BTC USD 80,912.1 Gold USD 4,154.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

segala amalan ibadah mestilah ittiba' Rasulullah, jika majlis tahlil sekarang menyamai majlis yang baginda anjurkan ini tiada masalah, tapi kemukakan dalilnya. jika tiada dalilnya, ia termasuk amalan yang menyelisihi sunnah.

Dalam maksud lainnya, yg cakap ini bid'ah = saya (mengikuti kata2 ulama yg mengatakan ini bid'ah, of course). yg cakap setiap bid'ah itu sesat = Nabi SAW.

itu saya maksudkan. Sori kalo ayat tu mengkonfusekan kamu :)

Tambahan: Of course saya tak tahu yg setiap bid'ah tu sesat, sebab saya tak dapat wahyu dari Allah. yg dapat wahyu dari Allah adalah nabi SAW. dan Nabi SAW bgtau setiap bid'ah adalah sesat. So saya pun dengar dan taat la.

Ada riwayat lain, ada tambahan "setiap sesat itu di neraka". Siapa yg bgtau camtu? Nabi SAW juga :).

jika demikian jwblah soalan di bwh...

Tentang Bilangan Zikir itu saya ada satu persoalan

Kita sedia maklum bahawa Nabi SAW beristigfar sehari 70 kali dan ada riwayat mengatakan 100 kali setiap hari

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah. Karena sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari kepada-Nya seratus kali.” (Shahih Muslim, Hadits no 2702)

“Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR. Bukhari)

Jadi persoalannya sekiranya kita beristighfar kurang dari 70 kali atau lebih dari 100 kali sehari . Adakah ianya bidaah?

kerana telah menambah-nambah dalam urusan agama
tiada dalil Nabi SAW beristighfar kurang dari 70 kali atau lebih dari 100 kali jadi setiap orang yang beristighfar dengan tidak mengikut (ittiba) Rasulullah SAW telah melakukan perkara bidaah dan Setiap Bidaah sesat
 
jika upacara tahlilan itu merupakan ibadah dan disandarkan kepada Islam, ianya tiada asal-usulnya.
jika upacara tahlilan merupakan aktiviti keduniaan, no komen. cari pengertian mazhab, tujuan mazhab. jika tujuan mazhab hanya bertaqlid buta kepada para imam ini kurang tepat.

menilai majlis tahlil secara keseluruhan mmg takder dalil yg khusus membenarkan majlis sedemikian...

ttp jika sedara melihat satu persatu amalan semasa majlis tahlil tersbt, spt membaca Al-Quran, mengucapkan la ila ha illallah, bersedekah, menghormati tetamu, dll semuanyer ader dalil msg2...

persoalan sama ader dalil2 itu khusus dilakukan slps berlaku kematian jg x masuk akal bg sy, krn kiter diperintahkan utk mengingati qjjl SWT ketika berdiri, duduk & berbaring [sepjg masa]...

lbh dari itu kiter diperintahkan agar melakukan perkara2 yg sentiasa mengingatkan kiter kpd kematian & melupakan dunia...

bkn ker kematian si jenazah mengingatkan kite kpd kematian & seterusnyer membw kiter kpd perbuatan2 yg dianjurkan oleh Islam sepjg majlis tahlil tuh...

jika semua ibadah mesti berdsrkan dalil khusus tanpa blh menyimpang wlu sedikit pon maka mgkn sedara blh jlskan 2 soalan dibwh...
  1. Sayidina Umar yg tlh memperkenalkan perkara2 baru dlm solat tarawih di zmn beliau yg x ader di zmn Nabi Muhammad SAW, aderkah beliau melakukan perkara bid'ah...

  2. jwb jg persoalan ttg jumlah zikir yg diajukan oleh sedara Abbas, aderkah berzikir dgn jumlah yg x ditunjukkan dlm sunnah menjdkan ia bid'ah...
 
