BTC USD 83,262.7 Gold USD 4,185.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

jika amalan tanpa dalil boleh diamalkan, maka;
- lepas ni bila azan ada perkataan "sayyidina Muhammad"
- ada tambahan basuhan anggota wuduk
- solat sunat tahiyyatul masjid dan qobliah secara berjemaah
- imam solat zohor dan asar perdengarkan bacaannya.
- zikir2 yang tiada asal usulnya wujud dalam solat kerana baik maknanya.
- tambahan dan pengurangan dalam pergerakan anggota solat.

percayalah, suatu hari nanti tuan2 akan dapati ada amalan ibadah yang tidak pernah tuan2 dengar sebelum ini timbul. pabila ruang beramal dengan amalan ibadah tanpa dalil dibuka seluas2nya, ini fitnah terhadap agama suci ini. Sama2 kita beramal dengan agama ini sebagaimana ianya datang, sungguh mudah tanpa modifikasi insya-Allah.
 
copy paste dr blog hamba Allah...

Saya berfikir panjang sebelum menulis pandangan tentang tajuk ini. Saya merasakan apakah hak dan profesion saya untuk membahasakan tajuk yang agak berat dan besar ini. Ini kerana saya melihat kepada keterbatasan bidang ilmu saya di bidang agama. Saya merasakan tajuk ini penting untuk dimulakan dibincangkan. Namun mungkin tulisan saya ini hanya sekadar lontaran pendapat atau cetusan pemikiran yang dilihat dari sudut semasa dan realiti kehidupan sekarang.

Mungkin saya boleh mulai dengan adat dan situasi yang berlangsung sekarang. Sebelum ini,saya sudah merasakan adat tahilil yang diadakan disekitar tempat saya di Pasir Mas. Kelantan dan mungkin dibeberapa tempat lain semacam satu perkara yang amat membebankan keluarga si mati. Kenapa saya berpendapat demikian. Ini bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa yang lebih penting. Bukan soal saya berkira-kira atau kedekut atau menentang keras amalan ini. Namun saya cuba menyelami hati dan perasaan keluarga si mati yang terpaksa menanggung beberapa kos yang boleh dikatakan agak tinggi dalam usaha untuk " mendamaikan" si mati. Ya. semua tahu, ia adalah satu bida'ah. hassanah. Dan ramai berpendapat ia adalah sesuatu yang harus dan boleh dilakukan. Namun, dalam konteks yang bagaimana?.

Sekiranya kita telilti satu hadis kesimpulan " apabila meninggalnya seorang anak Adam, hanya 3 amal yang akan berterusan sampai kepadanya. iaitu amalan anak yang soleh, ilmu baik yang berterusan di amalkan, dan amal sedekah jariah semasa hidupnya kerana Allah.".

Dan sekiranya kita melihat, kepada keadaan ini, tidak ada bahagian langsung untuk majlis tahilil itu mengambil tempat. Namun, ramai yang berpendapat ia boleh dimasukan ke dalam bahagian amalan anak yang soleh, dan di kukuhkan dengan Firman " berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku makbulkan".

Maka, di persetujui majlis tahlil adalah satu perkara yang harus dilakukan, dan Insyallah dengan rahmat dan kasih Allah si mati akan mendapat pahalanya. Itulah antara sandaran hujah dan dalil yang saya tahu mewajarkan majlis tahlil.

Namun, apa yang berlaku agak bertentangan. sesuatu yang asalnya harus sudah menjadi kewajipan dan semacam adat dan perkara yang mesti dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan, mereka yang tidak faham akan mula mengatakan keluarga si mati ini kedekut, tidak sayangkan kepada si mati dan sebagainya.

Dalam majlis tahlil yang saya ikuti dua tiga hari lepas. Saya mula membuat matematik mudah daripada hari pertama si mati hingga hari ke -7.

Perbelanjaan hari pertama- kain kafan- wajib- RM 120.00, Gali kubur Rm 200.00 ( sagu hati wajib), Untuk majlis solat jenazah, ( RM 10.00 satu sampul) dan biasanya minimum 60 sampul untuk 60 orang atau lebih- RM 600)- wajib. Termasuk dalam plastik bag itu juga, nasi berlauk (RM 2.00- optional/wajib), Air mineral (RM 0.80-optional/ wajib).

