BTC USD 83,069.2 Gold USD 4,163.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

wallahu 'alam. tuan boleh bertahlil iaitu menyebut kalimah "laa ilaaha illallaah" bila2 masa tanpa mensyariatkan waktu2 tertentu untuk menyebutnya melainkan ada dalil sohih yang menyuruh kita berbuat demikian..caranya tetap secara individu sebagaimana telah diamalkan generasi terawal Islam dahulu,mereka adalah contoh terbaik sepanjang zaman dan telah dijamin syurga..kebaikan dalam perihal ibadah mesti (dengan dalil) sudah ada dicontohkan, jika tiada ia tidak boleh dikatakan kebaikan kerana hal2 ibadah amat ketat prinsipnya bukan seperti yang terjadi kepada agama wahyu lain yang diubahsuai mengikut hawa nasfu mereka..wallahu 'alam.:)

Mng tiada dalil sohih yg menyatakan demikian.. Cuma cara sy nak melakukan kebaikkan dgn cara sebegitu.. adakah kebaikkan itu menjadi satu dosa?

Ibadah yg khusus seperti solat, telah di tetapkan waktu, dan rakaatNya.. Andai sy hendak mendapat pahala lebih sy buat solat subuh 4 rakaat.. Dlam hal ini sy telah mengadakan sesuatu yg baru dalam agama. kerana ibadah solat itu di tetapkan cara khusus untuk melaksanakanNya waktu dan bilanganNya..

Ada zikir tak silap sy dari imam Al Ghazali,
hari isnin hingga hari ahad ada zikir yang tertentu di amalkan di baca sebanyak seribu kali..
 
Mng tiada dalil sohih yg menyatakan demikian.. Cuma cara sy nak melakukan kebaikkan dgn cara sebegitu.. adakah kebaikkan itu menjadi satu dosa?

Ibadah yg khusus seperti solat, telah di tetapkan waktu, dan rakaatNya.. Andai sy hendak mendapat pahala lebih sy buat solat subuh 4 rakaat.. Dlam hal ini sy telah mengadakan sesuatu yg baru dalam agama. kerana ibadah solat itu di tetapkan cara khusus untuk melaksanakanNya waktu dan bilanganNya..

Ada zikir tak silap sy dari imam Al Ghazali,
hari isnin hingga hari ahad ada zikir yang tertentu di amalkan di baca sebanyak seribu kali..

wallahu 'alam. cara terbaik sebagaimana firman Allah ini, "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"(QS. Al-Ahzab 33 : 21).

Dan dari Aisyah R.Anha Nabi SAW bersabda "Beramallah sesuai sunnah dan berlaku imbanglah, dan berilah khabar gembira, sesungguhnya sesorang tidak akan masuk syurga kerana amalannya." Para sahabah bertanya;'Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?' Baginda bersabda: "Begitu juga denganku, kecuali Allah meliputi melimpahkan rahmat dan ampunan-Nya kepadaku." (Shahih Bukhari No. 5986)

Ketika Aisyah R.Anha ditanya bagaimanakah amalan Rasulullah SAW? Apakah baginda mengkhususkan suatu amalan pada hari2 tertentu? Aisyah R.Anha menjawab: "Tidak, amalan baginda adalah terus menerus. Dan siapa pun kalian, pasti akan mampu lakukan amalan yang Rasulullah SAW mampu lakukan."(Shahih Muslim No. 1304)

Jika ada dalil sohih dari Imam Ghazali tiada masalah untuk diamalkan,walau dari Imam mana sekalipun,insya-Allah :) wallahu 'alam.
 
jgn ambil stu hadis dn meninggalkan hadis yg lain. prktaan kul atau smua tak bermaksud tiada pengecualian
 
Orang yang membicarakan soal khilaf sehingga satu perkara yang tidak haram bertukar menjadi seperti haram, itu lah sebesar-besar kejahatan...

"Sungguh sebesar-besar kejahatan diantara muslimin adalah orang yang mempermasalahkan hal yang tidak diharamkan namun menjadi haram sebab ia mempermasalahkanya" - Riwayat Bukhari

Sekarang ini, pihak yang berkelakuan seperti mempertikaikan tahlil sehingga ke tahap mengharamkan majlis tahlil dan pelaku tahlil dikatakan melalukan bidaah MAKA mereka inilah yang termasuk dalam golongan disebut hadis di atas.
 