Last edited:
oh dosa(kesalahan) bidaah(menambah2) sedikit dalam amal ibadat adakah akan pergi ke menyekutukan Allah? :-?

Bid'ah dan syirik adalah 2 perkara yang berbeza. Tak mustahil dalam sesetengah amalan bid'ah boleh wujud unsur syirik di dalamnya kerana amalan bid'ah bukan suruhan daripada Allah dan Rasul-Nya.oleh itu berhati2lah kalian semua.
 
... ya, menuntut ilmu walaupun telah dimodifikasi, adakah memodifikasikan tahlil tanpa mengubah ayat2 Allah dlm bacaan tahlil yg tidak bertentangan dgn hukum2 Allah tu pun salah ?

Tahlil tu ibadah ke hal keduniaan?
 
Terbaek forumer thread ni...banyak dapat belajar...

Syukran Jazilan...

Jazakallah khairan jazilan...:)cgrock
 
Tahlil tu ibadah ke hal keduniaan?
Terpulang pada niat masing2.
Tapi yang pasti bahawa tahlil arwah bukan ibadah khususiah.
Dan bukanlah amalan sia2 jika dilakukan dengan ikhlas semata2 kerana Allah.

Bekerja mencari rezeki yang halal untuk keluarga adalah hal keduniaan.
Tapi jika niat kerana Allah untuk menjaga amanah Allah dapat pahala sedekah.
Tidak menjadi masalah kalau ia hal keduniaan sekalipun.
 
Last edited:
Bid'ah dan syirik adalah 2 perkara yang berbeza. Tak mustahil dalam sesetengah amalan bid'ah boleh wujud unsur syirik di dalamnya kerana amalan bid'ah bukan suruhan daripada Allah dan Rasul-Nya.oleh itu berhati2lah kalian semua.

ada tujuan bid'ah ni,dapat mengeratkan silatulrahim sesama keluarga dan sedara mara serta jiran, nk kata gi ke kesyirikan tak ada.:D
macam pakai mikrofon bid'ah, tapi nak kuatkan suara sebab masjid besar, nanti makmum tak dengar nk mengajar.:D
 
harap kamu semua jgn ikut perangai nix ajis dn lge halang maulidurrasul..walaupun bidaah..tp dibenarkan syarak..bukan ikut cara kristian...
 
Tak mustahil dalam sesetengah amalan bid'ah boleh wujud unsur syirik ...
Dan tak mustahil dalam ibadat khusus yang kita lakukan pun boleh wujud unsur syirik ... wal'iyazubillahi min zaalik

harap kamu semua jgn ikut perangai nix ajis

Apa plak kena mengena dengan Tok Guru Nik Aziz dalam nie.
Lain macam bunyinyer. :)
 
Last edited:
Saya cuba ringkaskan

Ada tak dalil adakan kenduri menjamu makan apabila berlaku kematian?

Jawapan : Ada iaitu Hadis Tawuus

Berkata Thawwus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah akan mereka itu didalam kubur, didalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( Para Sahabat) suka bahawa memberi makan mereka itu ganti daripada mereka itu pada demikian itu hari.

Berkata Imam Sayuti. Katanya : ( Kaanu Yastahibbu ) maknanya, “Adalah manusia buat mereka itu akan demikian itu pada zaman Nabi S.A.W, dan mengetahui ia dengan dia dan tidak engkar Nabi S.A.W atas dia (Al Hawi lil Fatawa juzu’2 m/s 377)

Catatan:
Imam Thawwus ini merupakan tabien yang belajar dengan 50 orang sahabat. Tidak dapat di nafikan Imam Thawwus merupakan Ulama Salaf sebab hidup di zaman tersebut.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (al-Syafie) didalam kitab al-Mathalib al-Aliyyah bi-Zawaidil Masaanid al-Tsamaniyyah pada bab menghidangkan makanan untuk ahli simati juga menyebutkan tentang hadis Imam Thawus seperti yang dah saya bawakan dan juga beliau (Ibnu Hajar al Asqalani) menyebutkan riwayat ahmad al mani:


قال أحمد بن منيع حدثنا يزيد بن هارون حدثنا حماد بن سلمة عن علي بن زيد عن الحسن عن الحنف بن قيس قال كنت أسمع عمر رَضِيَ الله عَنْه يقول لا يدخل أحد من قريش في باب إلا دخل معه ناس فلا أدري ما تأويل قوله حتى طعن عمر رَضِيَ الله عَنْه فأمر صهيبا رَضِيَ الله عَنْه أن يصلي بالناس ثلاثا وأمر أن يجعل للناس طعاماً فلما رجعوا من الجنازة جاؤوا وقد وضعت الموائد فأمسك الناس عنها للحزن الذي هم فيه فجاء العباس بن عبد المطلب رَضِيَ الله عَنْه فقال يا أيها الناس قد مات الحديث وسيأتي إن شاء الله تعالى بتمامه في مناقب عمر رَضِيَ الله عَنْه

“Ahmad bin Mani berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari ‘Ali bin Zayd, dari al-Hasan, dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku pernah mendengar Umar ra mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali seseorang masuk menyertainya, maka aku tidak mengerti apa yang maksud perkataannya sampai Umar ra di tikam, maka beliau memerintahkan Shuhaib ra agar shalat bersama manusia selama tiga hari, dan juga memerintahkan agar membuatkan makanan untuk manusia. Setelah mereka kembali (pulang) dari mengantar jenazah, dan sungguh makanan telah dihidangkan, maka manusia tidak mau memakannya karena sedih mereka pada saat itu, maka sayyidina Abbas bin Abdul Muththalib ra datang, kemudian berkata ; wahai.. manusia sungguh telah wafat .. (al-hadits), dan InsyaAllah selengkapnya dalam Manaqib ‘Umar ra"

Riwayat ini, disebutkan juga oleh Syihabuddin Ibnu Utsman al-Bushiri al-Kinani al-Syafi’i didalam Ittihaf al-Khiyarah al-Mihrah bi-Zawaidil Asaanid al-Asyarah pada Bab al-Takziyah wa Tahyiah Thaaamin Yubatsu bihi liAhli al-Mayyit


وَعَنِ الْأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ: "كُنْتُ أَسْمَعُ عمر بن الحنطاب- رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ- يَقُولُ: لَا يَدْخُلُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ فِي بَابٍ إِلَّا دَخَلَ مَعَهُ نَاسٌ. فَلَا أَدْرِي مَا تَأْوِيلُ قَوْلِهِ، حَتَّى طُعِنَ عُمر فأَمر صُهيبًا أَن يُصلِّي بِالنَّاسِ ثلاثَا، وَأَمَرَ بِأَنْ يَجْعَلَ لِلنَّاسِ طَعَامًا، فَلَمَّا رَجَعُوا مِنَ الْجِنَازَةِ جَاءُوا وَقَدْ وُضعت الْمَوَائِدُ فأَمسك النَّاسُ عَنْهَا لِلْحُزْنِ الَّذِي هُمْ فِيهِ، فجاء العباس بن عبد المطلب قال: يَا أَيُّهَا النَّاسُ، قَدْ مَاتَ رَسُولُ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - فَأَكَلْنَا بَعْدَهُ وَشَرِبْنَا، ومات أبو بكر فأكلنا بعده وشربنا، أيها الناس كلوا من هذا الطعام. فمد يده وَمَدَّ النَّاسُ أَيْدِيَهُمْ فَأَكَلُوا، فَعَرَفْتُ تَأْوِيلَ قَوْلِهِ ". رَوَاهُ أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ بِسَنَدٍ فِيهِ عَلِيُّ بْنُ زَيْدِ بْنِ جُدْعَا

