BTC USD 84,037.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

majlis kenduri tahlil tu memang terang-terang bid'ah, ustaz buznama siasat punya siasat kenduri tahlil ni asalnya dari negara seberang.

majlis kenduri tahlil boleh jatuh hukum haram kalau duit buat kenduri tu pakai duit anak yatim waris simati atau waris simati terpaksa hutang along untuk buat kenduri makan-makan jamu orang kampong.
 
majlis kenduri tahlil tu memang terang-terang bid'ah, ustaz buznama siasat punya siasat kenduri tahlil ni asalnya dari negara seberang.

majlis kenduri tahlil boleh jatuh hukum haram kalau duit buat kenduri tu pakai duit anak yatim waris simati atau waris simati terpaksa hutang along untuk buat kenduri makan-makan jamu orang kampong.

Jgn lupa part penetapan hari2 tertentu utk buat tahlil. Kat situ pun dah nsmpak penyelewengan. Niat tak menghalalkan cara
 
Niat tidak menghalalkan cara.
Niat yg elok tapi majlis tahlil diadakan pada hari2 tertentu spa hukumnya??

bg sy hukumnya msh harus, selagi ia dianggap sbg harus & bkn dilakukan semata2 krn ingin "memperingati" si mati ...

jika ia dah dianggap sbg wajib dan/atau dilakukan krn semata2 ingin "memperingati" simati, maka hukumnya jg berubah menjd haram krn bid'ah...

sama spt hukum harus menziarah kuburan pd hari raya...

ia harus krn pelakunyer tahu bhw perbuatan itu adalah perbuatan yg harus dilakukan semasa pagi hari raya...

jika pelakunyer menganggap ia wajib maka hukumnya jg berubah kpd haram krn bid'ah...

sdr blh rujuk ustaz2 lain berdktan sdr, pendpt sy mgkn jg slh...
 
majlis kenduri tahlil tu memang terang-terang bid'ah, ustaz buznama siasat punya siasat kenduri tahlil ni asalnya dari negara seberang.

majlis kenduri tahlil boleh jatuh hukum haram kalau duit buat kenduri tu pakai duit anak yatim waris simati atau waris simati terpaksa hutang along untuk buat kenduri makan-makan jamu orang kampong.

slh satu syarat sesuatu perkara menjd bid'ah adalah krn ia dtg dr negara seberang ke sdr???...

di negara seberang yg sdr maksudkan sy angggap sbg Indonesia, di sana kelompok Muhammadiyah x menyokong tahlil...

manakala kelompok Nahdatul Ulama pula menyokong majlis tahlil sama spt Wali Songo yg menjd pengasas kpd amalan ini...

so sila fikir elok2 sblm membuat statement yg terlalu umum krn setiap sesuatu dicipta berpsg2an...
 
aduh post sdr nih mmg penuh dgn fitnah, naik gerun sy membacanyer, hrp2 sdr sedar camner teruknyer Imam Syafie jd kambing hitam dlm artikel nih...

sdr bacer komen sy elok2 & perhatikan x pernah sekali pon Imam Syafie kater majlis tahlil itu secara umumnya adalah bid'ah & haram...

teguran beliau adalah secara khusus berkenaan dgn penyediaan mknan oleh keluarga si mati...

sy buktikan di bwh...

1. Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:


وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ



Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburanh.

x pernah Imam Syafie mengatakan secara umum bhw majlis tahlil adalah bid'ah & haram...

yg ditegur adalah soal penyediaan makanan, mlh teguran itu jg sekdr makruh & x mencpi thp bid'ah & haram pon...

lihat sendiri teks arab dr kitab tuh, perkataan yg digunakan adalah "...يَكْرَهُ..." yg bermaksud "...makruh..."

kenapa ulasan penulis tegahan makruh blh dinaiktrf kpd haram mlh disandarkan lg kpd Imam Syafie spt dlm kenyataan "...pengharaman Imam Syafie rahimahullah..."???...

ini merupakan satu fitnah kpd Imam Syafie yg dilakukan secara trg2an...

2. Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:

وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.

Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnahh.

Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:

قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ ) . حسنه الترمزى وصححه الحاكم (


Abdullah bin Jaffar berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Jaffar, Nabi sallallahu ealaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Jaffar, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan). Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.

setuju, takder masalah, mmg ini slh satu perkara yg perlu diperbaiki...

ttp ini x menjd asas kpd pendpt yg mengatakan majlis tahlil secara umum adalah bid'ah & haram...

krn Imam Syafie sendiri x pernah mengatakan sedemikian, sekali lg teguran Imam Syafie adalah secara khusus ditujukan kpd perbuatan menyediakan mkn oleh keluarga si mati...

3. Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:


وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ


Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bidah.
sekali lg fitnah kpd Imam Syafie yg x pernah mengatakan majlis tahlil itu secara umum adalah bid'ah & haram...

teguran Imam Syafie di atas jg berkaitan dgn penyediaan mknan, mlh perkataan yg digunakan dlm teks arab adalah "...يَكْرَهُ..." jg yg bermaksud "Dibenci..." [makruh]...

kenapa penulis memfitnah Imam Syafie dgn mengatakan tahlil secara umum adalah haram dgn statement...

"Menurut fatwa Imam Syafie, haram mengadakan kenduri arwah.."??? melampau sungguh...

4. Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ


Dan antara bidah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haramh.
dlm terjemahan diatas perkataan "makruh" sengaja x diterjemahkan tp msh jls dlm teks bhs Arab iaitu perkataan "...الْمَكْرُوْهِ..."...

terjemahan yg diberikan sengaja hi-lite perkatan "...mungkar..." sdh pasti dgn tujuan utk menyandarkan pengharaman majlis tahlil kpd Imam Syafie...

Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.

3 perkara yg sy ingin sentuh disini...
  1. perhatikan dgn teliti dr teks arab yg sdr berikan iaitu kalimah "...الْوَحْشَةِ..." yg bermaksud "...melahirkan rasa kesedihannya..."

    kenduri arwah & tahlil bkn masa utk melahirkan rasa sedih, tp adalah masa utk mendoakan kesejahteraan simati di alam barzakh...

    selain mengeratkan silaturrahim sesama tetamu & dgn tn rmh, mlh blh jg menjd peringatan kpd semua yg hidup ttg kematian...

  2. perhatikan jg teks bhs arab iaitu kalimah "...وَالْجَمْعِ..."yg bermaksud "...berkumpul beramai-ramai..." krn ia x blh disamakan dgn majlis tahlil...

    definisi "...berkumpul beramai-ramai..." ini dah pon ditrgkan dlm kitab dlm kitab Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, Jil. 5, hlm 279, tulisan Imam Nawawi, i.e....
    وأما الجلوس للتعزية فنص الشافعي والمصنف وسائر الأصحاب على كراهته ونقله الشيخ أبو حامد في التعليق وآخرون عن نص الشافعي . قالوا : يعني بالجلوس لها أن يجتمع أهل الميت في بيت فيقصدهم من أراد التعزية

    "Adapun berhimpun atau berduduk-dudukan (al-julus) untuk mengucapkan ta’ziyyah , maka telah diriwayatkan dari Imam Syafie dan pengarang kitab al-Muhadzdzab dan seluruh Ashab Syafiiyyah bahawa ianya MAKRUH. Dan sebahagian ulama Syafiiyyah serta Abu Hamid [Imam Ghazali] dalam kitab Al-Ta’liq meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dengan “al-julus” itu adalah : “Berhimpun ahli keluarga si mati di dalam rumah dengan maksud (menunggu) sesiapa yang ingin mengucapkan ta’ziyyah”..."​

    jd jls bhw "...berkumpul beramai-ramai..." sama dgn...

    "...berhimpun atau berduduk-dudukan (al-julus) untuk mengucapkan ta’ziyyah..." sama dgn...

