BTC USD 83,818.4 Gold USD 4,187.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

A’raf [204] Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

bacaan dlm majlis tahlil lebih baik klu tidah dibaca secara jemaah beramai2 secara nyaring. seeloknya hanya imam sahaja yg baca secara nyaring. x gitu?

aku kalo xsebut dgn jelas, boleh jd 2 minit tu rasa nak tido je..huhu:">:D
 
Tahlil itu satu bidaah...tapi bidaah pula terbahagi kepada dua.Tahlil itu bidaah yang baik(hasanah). Berdasarkan hadis Rasulullah hanya tiga perkara akan membantu si mati. Tahlil tidak termasuk dalam 3 perkara tersebut. Tahlil hanya untuk mengingatkan tetamu yang datang agar mengingati Allah dan juga kematian akan menyusul ke atas kita semua. Sedekah (makanan yang diberikan kepada tetamu)jika diberikan kepada fakir miskin lebih membantu si mati.Jika anak-anak si mati itu (anak yatim)wang itu lebih berhak ke atas mereka. Tidak perlu diadakan tahlil kerana kita akan termakan harta anak-anak tersebut.....ni aku teringat kata-kata ustaz aku dulu2.
 
ngamlah tu..... :)
 
beramallah dgn amalan yang telah sabit dari rasulullah s.a.w, dan keluarlah dari khilaf itu jalan terbaik.. yg tiada khilaf dlm masaalah kenduri arwah ialah : tidak melakukanya, kerana khilafiah terjadi dgn sbb melakukanya, so kaedah :الخروج من الخلاف اولى "keluar dari khilaf itu lebih utama.. dan lebih menepati ayat :
اتبعوا ما انزل اليكم من من ربكم
"ikutilah apa yg telah diturunkan kepada kamu oleh tuhan kamu".. apa yg telah diturunkan/disarankan oleh allah s.w.t semuanya telah diperaktikkan oleh rasulullah s.a.w, dan contoh teladanya itulah yg kita patut ikuti.. juga menepati mafhum hadis: "tinggalkanlah apa yang meragukan kamu".. w.a
 
apa yg sy fhm dr hadis2 adalah Nabi Muhammad SAW melrg bg keluarga si mati utk mengadakan majlis jamuan makan...

ttp dlm kenduri tahlil arwah melayu, kita bkn shj ader makan2, tp ader jg bacaan yassin & tahlil...

jd ini pendpt sy ttg tahlil arwah...

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته​

Cthnya spt tahlil arwah, jika;
  1. keluarga simati sdh memastikan sepenuhnya bhw perbelanjaan yg digunakan bknlah dr harta anak yatim;
  2. berhasrat utk menambahkan pahala si mati dgn bersedekah jariah kpd tetamu yg dtg;
  3. berkemampuan dr segi kewangan utk beramal sedemikian;
maka pendpt sy perkara ini adalah dibolehkan. Semua ini berdsrkan Quran & hadith2 Nabi Muhammad
saws.gif
jg spt berikut;
  1. Larangan memakan anak2 yatim Al-Baqarah, 220; An-Nisa', 2; Sahih Bukhari, #2559 #2560, dll. - Keluarga simati tlh memastikan tiada harta anak yatim yg dibelanjakan.
  2. Bersedekah jariah utk simati "Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya” [HR Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan Al-Bukhari] - Keluarga simati berniat bersedekah kpd tetamu yg dtg dgn memberikan jamuan.
  3. Arahan menghormati tetamu Al-Hijr, 51-52 [Nota: Nabi Ibrahim menjamu tetamu yg terdiri dr para Malaikat]; Sahih Bukhari, #567, #4962, dll. - Keluarga simati mampu menyediakan jamuan utk tetamu

بسم الله الرحمن الرحيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته​

Baru shj terjumpa hadith2 & syarah Imam Nawawi nih;

Dari Abu Hurairah
ranhu.gif
, "Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA". [Hadith Riwayat Muslim #1630].

Dari A'isyah RA. "Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA" [Hadith Riwayat Muslim #1004]

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan "Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedekah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma' seluruh Ulama."​

Jd benarlah pendpt asal sy [Post #19] bhw kita blh bersedekah [Nota: Dlm kes tahlil memberikan jamuan kpd tetamu] atas nama simati & pahala itu akan spi kpd beliau. Dlm masa yg sama jg blhlah kita bertawassul dgn amal kebaikan [Nota: Termasuk bacaan ayat2 suci Quran] yg dilakukan semasa berdoa dlm majlis tahlil arwah. Jika pendpt ini diterima oleh saudara/i, bila ada jemputan menghadiri tahlil arwah, penuhilah jemputan2 tersebut dgn niat yg ikhlas.

Wallahua'lam. Semoga kita semua sentiasa di bwh petunjuk & hidayah-Nya.
 
Apabila mati anak Adam putuslah semua amalannya kecuali 3 perkara.
1. Sedeqah jariaah
2. Ilmu yang dimanfaat
3. Anak yang salih

Hukum talqin kepada mayat

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

11 September 1997

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumika maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang –

a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

4. Mana-mana orag Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penokong mana-mana orang atau kumpulan orang ang dilarang di dalam perenggan 3.

Bertarikh 14 Ogos 197
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld. 1;]
PA/NS. 196 (07) 915/1.]

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

http://www.muftins.gov.my/component/content/article/39-fatwa-mufti-negeri-sembilan/144-hukum-talqin-kepada-mayat
 
walau apa pun ianya tetap bukan SUNNAH rasulullah s.a.w, kerana tiada dalil yg soreh tentangnya.. dalil yg soheh lagi soreh dlm masaalah ini ialah :اصْنَعُوا لآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ : buatlah/sediakanlah bagi ahli keluarga jaafar makanan, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yg menyibukkan mereka (yakni kematian).. أخرجه الإمام أحمد)، وأخرجه الترمذي في كتاب الجنائز: باب ما جاء في الطعام يصنع لأهل الميت وقال الترمذي حديث حسن صحيح، وهذا اللفظ له، وأخرجه أبو داود في كتاب الجنائز: باب صنعة الطعام لأهل الميت ، وأخرجه ابن ماجه في كتاب الجنائز: باب ما جاء في الطعام يبعث إلى أهل الميت ، والحاكم وقال صحيح الإسناد ووافقه الذهبي

iaitu, jiran tetanggga, kaum kerabat terdekat yg menyediakan makanan terhadap keluarga si mati.. itulah yg sunnahnya.. w.a
 
Hukum talqin kepada mayat

Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY

11 September 1997

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumika maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang –

a) membid’ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

4. Mana-mana orag Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penokong mana-mana orang atau kumpulan orang ang dilarang di dalam perenggan 3.

Bertarikh 14 Ogos 197
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld. 1;]
PA/NS. 196 (07) 915/1.]

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

http://www.muftins.gov.my/component/content/article/39-fatwa-mufti-negeri-sembilan/144-hukum-talqin-kepada-mayat

rasanyer talqin & tahlil arwah bender yg berbeza sedara...

tahlil yg dibaca diatas kubur...

kenduri tahlil arwah yg dibuat kat rmh simati atau kat masjid, tp oleh keluarga simati lah...

ker samer, ader yg blh bg pandangan...
 
Back
Top
Log in Register