mendahului mengamalkannya..wallahu 'alam.

Rasulullah saw pun x mkn roti canai.. nasi kerabu.. char keow teow

bidaah sume nih... sesat lagi menyesatkan

suh p ngaji xmau.. habis sume benda nk disesatkan....

habis pening masyarakat
 
Tuan ini thread berkaitan tahlil dan bukannya thread berkaitan bidaah ... so saya tumpukan isu tahlil...

Persolannya utama adalah kenapa ianya tidak dilakukan dahulu jika ianya benar2 beri menafaat kepada umat islam ... Tahlil nih adalah terdapat di dalam kitab agama hindu.. dalam Islam x der Majlis nih ...

Umat Islam merasakan seolah2 apa yang Nabi bawa dan ajar x cukup dan x sempurna sehingga perlu menokok tambah ajaran Islam ... Maka mereka mencari dalil2 yang membenarkan perbuatan tersebut ... Tetapi tidak ada dalil yang sahih menyatakan Nabi pernah buat tahlil ... Yang ada dalil2 lain yang cuba dikaitakan agar majlis tersebut dibenarkan ... Sedangkan Nabi dan berpesan Umat Islam akan selamat selagi mengikut AQ dan Sunnahnya...

Tapi kalo korang masih x mau terima jugak ... terpulang ler :D Saya mudah ajer .. apa yang Nabi x buat saya x akan buat .. x kira ler ada hadis berkajang2 pun (terlalu banyak hadis palsu) ... Ilmu sesat terjadi disebaban perkara nih ... Mereka gagal melihat sunnah Nabi..



Jangan terlalu jauh hingga membabitkan Hindu. Sabar tuan.....

Saya postkan siapa penulis kitab asal-usul tahlil dan siapa orangnya.


Kaifiat tahlil hanya bersumber dari kitab ini dan tiada dalam kitab lain. Kitab ini diajar dipondok sekitar nusantara. itu sebab diluar nusantara tiada tahlilan



Ini ialah tuan guru yang menulis kitab diatas




Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili


Mandaliling merupakan tempat terbit banyaknya ulama-ulama yang hebat dan handal, diantara ulama tersebut adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib ulama besar yang terkenal di Makkah dan di semenanjung melayu, Ada di kalangan kita yang tidak mengetahui dari kalangan ulama Mandailing yang bernama Abdul Qadir



Yang sangat terkenal di Makkah adalah tuan guru Syeikh Abdul Qadir bin Sobir al-Mandili yang pernah mengajar di Masjid haram Makkah, beliau adalah guru dari seluruh ulama besar Nusantara, diantara murid beliau Syeikh Musthafa Husein al-Mandili ( pendiri Musthafawiyah tahun 1912 M), Syeikh Abdul Halim bin Ahmad Khathib al-Mandili, Syeikh Abdurrahim Perak, Syeikh al-Habib Abdullah Mufti Syafi`iyyah Perak Ipoh, Syeikh Muhammad Ali Kuala kangsar, Syeikh Zainuddin Bila, Syeikh Zainuddin al-Palembani, Syeikh Muhammad Ja`far Abdul Wahab, Syeikh Hasan Maksum Medan Deli, Syeikh Daud bin Mahmud al-Jawi, Syeikh Abdul Lathif Mantu`, Syeikh Utsman Tegal, Syeikh Muhammad Husein al-Palembani al-Makki, Syeikh Muhsin al-Musawa al-Palimbani al-Makki, Syeikh Sleh bin Muhammad Idris al-Kelantani al-Makki dan yang lain-lainnya.

Sementara Syeikh Abdul Qadir yang sangat terkenal di Malaysia adalah Syeikh Abdul Qadir bin Tolib al-Mandili.


Kelahiran dan asal usul beliau

Syeikh Saya Buya Ibrahim Zannun al Mandaili berkata : Syeikh Abdul Qadir bin Tolib dilahirkan di desa Sigalapang di daearah Penyabungan Kabupaten Mandailing Natal Sumatra Utara Indonesia, sementara Syeikh Abdu Qadir bin Sobir al-Mandili di lahirkan di Huta Siantar Penyabungan Mandailing Sumatra Utara.

Syeikh Abdul Qadir bin Tolib di lahirkan pada tahun 1329 Hijriyah, masa kanak-kanak dihabiskan di kampung halamannya, ketika itu beliau layaknya seperti anak-anak mandailing yang sibuk dengan mengaji al-Qur`an dan belajar agama islam, Mandailing mrupakan basis islam yang kuat dan patuh dengan agama sehingga mempengaruhi kejiwaan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili.

