بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Baru shj terjumpa hadith2 & syarah Imam Nawawi nih;
Dari Abu Hurairah
, "
Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA". [Hadith Riwayat Muslim #1630].
Dari A'isyah RA. "
Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA" [Hadith Riwayat Muslim #1004]
Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan "
Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedekah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma' seluruh Ulama."
Jd benarlah pendpt asal sy [
Post #19] bhw kita blh bersedekah [Nota: Dlm kes tahlil memberikan jamuan kpd tetamu] atas nama simati & pahala itu akan spi kpd beliau. Dlm masa yg sama jg blhlah kita bertawassul dgn amal kebaikan [Nota: Termasuk bacaan ayat2 suci Quran] yg dilakukan semasa berdoa dlm majlis tahlil arwah. Jika pendpt ini diterima oleh saudara/i, bila ada jemputan menghadiri tahlil arwah, penuhilah jemputan2 tersebut dgn niat yg ikhlas.
Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa di bwh petunjuk & hidayah-Nya.