Ini tidak termasuk kain pelekat, kain sarung, untuk hadiah kepada mereka yang akan membaca 30 juzuk Al-Quran di kubur dan termasuk upah pula mungkin ( RM 100. seorang)- dulu dipanggil (Menunggu kubur)

Kalau dibaca secara 30 orang serentak, sagu hati kepada pembaca seorang satu juzuk antara RM 10-30 seorang. biasanya RM 10 juga.. Tetapi diberikan kain pelekat berharga lebih kurang ( RM 20.00) X 30 orang.

Ini adalah untuk hari pertama majlis kematian, sebelum, semasa, dan selepas pengebumian. Keseluruhan kos sekitar RM 1990.00 atau kalau dibudarkan adalah RM 2000.00.

Kemudian malamnya akan bermulalah majlis tahlil, yang akan lagi banyak membazirkan wang dan menekan bagi mereka yang tidak mampu. Kalau jamuan nasi, paling -paling tidak, mereka kena membelanjakan antara RM 500.00 atau lebih untuk satu malam. ini pun dianggap sebagai terlalu murah sekiranya ada jiran-jiran yang sanggup datang membantu.

Keadaan ini mungkin boleh diterima sekiranya berlaku hanya pada malam pertama. Namun sekiranya terus berlangsung selama 7 hari berturut-turut. Ia tentu sekali akan membebankan keluarga si mati. Hinggakan ada " kanak-kanak membuat teka teki." banyak -banyak perkara yang kita tanam, tanam apa yang cepat boleh makan." maka jawapannya . Tanam orang mati. hari ini tanam. Malam nanti boleh terus makan di majlis tahlil. dan di sesetengah tempat., majlis ini akan terus diraikan untuk setiap malam jumaat setiap minggu sehingga malam 40 hari selepas kematian. Dan bagi mereka yang mampu 100 hari selepas kematian. Dan kemudian, apabila mereka ada kelapangan wang pada bila-bila masa.

Makan 100 hari, tidak lah dilihat sebagai satu kewajipan besar, namun makan 40. kalau tidak dibuat akan dilihat sebagai melakukan satu kesilapan besar. Malah ada yang beranggapan sebagai anak tidak mengenang budi dan sebagainya. Satu soalan saya yang kurang arif ini. apakah nas-nas dan dalil-dalil yang mengatakan tidak buat makan 40 hari dan tahli dianggap sebagai jahil.. tentu mereka yang berkata demikian akan ternganga kerana tiada hadis dan dalil yang sahih. yang ada cuma satu adat yang diwarisi diikuti,dipercayai dan kemudiannya menjadi satu adat yang dianggap ibadat.

Sudah sampai masanya, kita menimbang semula sambutan majlis tahlil yang melampau ini. Setahu saya, ia lebih kepada pengaruh budaya Hindu yang berkabung di atas kematian pada hari-hari tertentu. Kemudian , apabila Islam datang , ia cuba diharmonikan mengikut roh islam. Sedangkan, Nabi, para sahabat, para tabii, tidak mengamalkannya.

Mengapa masyarakat kita suka membuat perkara yang sia-sia yang belum pasti sahih dan fidilatnya. Tambahan pula nanti ia akan amat membebankan mereka yang tidak mampu. Bagi mereka yang mampu, nak buat sepanjang tahun pun tidak ada masalah!..

Mungkin kerana hendak menjaga adat inilah, kalau tak dibuat , dikata dek orang, tidak pandai bermasyarakat pula kata mereka. Maka, datanglah idea untuk menubuhkan Khairat Kematian, Takaful Kematian, dan seumpamanya. Namun, disebabkan sambutan majlis tahlil ini keterlaluan. wang sumbang khairat kematian dan takaful pun tidak mencukupi. Hingga menimbulkan masalah lain apabila keluarga si mati bergolok gadai dan berhutang.