    “...Berhimpun ahli keluarga si mati di dalam rumah dengan maksud (menunggu) sesiapa yang ingin mengucapkan ta’ziyyah”...

    definisi ini jauh sekali dr kaifiyah majlis tahlil yg diadakan skrg krn kiter bknnyer duduk sesajer utk ucap tahniah...

    kiter ader pelbgi amalan yg baik termasuklah membaca ayat2 Al-Quran, bertahlil, bertahmid, bertakbir, bertasbih, berselawat, berdoa, bersedekah, dll...

  3. yg dilrg oleh Imam Syafie ttg mengadakan majlis pd hari ke-7, 40, 100 & seterusnye adalah apabila ia dianggap sbg "hari sempena memperingati si mati"...

    ini ada disebut dlm Fiqh Al-Manhaji Mazhab As-Syafie, jilid 1, hlm. 481, jika berminat sdr blh download kitab nih dr lmn web JAKIM...
5. Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:

وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .


Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haramh.

maaf sy x jumpa teks di atas dlm kitab yg sdr berikan, sila rujuk kitab asal إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين & berikan rujukan yg tepat...

6. Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:


مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bidfah yang mungkarh. Lihat: اعانة الطالبينjuz 2 hlm. 145.

petikan ini merupakan satu jenayah ilmiah & fitnah kpd al-Allamah Mufti Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah krn ia dipetik diluar konteks spt yg dinyatakan dlm kitab asal...

petikan penuh bg teks ini sebenarnyer bermula dgn perkataan "نعم" yg bermaksud "ya" menunjuk beliau sebenarnyer menjwb soalan yg diajukan kpd beliau...

ader sdr baca soalan yg diajukan kpd beliau dlm kitab tuh, dah tentu takde kan biasak ler copy & paste??...

takper sy berikan petikan asal teks yg x diubah2 & dikerat2 dlm kitab إعانة الطالبين على حل ألفاظ فتح المعين, Jil. 2, hlm. 165...
وقد اطلعت على سؤال رفع لمفاتي مكة المشرفة فيما يفعله أهل الميت من الطعام. وجواب منهم لذلك. (وصورتهما). ما قول المفاتي الكرام بالبلد الحرام دام نفعهم للانام مدى الايام، في العرف الخاص في بلدة لمن بها من الاشخاص أن الشخص إذا انتقل إلى دار الجزاء، وحضر معارفه وجيرانه العزاء، جرى العرف بأنهم ينتظرون الطعام، ومن غلبة الحياء على أهل الميت يتكلفون التكلف التام، ويهيئون لهم أطعمة عديدة، ويحضرونها لهم بالمشقة الشديدة.

فهل لو أراد رئيس الحكام – بما له من الرفق بالرعية، والشفقة على الاهالي – بمنع هذه القضية بالكلية ليعودوا إلى التمسك بالسنة السنية، المأثورة عن خير البرية وإلى عليه ربه صلاة وسلاما، حيث قال: اصنعوا لآل جعفر طعاما يثاب على هذا المنع المذكور ؟

أفيدوا بالجواب بما هو منقول ومسطور. (الحمد لله وحده) وصلى الله وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه والسالكين نهجهم بعده. اللهم أسألك الهداية للصواب. نعم، ما يفعله الناس من الاجتماع عند أهل الميت وصنع الطعام، من البدع المنكرة التي يثاب على منعها والي الامر، ثبت الله به قواعد الدين وأيد به الاسلام والمسلمين