Merantau ke Malaysia

Merantau ke Malaysia bukan hanya banyak terdapat pada zaman sekarang ini, bahkan sejak zaman dahulu penduduk Sumatra sudah banyak yang merantau dan berhijrah ke negeri Malaysia, diantara salah satu sebab banyaknya penduduk Sumatra yang berhijrah ke Malaysia adalah karena penduduk Pulau Sumatra berkependudukan melayu, dari kerajaan Langkat sampai kerajaan Palembang adalah kerajaan melayu dan berbahasa melayu, dahulu orang-orang melayu Sumatra sangat memiliki hubungan kuat dan erat dengan orang melayu Malaysia sebab itulah perpindahan dan berhijrah banyak terjadi, bahkan hubungan perkawinan pun banyak terjadi.

Diantara penduduk pulau Sumatra yang banyak juga berhijarah ke negeri Malaysia adalah orang-orang Mandailing, sebahagian meraka ada yang ingin mencari penghidupan, sebahagiannya lagi ingin mencari ilmu agama, keberanian warga Mandailing yang meninggalkan kampung halamannya untuk mencari ilmu membuahkan hasil yang cukup membanggakan, sehingga Mandaling banyak melahirkan ulama-ulama besar dan para intelektual yang handal.

Ketika usia Syeikh Abdul Qadir menanjak dewasa beliau berhijrah menuju Malaysia, di Malaysia beliau belajar agama dari ulama-ulama besar negeri Kedah, beliau begitu giat sekali mencari ilmu, demikian juga ketekunannya dalam beribadah.


Berhijrah ke Makkah

Pada tahun 1355 hijriyah Syeikh Abdul Qadir berangkat menuju Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan manasik haji, setelah menunaikan haji Fardhu beliau berniat untuk bermukim di Makkah al-Mukarramah agar dapat belajar dengan ulama-ulama besar yang berada di Makkah, pada masa dulu Makkah masih sebagai pusat pengajian para ulama- ulama Nusantara, sehingga banyak diantara pemuda-pemuda di Nusantara yang ingin menghabiskan masa mudanya di Makkah untuk menuntut ilmu, pengajianpengajian agama begitu berkembang pada saat itu, halaqah-halaqah pengajian di penuhi oleh para pelajar.

Syeikh Abdul Qadir tidak mau ketinggalan untuk menuntut ilmu juga di Makkah, dengan tekad yang bulat beliau menghadiri dari berbagai macam pengajian, dari mulai Tauhid, Tasauf, Fiqih, Hadis dan yang lainnya, tetapi perhatian beliau kepada ilmu tasauf sangat besar sekali, sehingga beliau berusaha untuk belajar dan menerapkannya didalam kehidupannya sehari-hari.

Diantara guru-guru beliau di Makkah adalah Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Syeikh Umar Hamdan Mahrusi, Syeikh Hasan bin Muhammad Masyat, Syeikh Ismail al-Fathoni dan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.


Pengajian beliau di Makkah

Setelah para ulama Makkah melihat kemampuan dan keilmuan Syeikh Abdul Qadir, maka beliau pun di beri izin untuk mengajar di masjid haram Makkah, beliau berusa untuk dapat memberikan pemahaman yang mudah kepada par murid-muridnya, hampir disiflin ilmu beliau ajar di Masjid al-Haram, dari muali Nahu, Sorof, Hadis, Musthalah Hadis, Tafsir, Fiqih Syafi`i dan lainnya.

Murid-murid beliau tidak pernah sunyi, halaqah beliau senantiasa di penuhi, tidak pernah kurang dari dua ratus pelajar, beliau mampu menarik perhatian para pelajar dengan keilmuan danke ahliannya, para pelajar sangat senang sekali dengan cara mengajar beliau, sehingga mudah untuk di fahami, beliau salah satu ulama Nusantara yang tidak lahir di Makkah tetapi mengajar di Masjid al-Haram Makkah.

Wafatnya Syeikh Abdul Qadir

Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 hijriyah Syeikh Abdul Qadir bin Tholib menghembuskan nafasnya terakhir untuk bertemu dengan Allah s.w.t., setelah mengalami penyakit yang beliau derita, masyarakat Makkah sangat berduka cita dengan kewafatan beliau, para pelajar sangat kehilangan ulama panutan mereka, isak tangis menyelubungi kewafatan seorang ulama yang alim, banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya kecintaan mereka kepada Syeikh Abdul Qadir a-Manidili, beliau di kuburkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register