Amalan ini tidak termasuk dalam ketegori sunat pun, namun diperbesarkan hingga menimbulkan masalah lain. Ini sesuatu yang perlu dilihat secara serius agar kematian tidak menjadi satu perniagaan dan sumber pendapatan kepada mereka yang lain. Kematian seharusnya menjadi satu titik keinsafan dan renungan untuk ditanggung secara kolektif dan bukannya medan untuk membuat pernianggan dan keuntungan seperti dalam agama lain. Oleh sebab itu, Islam mengamalkan sistem wakaf. Sekiranya semangat kerjasama dan faham kehendak hukum yang sebenar dilakukan. Ia tentu sekali tidak akan membebankan keluarga si mati. Di saat ini, saya sendiri mula berkira-kira, paling-paling tidak pada waktu ini saya mesti ada dalam simpann lebih kurang RM 5000.00 sekiranya tidak mahu menyusahkan keluarga saya apabila saya meninggal yang kita tidak pasti bilakah waktunya. Waallahu' alam
 
Biasanya amalan bida'ah tersebut dilakukan oleh ahli bida'ah dan bukan dari kalangan ahlussunnah. Kita tidak akan buat jika tidak ada sandaran. Yang kita lakukan ialah amalan yang ada sandaran dan dilakukan oleh orang2 alim dan soleh sebelum kita secara berterusan.

Contoh;
1. Kita tidak akan basuh anggota tambahan semasa wuduk dengan niat ia adalah rukun wuduk atau sunat.

2. Kita tidak akan tambah perkataan sayyidina Muhammad dalam azan.

Ahli bidaah nie akan lakukan lebih dari apa yang sdr yakinkan.

Berbeza dengan amalan tahlil untuk si mati dimana ia diamalkan oleh datuk moyang kita yang alim lagi soleh dan diterima oleh hampir seluruh penduduk negeri seketika dulu.

Beranikah sdr katakan tok nenek moyang kita dulu seperti Tok Kenali, Tok Ku Paloh, Tok Ku Pulau Manis, Hj Abdul Rahman Limbong, Syeikh2 kita di Patani, Palembang, Aceh itu sesat kerana mengadakan amalan bida'ah?
 
Tuan ada bukti ker Tok Kenali etc tuh buat majlis Tahlil?

Anak Adam apabila mati maka terputus semua amalannya.. yang boleh membantu si mati adalah

1. Doa anak yang soleh
2. Ilmu yang baik yang digunakan oleh org yang masih hidup
3. Amal Jariah semasa ianya masih hidup

Nak buat majlis tahlil buat ler tetapi jika niat nak bantu si mati maka ianya adalah sia2 ... tetapi kalo niat nak bersedekah maka buat ajer ... x der masalah ...

Nabi x pernah buat majlis tahlil untuk isterinya Siti Khadijah dan Aisyah pun x pernah buat Majlis Tahlil apabila Nabi wafat.. Begitu juga ngan para sahabat ... Imam Syafie juga berpendapat begitu...

Apa yang penting adalah tujuan Majlis Tahlil tersebut ... jika nak bantu si mati dengan membaca zikir atau AQ atau baca Al Fatihah memang x sampai tetapi org yang membaca tuh dah tentu akan dapat pahala (insha allah)... Tuan Rumah yang buat kenduri tuh mungkin akan dapat pahala ...

Tapi buat kenduri atau beri jamu pada org pada hari kematian memang x boleh walaupun ianya nampak baik...
 
Salam... saya berpendapat elok masa yg kita ada disalurkan untuk menangani masalah yg pokok (minum arak, syirik kepada Allah, dsbg) dari kita buang masa atas perkara sebegini. Bangkitlah wahai sahabat.. cari persamaan antara kita. Imam imam muktabar terdahulu amat beradab dalam perkara yang mereka tidak sependapat.

Sumbang untuk Islam sekadar termampu. Ingatlah musuh Islam sentiasa menangguk di air keruh, janganlah kita terpedaya. Wallahu a'lam.
 
copy paste dr blog hamba Allah...

Saya berfikir panjang sebelum menulis pandangan tentang tajuk ini. Saya merasakan apakah hak dan profesion saya untuk membahasakan tajuk yang agak berat dan besar ini. Ini kerana saya melihat kepada keterbatasan bidang ilmu saya di bidang agama. Saya merasakan tajuk ini penting untuk dimulakan dibincangkan. Namun mungkin tulisan saya ini hanya sekadar lontaran pendapat atau cetusan pemikiran yang dilihat dari sudut semasa dan realiti kehidupan sekarang.