Dan sungguh telah aku perhatikan mengenai pertanyaan yang ditanyakan (diangkat) kepada para Mufti Mekkah (مفاتي مكة المشرفة) tentang apa yang dilakukan oleh Ahlu (keluarga) mayyit perihal makanan (membuat makanan) dan (juga aku perhatikan) jawaban mereka atas perkara tersebut. Gambaran (penjelasan mengenai keduanya ; pertanyaan dan jawaban tersebut) yaitumengenai (bagaimana) pendapat para Mufti yang mulya (المفاتي الكرام) di negeri “al-Haram”, (semoga (Allah) mengabadikan manfaat mareka untuk seluruh manusia sepanjang masa), tentang kebiasaan (urf) yang khusus di suatu negeri bahwa jika ada yang meninggal, kemudian para pentakziyah hadir dari yang mereka kenal dan tetangganya, lalu terjadi kebiasaan bahwa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan dan karena rasa sangat malu telah meliputi ahlu (keluarga mayyit) maka mereka membebani diri dengan beban yang sempurna (التكلف التام), dan (kemudian keluarga mayyit) menyediakan makanan yang banyak (untuk pentakziyah) dan menghadirkannya kepada mereka dengan rasa kasihan.

Maka apakah bila seorang ketua penegak hukum yang dengan kelembutannya terhadap rakyat dan rasa kasihannya kepada ahlu mayyit dengan melarang (mencegah) permasalahan tersebut secara keseluruhan agar (manusia) kembali berpegang kepada As-Sunnah yang lurus, yang berasal dari manusia yang Baik (خير البرية) dan (kembali) kepada jalan Beliau (semoga shalawat dan salam atas Beliau), saat ia bersabda, “sediakanlah makanan untuk keluarga Jakfar”, apakah pemimpin itu diberi pahala atas yang disebutkan (pelarangan itu) ?

Allah aku memohon kepada-Mu supaya memberikan petunjuk kebenaran”.Ya , apa yang dilakukan oleh manusia dari berkumpul ditempat ahlu (keluarga) mayyit dan menghidangkan makanan, itu bagian dari bid’ah munkarah, yang diberi pahala bagi yang mencegahnya dan menyuruhnya. Allah akan mengukuhkan dengannya kaidah-kaidah agama dan mendorong Islam serta umat Islam”
​

perhatikan teks yg bertanda biru, ia adalah teks dr kitab asal tanpa diubahsuai spt teks yg sdr berikan dlm post sdr...

jd jls Al-Allamah Mufti mengatakan secara spesifik bid'ah bg perbuatan tetamu yg menunggu utk dihidangkan mknan spt soalan yg diajukan iaitu...

"...lalu terjadi kebiasaan bahwa mereka (pentakziyah) itu menunggu (disajikan) makanan..."

jls skrg Al-Allamah Mufti x pernah mengatakan bid'ah & haram secara umum ke atas majlis tahlil spt yg dinyatakan dlm statement...

"...Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah..."