Kaifiat amalan tahlil hanya ada dlm kitab " senjata tok lebai dan tok aji yg ditulis oleh syeikh abdul qadir al-mandiling dan diajar dipondok sekitar Malaysia, Thai dan Indonesia. Lain negara takde.

Jangan berdusta atas nama Ulama tuan...kalau jahil tu, baiklah menuntut ilmu...masalah orang zaman sekarang, tahu hadis sikit-sikit, sibut nak berfatwa mengharamkan benda yang tidak haram...

Ini dalil tahlil dari hadis-hadis yang berpangkat marfu' mursal:-

Dari kitab “Al-Hawi lil Fatawi” karya Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi jilid 2 halaman 178 sebagai berikut:

قال الامام أحمد بن حنبل رضي الله عنه فى كتاب الزهد له : حدثنا هاشم بن القاسم قال: حدثنا الأشجعى عن سفيان قال

قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام , قال الحافظ ألو نعيم فى الجنة: حدثنا أبو بكر بن مالك حدثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثنا أبى حدثنا هاشم بن القاسم حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام

Artinya:

“Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra di dalam kitabnya yang menerangkan tentang kitab zuhud: Telah menceritakan kepadaku Hasyim bin Qasim sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: TelaH berkata Imam Thawus (ulama besar zaman Tabi’in, wafat kira-kira tahun 110 H / 729 M): Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.

Telah berkata al-Hafiz Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Jannah: Telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin Malik, telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, telah menceritakan kepadaku Ubay, telah menceritakan kepadaku Hasyim bin al-Qasim, telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus: Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.”

Selain itu, di dalam kitab yang sama jilid 2 halaman 194 diterangkan sebagai berikut:

ان سنة الاطعام سبعة أيام بلغنى أنهامستمر الى الأن بمكة و المدينة فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة الى الأن و انهم أخذوها خلفا عن سلف الى الصدر الأول

ِArtinya:

“Sesungguhnya, kesunnahan memberikan sedekah makanan selama tujuh hari merupakan perbuatan yang tetap berlaku sampai sekarang (yaitu masa Imam Suyuthi abad ke-9 H) di Mekkah dan Madinah. Yang jelas kebiasaan tersebut tidak pernah ditinggalkan sejak masa sahabat sampai sekarang, dan tradisi tersebut diambil dari ulama salaf sejak generasi pertama, yaitu sahabat.
 
Untuk orang yang nak membidaahkan tahlil, sila semak kembali sekurang-kurangnya 3 hadis ini iaitu Hadis Thawus, Hadis Ubaid dan Hadis Mujahid. Adalah tidak bertanggungjawab untuk membidaahkan tahlil tanpa mengulas 3 hadis ini. Hendaklah mengulas hadis ini mengikut pendapat imam-imam terkemuka dalam mazhab mereka, bukannya mengambil pendapat-pendapat Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim atau Abdul Wahab (wahabi). Kalau mazhab syafie, ambillah pendapat-pendapat imam-imam besar dalam mazhab syafie seperti Imam As-Suyuti, Ibnu Hajar Al-Haitami, Ibnu Hajar Al-Asqalani dan lain-lain:-
 
Tahlil bidaah, karaoke tak bidaah ke? Buat baik bidaah, buat jahat takpe! Tahlil tu untuk menghiburkan rakan kita yg dalam kesedihan selepas kehilangan orang tersayang. Salah ke? Kalau tidor bola mkn bola boleh pulak? Ni padahnya cakap guna akal tapi tak berfikir! Islam ada 3: Akidah, Syariah & Ahlak. Klau susah nak bagi faham, baik ko pi belajar dulu kat manax!!!:)cgrock
 
kenapa bila tok bilal panggil pergi masjid/surau tak ramai yg pergi, bila ada orang jemput kenduri lepas isya ramai pulak yg datang majlis kenduri (biasanya tahlil) tersebut.
 
tapi ada ulama menyatakan yang doa org yg masih hidup sah sampai kepada simati kerana Nabi SAW pernah mendoakan org yg telah mati di kubur.so ape salahnya kalo adakan kenduri tahlil kemudian mendoakan simati?dalam kitab yg ditulis oleh Yusof Qardhawi pon menyatakan sah sampai pahala yg disedekahkan oleh org hidup kepada simati..
 
buat bidaah sesat lagi nanti Allah murka dan turunkan bala, sekelip mata saja semua akan hancur, jangan pula semua amalan jadi kosong....tengok macam syiah, suka hati ubah sampai sesat jadi kosong, malah berdosa lagi besar.
 
Back
Top
Log in Register