Mungkin saya boleh mulai dengan adat dan situasi yang berlangsung sekarang. Sebelum ini,saya sudah merasakan adat tahilil yang diadakan disekitar tempat saya di Pasir Mas. Kelantan dan mungkin dibeberapa tempat lain semacam satu perkara yang amat membebankan keluarga si mati. Kenapa saya berpendapat demikian. Ini bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa yang lebih penting. Bukan soal saya berkira-kira atau kedekut atau menentang keras amalan ini. Namun saya cuba menyelami hati dan perasaan keluarga si mati yang terpaksa menanggung beberapa kos yang boleh dikatakan agak tinggi dalam usaha untuk " mendamaikan" si mati. Ya. semua tahu, ia adalah satu bida'ah. hassanah. Dan ramai berpendapat ia adalah sesuatu yang harus dan boleh dilakukan. Namun, dalam konteks yang bagaimana?.

Sekiranya kita telilti satu hadis kesimpulan " apabila meninggalnya seorang anak Adam, hanya 3 amal yang akan berterusan sampai kepadanya. iaitu amalan anak yang soleh, ilmu baik yang berterusan di amalkan, dan amal sedekah jariah semasa hidupnya kerana Allah.".

Dan sekiranya kita melihat, kepada keadaan ini, tidak ada bahagian langsung untuk majlis tahilil itu mengambil tempat. Namun, ramai yang berpendapat ia boleh dimasukan ke dalam bahagian amalan anak yang soleh, dan di kukuhkan dengan Firman " berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku makbulkan".

Maka, di persetujui majlis tahlil adalah satu perkara yang harus dilakukan, dan Insyallah dengan rahmat dan kasih Allah si mati akan mendapat pahalanya. Itulah antara sandaran hujah dan dalil yang saya tahu mewajarkan majlis tahlil.

Namun, apa yang berlaku agak bertentangan. sesuatu yang asalnya harus sudah menjadi kewajipan dan semacam adat dan perkara yang mesti dilakukan. Sekiranya tidak dilakukan, mereka yang tidak faham akan mula mengatakan keluarga si mati ini kedekut, tidak sayangkan kepada si mati dan sebagainya.

Dalam majlis tahlil yang saya ikuti dua tiga hari lepas. Saya mula membuat matematik mudah daripada hari pertama si mati hingga hari ke -7.

Perbelanjaan hari pertama- kain kafan- wajib- RM 120.00, Gali kubur Rm 200.00 ( sagu hati wajib), Untuk majlis solat jenazah, ( RM 10.00 satu sampul) dan biasanya minimum 60 sampul untuk 60 orang atau lebih- RM 600)- wajib. Termasuk dalam plastik bag itu juga, nasi berlauk (RM 2.00- optional/wajib), Air mineral (RM 0.80-optional/ wajib).

Ini tidak termasuk kain pelekat, kain sarung, untuk hadiah kepada mereka yang akan membaca 30 juzuk Al-Quran di kubur dan termasuk upah pula mungkin ( RM 100. seorang)- dulu dipanggil (Menunggu kubur)

Kalau dibaca secara 30 orang serentak, sagu hati kepada pembaca seorang satu juzuk antara RM 10-30 seorang. biasanya RM 10 juga.. Tetapi diberikan kain pelekat berharga lebih kurang ( RM 20.00) X 30 orang.

Ini adalah untuk hari pertama majlis kematian, sebelum, semasa, dan selepas pengebumian. Keseluruhan kos sekitar RM 1990.00 atau kalau dibudarkan adalah RM 2000.00.

Kemudian malamnya akan bermulalah majlis tahlil, yang akan lagi banyak membazirkan wang dan menekan bagi mereka yang tidak mampu. Kalau jamuan nasi, paling -paling tidak, mereka kena membelanjakan antara RM 500.00 atau lebih untuk satu malam. ini pun dianggap sebagai terlalu murah sekiranya ada jiran-jiran yang sanggup datang membantu.

Keadaan ini mungkin boleh diterima sekiranya berlaku hanya pada malam pertama. Namun sekiranya terus berlangsung selama 7 hari berturut-turut. Ia tentu sekali akan membebankan keluarga si mati. Hinggakan ada " kanak-kanak membuat teka teki." banyak -banyak perkara yang kita tanam, tanam apa yang cepat boleh makan." maka jawapannya . Tanam orang mati. hari ini tanam. Malam nanti boleh terus makan di majlis tahlil. dan di sesetengah tempat., majlis ini akan terus diraikan untuk setiap malam jumaat setiap minggu sehingga malam 40 hari selepas kematian. Dan bagi mereka yang mampu 100 hari selepas kematian. Dan kemudian, apabila mereka ada kelapangan wang pada bila-bila masa.