mmg fitnah yg melampau2 dlm artikel yg sdr petik nih, dah 2 org ulama bsr jd mangsa...

~~~~~~~~~~~~~~~

sy berhenti setkt nih jer, dah x lrt sy nak tgk fitnah2 yg ditaburkan oleh penulis artikel nih ke atas ulama2 bsr Islam...

x blh nak buktikan Imam Syafie kater majlis tahlil itu haram secara umum maka gunerkan lrgan spesifik ke atas penyediaan mknan...

lrgan penyediaan mknan yg hanya dihukumkan makruh jika disediakan oleh keluarga si mati, pandai2 plak dinaiktrf hingga jd haram...

kendian disandar semula kat Imam Syafie & ulama2 Syafiyyah yg x pernah pon kuar statement camtuh, memalukan sungguh...

lg memalukan biler petik teks para ulama sekerat2 sehingga hilang konteks asal dgn tujuan utk menang hujah pergghhh...

klu camnih ler glgan yg sdr nak ikut, silakan ler sy x lrg pon, tp nak yakinkan sy dgn hujah camnih, maaf ajer ler...

7. Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:


قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.


Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bidah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab gAr-Raudahh iaitu mengerjakan amalan yang disebut gkaffarahh secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bidah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanyah.

8. Di dalam kitab (الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:


وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ .

Termasuk bidah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyahh.

1. Di dalam Tafsir Ibnu Kasir terdapat fatwa Imam Al-Syafie.
Firman Allah Swt :

وَأَن لَّيْسَ لِلإِنسَـٰنِ إِلاَّ مَا سَعَىٰ
“ Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya. ( Surah Al-Najm : Ayat 39 )
ومن هذه الآية الكريمة استنبط الشافعي رحمه الله ومن اتبعه : أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛
لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم، ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته، ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم، ولو كان خيراً، لسبقونا إليه
“ Dan daripada ayat yang mulia ini telah mengistimbat oleh Imam Syafie rahimahullah dan Orang yang mengikutinya : bahawa membaca ( Al-Quran ) tidak sampai pahalanya kepada orang mati, kerana bukanlah amalan yang mereka lakukan dan bukan apa yang mereka usahakan , oleh itu Nabi Saw tidak mensunnatkan untuk dilakukan oleh ummatnya dan tidak menyarankan untuk melakukanya dan tidak memberi tunjuk ajar kepada perkara ini dengan Nas dan rujukan, dan tidak pernah diriwayatkan daripada satu pun sahabat Nabi Saw. Dan kalaulah baik nescaya mendahului perbuatan ini oleh para sahabat ”. ( Tafsir Al-Quranul Karim / Ibnu Katsir w. 774 H)
2. Dalam kitab Al-Umm. Berkata Imam Syafie rahimahullah :
وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.

"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)". Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah.


3. Dalam kitab ( مغنى المحتاج )
Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang mungkar oleh Imam Syafierahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:
وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.

"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah".
( lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268 )

4. Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:

وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).
"
Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih). kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146
Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Kesimpulan

Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkan oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.
 
Last edited:
#1477
penyokong bid’ah yang dibenci ni mesti tak larat baca tulisan panjang lebar ni tuan.

yer ker???...

atau org yg cayer tulisan panjang lebar ni yg x lrt nak bacer...

sbb tuh terima jer tanpa buat kajian sendiri terlbh dhl...

sdgkan tulisan tuh menjd pjg & lebar hanya krn pelbgi fitnah yg ditabur ke atas para ulama Islam...
 
pendek kan cite...
halal??
haram???
harus???
makruh???

#takberapafaham...
 
majlis kenduri tahlil tu memang terang-terang bid'ah, ustaz buznama siasat punya siasat kenduri tahlil ni asalnya dari negara seberang.

majlis kenduri tahlil boleh jatuh hukum haram kalau duit buat kenduri tu pakai duit anak yatim waris simati atau waris simati terpaksa hutang along untuk buat kenduri makan-makan jamu orang kampong.


Aku pun sependapat dengan kau. Aku terpikir harta simati termasuk duit sedekah adalah hak anak2 arwah. Biasanya majlis tahlil dibuat sebelum harta2 ni bahagi2kan. Yang buat majlis ni pulak biasanya saudara mara simati. Bererti kalau anak2 arwah tak redha pasti jatuh haram makanan yg kita makan kan? Tak pernah lagi kat Malaysia ni aku jumpa jiran-jiran masak dan bawak lauk dan makanan ke rumah simati untuk hidangan. Atas sebab ini lah aku tak pergi majlis tahlil. Lagi satu niat orang pergi tahlil aku rasa 80% pergi nak makan bukan nak baca yasin tu sangat. Cuba try buat tahlil tak ada hidangan makanan. Tengok berapa kerat yang pergi. Banyak sangat benda-benda yang samar-samar dalam tahlil ni. Sebab itu agaknya Tuan guru Nik Aziz pun tak nak majlis tahlil dibuat masa dia meninggal dunia. Aku pun atas sebab tak yakin memang tak pergi kalau orang jemput ke majlis tahlil. Lebih rela tekak aku ni makan nasi kat rumah. Aku tengok ramai yg suka pergi tahlil ni lebih kepada sangap nak makan free je :)) Kalau kenduri kesyukuran aku pergilah.
 
Back
Top
Log in Register