“Dan dari al-Ahnaf bin Qays, ia berkata : aku mendengar ‘Umar bin Khaththab ra mengatakan, seseorang dari Quraisy tidak akan masuk pada sebuah pintu kecuali manusia masuk bersamanya. Maka aku tidak memahami maksud dari perkataannya, sampai Umar di tikam kemudian memerintahkan kepada Shuhaib agar shalat bersama manusia dan membuatkan makanan hidangan makan untuk manusia selama tiga hari. Ketika mereka telah kembali dari mengantar jenazah, mereka datang dan sungguh makanan telah dihidangkan namun mereka tidak menyentuhnya karena kesedihan pada diri mereka. Maka datanglah sayyidina ‘Abbas bin Abdul Muththalib, seraya berkata : “wahai manusia, sungguh Rasulullah saw telah wafat, dan kita semua makan dan minum setelahnya, Abu Bakar juga telah wafat dan kita makan serta minum setelahnya, wahai manusia.. makanlah oleh kamu dari makanan ini, maka sayyidina ‘Abbas mengulurkan tanggan (mengambil makanan), diikuti oleh yang lainnya kemudian mereka semua makan. Maka aku (al-Ahnaf) mengetahui maksud dari perkataannya. Ahmad bin Mani telah meriwayatkannya dengan sanad didalamnya
iaitu Ali bin Zayd bin Judaan”

Disebutkan juga didalam Majma az-Zawaid wa Manbaul Fawaid lil-Imam Nuruddin bin ‘Ali al-Haitsami (w. 807 H), dikatakan bahwa Imam ath-Thabrani telah meriwayatkannya, dan didalamnya ada Ali bin Zayd, dan haditsnya hasan serta rijal-rijalnya shahih ; Kanzul ‘Ummal fiy Sunanil Aqwal wa al-Af’al lil-Imam ‘Alauddin ‘Ali al-Qadiriy asy-Syadili (w. 975 H) ; Thabaqat al-Kubra lil-Imam Ibni Sa’ad (w. 230 H) ; Marifatu wa at-Tarikh lil-Imam Abu Yusuf al-Farisi al-Fasawi (w. 277 H) ; Tarikh Baghdad lil-Imam Abu Bakar Ahmad al-Khathib al-Baghdadi (w. 463 H).


Boleh tak berkumpul dirumah keluarga si mati?

Jawapan: Boleh

Dalilnya

hadits dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha

أنها كانت إذا مات الميتُ من أهلِها، فاجتمع لذلك النساءُ، ثم تفرقن إلا أهلَها وخاصتَها، أمرت ببُرمةٍ من تلبينةٍ فطُبختْ، ثم صُنع ثريدٌ فصبَّت التلبينة عليها، ثم قالت : كُلن منها، فإني سمعتُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقول :التلبينةُ مُجمةٌ لفؤادِ المريضِ، تذهب ببعضِ الحزنِ

Bahwasanya apabila salah seorang anggota keluarganya meninggal dunia, maka berkumpullah para wanita. Kemudian mereka berpisah, kecuali keluarga dan orang-orang tertentu. Setelah itu, ia (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha) menyuruh diambilkan seperiuk talbinah. Lalu dia memasak dan membuat tsariid. Kemudian dia menuangkan bubur talbinah tersebut di atasnya. Setelah itu, ia berkata: “Makanlah bubur ini! Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Talbinah dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebagian rasa sedih”
(HR. Bukhari no. 5101 dan Muslim no. 2216)

Telah tiba berita kepada sayyidina Umar bahawa beberapa wanita telah berkumpul di rumah simati dengan masing-masing menangisi khalid. lalu umar mengatakan biarkanlah mereka menangisi Abi Sulaiman (khalid bin walid) selama tidak meletakkan debu diatas kepala dan tidak membesarkan suaranya
(HR Abu Daud)

Siapakah yang berkumpul dirumah simati? Siapa pula yang membiarkan perkara itu?

Saya dah bawakan dalilnya harap selepas ini tiada lagi menyesatkan sesama kita.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register