Makan 100 hari, tidak lah dilihat sebagai satu kewajipan besar, namun makan 40. kalau tidak dibuat akan dilihat sebagai melakukan satu kesilapan besar. Malah ada yang beranggapan sebagai anak tidak mengenang budi dan sebagainya. Satu soalan saya yang kurang arif ini. apakah nas-nas dan dalil-dalil yang mengatakan tidak buat makan 40 hari dan tahli dianggap sebagai jahil.. tentu mereka yang berkata demikian akan ternganga kerana tiada hadis dan dalil yang sahih. yang ada cuma satu adat yang diwarisi diikuti,dipercayai dan kemudiannya menjadi satu adat yang dianggap ibadat.

Sudah sampai masanya, kita menimbang semula sambutan majlis tahlil yang melampau ini. Setahu saya, ia lebih kepada pengaruh budaya Hindu yang berkabung di atas kematian pada hari-hari tertentu. Kemudian , apabila Islam datang , ia cuba diharmonikan mengikut roh islam. Sedangkan, Nabi, para sahabat, para tabii, tidak mengamalkannya.

Mengapa masyarakat kita suka membuat perkara yang sia-sia yang belum pasti sahih dan fidilatnya. Tambahan pula nanti ia akan amat membebankan mereka yang tidak mampu. Bagi mereka yang mampu, nak buat sepanjang tahun pun tidak ada masalah!..

Mungkin kerana hendak menjaga adat inilah, kalau tak dibuat , dikata dek orang, tidak pandai bermasyarakat pula kata mereka. Maka, datanglah idea untuk menubuhkan Khairat Kematian, Takaful Kematian, dan seumpamanya. Namun, disebabkan sambutan majlis tahlil ini keterlaluan. wang sumbang khairat kematian dan takaful pun tidak mencukupi. Hingga menimbulkan masalah lain apabila keluarga si mati bergolok gadai dan berhutang.

Amalan ini tidak termasuk dalam ketegori sunat pun, namun diperbesarkan hingga menimbulkan masalah lain. Ini sesuatu yang perlu dilihat secara serius agar kematian tidak menjadi satu perniagaan dan sumber pendapatan kepada mereka yang lain. Kematian seharusnya menjadi satu titik keinsafan dan renungan untuk ditanggung secara kolektif dan bukannya medan untuk membuat pernianggan dan keuntungan seperti dalam agama lain. Oleh sebab itu, Islam mengamalkan sistem wakaf. Sekiranya semangat kerjasama dan faham kehendak hukum yang sebenar dilakukan. Ia tentu sekali tidak akan membebankan keluarga si mati. Di saat ini, saya sendiri mula berkira-kira, paling-paling tidak pada waktu ini saya mesti ada dalam simpann lebih kurang RM 5000.00 sekiranya tidak mahu menyusahkan keluarga saya apabila saya meninggal yang kita tidak pasti bilakah waktunya. Waallahu' alam

jika ini sbbnyer mengapa majlis tahlil dikatakan bid'ah, i.e. dr harus menjd wajib, sy setuju, takder bantahan...

tp hanya krn ia majlis tahlil & tanpa kajian lanjut terus dikatakan termasuk dlm hadis "setiap bid'ah adalah sesat", maka sy kurang setuju...
 
Tuan ada bukti ker Tok Kenali etc tuh buat majlis Tahlil?

Anak Adam apabila mati maka terputus semua amalannya.. yang boleh membantu si mati adalah

1. Doa anak yang soleh
2. Ilmu yang baik yang digunakan oleh org yang masih hidup
3. Amal Jariah semasa ianya masih hidup

Nak buat majlis tahlil buat ler tetapi jika niat nak bantu si mati maka ianya adalah sia2 ... tetapi kalo niat nak bersedekah maka buat ajer ... x der masalah ...

Nabi x pernah buat majlis tahlil untuk isterinya Siti Khadijah dan Aisyah pun x pernah buat Majlis Tahlil apabila Nabi wafat.. Begitu juga ngan para sahabat ... Imam Syafie juga berpendapat begitu...

