Adapun perbuatan makruh yang dicela itu adalah berhimpun memberi makan kemudian daripada ditanam mayat....
Adakah ini juga menunjukkan tahlil arwah itu juga dicela?? Rasanya tidak kerana lughoh/ayatnya menjuruskan kepada "berhimpun memberi makan awal kemudian daripada ditanam mayat". Sedangkan pokok perbincangan di sini adalah TAHLIL...
Dari kitab ni dah terjawab, bahawa TAHLIL ARWAH TIDAKLAH DICELA, malah termasuk dalam Bid'ah Sunat (terpuji). Yang dicela adalah berhimpun memberi makan. Guru aku 25 tahun dulu pun cakap haram kalau bagi makan masa orang meninggal dunia dan belum ditanam mayat.....
RINGKASNYA:
Memang betul Khilaf Sunnah / Bukan Sunnah Nabi tetapi mengadakan tahlil adalah perbuatan terpuji. Mengadakan jamuan makan secara tetap perbuatan tercela.
1. tahlil - hukumnya wajib
2. tahlil arwah - hukumnya Bid'ah Sunat
3. memberi makan oleh ahli kematian - Sunat
4. menetapkan memberi makan - hukumnya tercela syarak

paid
Guru aku 25 tahun dulu pun cakap haram kalau bagi makan masa orang meninggal dunia dan belum ditanam mayat.
cuba "cermati" ibaroh kitab nih:
syekh daud al-fatoni didalam kitabnya "furu 'ul masaail":
teksnya berbunyi:
“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan
awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat puluh harinya dan umpama yang demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus? (maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak, kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada sah wasiatnya” .. disini jelas sekali syekh daud menyebut "kemudian daripada ditanam mayat".. boleh lihat dalam kitab furu 'ul masaail dlm bab jenazah..
sy rasa tuan nih keliru pada bahasanya.. belajar2 mencermati ibaroh kitab, kitab ini dikarang mengikut kaedah lughoh arab, org yg belajar nahu sorof akan memahami gaya bahasanya, yg tiada asas nahu sorof akan keliru (walaupun telah dirumikan, ini kerana gaya bahasanya)..
Memang betul Khilaf Sunnah / Bukan Sunnah Nabi tetapi mengadakan tahlil adalah perbuatan terpuji
inilah ayat yg keliru lagi mengelirukan.. bagaimanakah amalan yg khilaf sunnah boleh dikatakan sebagai "terpuji"??.. kemukakan dalilnya ya akhi... agama islam ialah agama yg berdalil, bukan hanya mengikut perasaan kita semata2.. pada mungkin ianya terpuji dan terbaik.. tp disisi agama yg terpuji ialah yg bersumber dari wahyu ilahi (wahyu terbahagi kpd dua :1 -wahyu matlu- al-quran 2-wahyu ghoira matlu-hadis)..
oleh kerana itulah al-hafiz ibn kathir seorang mufassirin yg sgt terkenal dgn kitab tafsirnya : tafsir ibn kathir, semasa menghuraikan ayat 110 al-kahfi :
فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
beliau memberi komentar :
{ فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا ** ،
ما كان موافقًا لشرع الله { وَلا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ** وهو الذي يراد به وجه الله وحده لا شريك له، وهذان ركنا العمل المتقبل. لا بد أن يكون خالصًا لله، صوابُا (11) على شريعة رسول الله [صلى الله عليه وسلم]
amalan SUNNAH adalah yg terbaik dan terpuji, yg menyalahi SUNNAH sudah semestinya tidak baik.. bagaimana tuan boleh kata amalan yg khilaf sunnah itu terbaik??.. amalan SUNNAH adalah yg terbaik, ini kerana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu tentang amalan tersebut dari ALLAH s.w.t ini berdasarkan ayat :
وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى
,jika kita mendakwa sebaliknya dari mana pula kita dapat tahu yg ianya terbaik??.. minta dikemukakan dalilnya..
2. tahlil arwah - hukumnya Bid'ah Sunat.. sy tidak menafikan pembahagian ulama' syafei bid'ah hasanah.. namun yg dimaksudkan bid'ah hasanah ialah sesuatu yg tidak khilaf sunnah, jika khilaf sunnah dia tidak akan jadi bid'ah hasanah bahkan ulama' akan berkata" bi'ah muharromah atau bid'ah ghoiro mustahabbah atau bid'ah mungkaroh, justeru itu jumhur ulama' syafei menghukum "perhimpunan diwaktu kematian dirumah simati dan adanya jamuan makan" sebagai bid'ah yg tercela..
bagaimanakah tuan boleh berani memberi pendapat sebegitu??
cuba bagi satu contoh bid'ah yg khilaf sunnah, ulama (yg mu'tabar- bukan ulama' selebriti zaman skg) kata bi'ah hasanah..
3. memberi makan oleh ahli kematian -
Sunat.. mana dalil pendapat tuan ini??.. berani sungguh tuan memberi fatwa yg menyalahi kalamurrasul, sedangkan dalam hadis yg "SOHEH LAGI SOREH" (darjat hadis soheh dan matan hadis jelas pada masaalah ini) ialah: Nabi s.a.w bersabda :
اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا
memberi mafhum, jiran tetangga, sahabat handai "hendaklah menjamu keluarga simati".. bukanya "keluarga simati kena jamu jiran dan sahabat handai"...