Apa yang penting adalah tujuan Majlis Tahlil tersebut ... jika nak bantu si mati dengan membaca zikir atau AQ atau baca Al Fatihah memang x sampai tetapi org yang membaca tuh dah tentu akan dapat pahala (insha allah)... Tuan Rumah yang buat kenduri tuh mungkin akan dapat pahala ...

Tapi buat kenduri atau beri jamu pada org pada hari kematian memang x boleh walaupun ianya nampak baik...

"1. Doa anak yang soleh"

adakah ini merujuk kpd anak si mati semata atau secara umum merujuk kpd anak2 yg soleh termasuk imam & makmum yg mengerjakan solat jenazah???...

di dlm solat jenazah ader doa yg dibaca khusus utk si mati, jika jwban sedara "anak yg soleh" merujuk kpd "anak si mati semata"...

jd naper doa sedemikian dibaca semasa solat jenazah???...

antara cth doa yg dibaca semasa solat jenazah...

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله. ووسع مُدخله. واغسله بالماء والثلج والبرد ، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس ، وأبدله داراً خيراً من داره ، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

yg dua perkara lg sy x perlu sentuh, krn ia jls pd pendpt sy...

~~~~~~~~~~

berkenaan dgn menghadiahkan bacaan Al-Quran kpd si mati ader bbrp hadis yg blh djdkan sandaran spt yg sy dah berikan sblm nih...

  1. Dari Ma'qil bin Yasar ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Bacakanlah surat Yaasiin atas orang yang meninggal di antara kalian." (HR Abu Daud, An-Nasaa'i dan dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

  2. "Jantungnya Al-Quran adalah surat Yaasiin. Tidak seorang yang mencintai Allah dan negeri akhirat membacanya kecuali dosa-dosanya diampuni. Bacakanlah (Yaasiin) atas orang-orang mati di antara kalian." (Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim). Hadits ini dicacat oleh Ad-Daruquthuny dan Ibnul Qathan, namun Ibnu Hibban dan Al-Hakim menshahihkannya.

  3. Adalah Ibnu Umar ra. gemar membacakan bagian awal dan akhir surat Al-Baqarah di atas kubur sesuah mayat dikuburkan. (HR Al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

  4. Sedangkan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah menuliskan dalam kitab Riyadhush-Shalihin dalam judul: Doa untuk mayyit setelah dikuburkan dan berdiri di kuburnya sesaat untuk mendoakannya dan memintakan ampunan untuknya serta membacakan Al-Quran, menyebutkan bahwa Al-Imam As-syafi'i rahimahullah berkata, "Sangat disukai untuk dibacakan atasnya Al-Quran. Kalau sampai bisa khatam, tentu sangat baik."

  5. Ibnu Qudamah dalam Al-Mughny halaman 758 menuliskan bahwa disunnahkan untuk membaca Al-Quran di kubur dan dihibahkan pahalanya.

  6. Diriwayatkan bahwa Imam Ahmad pernah mengatakan bahwa hal itu [membacakan Al-Quran utk si mati] bid'ah, namun kemudian beliau mengoreksi kembali pernyataannya.

wallahu a'lam, semoga perkongsian ilmu ini mengajar kiter utk menjd muslim blh berlpg dada dlm menerima pendpt yg berbeza dr pendpt kiter...
 
أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَة
 
Nak buat majlis tahlil buat ler tetapi jika niat nak bantu si mati maka ianya adalah sia2 ...

jika nak bantu si mati dengan membaca zikir atau AQ atau baca Al Fatihah memang x sampai.

InsyaAllah tak sia2 dan sampai pahala kepada si mati.

Tuan pernah solat Jumaat kan.
Dalam khutbah kedua khatib berdoa dan diaminkan oleh para jamaah
Ya Allah, ampunilah dosa2 muslimin/muslimat mukminin/mukminat
yang masih hidup atau yang telah mati, dengan rahmat Mu ya Tuhan Yang Maha Mengasihani
.

Cuba sdr fahami maksud hakikat RAHMAT Tuhan. Dan kita dianjurkan
sentiasa mengharap akan rahmat Tuhan.

Jika kita sangka sia-sia atau tak sampai atau tidak yakin dengan
rahmat Tuhan, maka Tuhan akan menurut apa yang disangkakan.

Back
Top
Log in Register