BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISU TAHLIL ARWAH

Tapi memang suasana macam ada parti, tahlil ni...almaklum la sedara ipar duai,sepupu sepapat dah lama tak jumpa...seronok...

tapi macamana ahli keluarga yang terima musibah tersebut,dan mereka tak gembira dan tak nak beseronok masa tu...malah belum bersedia berniat nak meraikan majlis macam tu...
 
menilai majlis tahlil secara keseluruhan mmg takder dalil yg khusus membenarkan majlis sedemikian...

ttp jika sedara melihat satu persatu amalan semasa majlis tahlil tersbt, spt membaca Al-Quran, mengucapkan la ila ha illallah, bersedekah, menghormati tetamu, dll semuanyer ader dalil msg2...

persoalan sama ader dalil2 itu khusus dilakukan slps berlaku kematian jg x masuk akal bg sy, krn kiter diperintahkan utk mengingati qjjl SWT ketika berdiri, duduk & berbaring [sepjg masa]...

lbh dari itu kiter diperintahkan agar melakukan perkara2 yg sentiasa mengingatkan kiter kpd kematian & melupakan dunia...

bkn ker kematian si jenazah mengingatkan kite kpd kematian & seterusnyer membw kiter kpd perbuatan2 yg dianjurkan oleh Islam sepjg majlis tahlil tuh...

jika semua ibadah mesti berdsrkan dalil khusus tanpa blh menyimpang wlu sedikit pon maka mgkn sedara blh jlskan 2 soalan dibwh...
  1. Sayidina Umar yg tlh memperkenalkan perkara2 baru dlm solat tarawih di zmn beliau yg x ader di zmn Nabi Muhammad SAW, aderkah beliau melakukan perkara bid'ah...

  2. jwb jg persoalan ttg jumlah zikir yg diajukan oleh sedara Abbas, aderkah berzikir dgn jumlah yg x ditunjukkan dlm sunnah menjdkan ia bid'ah...

Bro... Nak tanye berkenaan 2 persoalan yang diutarakan sbgaimana dibawah.. Boleh bagi detail apa yg bro maksudkan ?


Sayidina Umar yg tlh memperkenalkan perkara2 baru dlm solat tarawih di zmn beliau yg x ader di zmn Nabi Muhammad SAW, aderkah beliau melakukan perkara bid'ah...

[*]jwb jg persoalan ttg jumlah zikir yg diajukan oleh sedara Abbas, aderkah berzikir dgn jumlah yg x ditunjukkan dlm sunnah menjdkan ia bid'ah...
[/LIST]
 
Bro... Nak tanye berkenaan 2 persoalan yang diutarakan sbgaimana dibawah.. Boleh bagi detail apa yg bro maksudkan ?

dah hampir luper dah konteks perbincangan nih sbb dah lama ditinggalkan...

tp takper x sy cuber trgkan setkt yg sy mampu ingat...

ringkasnyer soalan di atas adalah utk membantah geng2 yg menentang majlis tahlil arwah...

hujah mrk bhw majlis tahlil x ader dalil yg khusus pd zmn Nabi Muhammad SAW & jg para shbt...

sbb tuh sy bertanyakan soalan tuh secara retorik kpd penentang majlis tahlil nih...

Sayidina Umar Al-Khattab RA berijtihad bhw solat tarawih perlu disempurnakan dgn 20 rakaat, dgn seorg imam & di masjid sepjg bln Ramadhan...

tp Nabi Muhammad SAW sendiri x pernah menunaikan solat tarawih di masjid sebyk 20 rakaat setiap mlm sepjg bln Ramadhan...

jika mengikut standard yg mrk gunakan, maka ijtihad Sayidina Umar Al-Khattab itu adalah bid'ah krn takder dalil...

persoalannyer naper mrk x turut sama menentang solat tarawih yg dilaksanakan sedemikian sama spt mrk menentang majlis tahlil...

jln hujah yg sama jg sy gunakan dgn persoalan jumlah zikir yg kita biasa amalkan pd hari ini...

jd x perlu nak ditrgkan pjg lebar, ttp jika sdr berminat nak tau detail lihat post #839 dr sdr Abbas...
 
baca ni jugak

facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10153625573052786
 
baca ni jugak

facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10153625573052786

sy berikan ringkasan bg sesiapa yg x berkesempatan utk membaca artikel yg diberikan di atas...
"Oleh itu, tahlil juga tidak akan jadi haram selagi kita tahu dan yakin bahawa ia mampu mendekatkan diri kita kepada Allah (QS:5/35). Ia akan JADI HARAM apabila kita SENGAJA menetapkan taqwim tahlil itu sebagai WAJIB, kerana Allah dan Rasul tidak wajibkan ia dengan dalil naqli secara jelas.

...

Tahlil dikatakan amalan baru kerana tidak berlaku di zaman nabi SAW. Namun ia juga tidak bertentangan dengan al-quran dan sunnah selagi tidak ada unsur MAKSIAT dan MENSYIRIKKAN Allah. Antaranya termasuk amalan NIHAYAH (meratap) yang memanjangkan kesedihan atau pemujaan kepada peribadi simati.

Ia boleh JADI HARAM apabila laki dan perempuan bukan muhrim bebas bercampur tanpa batas. Salah seorang sukarelawan kami baru sahaja menyaksikan satu majlis tahlil yang meletakkan urusan membaca Yasin dan tahlil itu diketuai serta dilakukan oleh golongan wanita. Yang janggal di situ ialah bila kaum lelaki hanya duduk berborak, memasak dan menjamu selera. Ini melanggar firman di QS:4/34.

Juadah jamuan di majlis tahlil juga biasanya disediakan oleh keluarga si mati. Sepatutnya kita meringankan beban mereka. Ini juga boleh menjadikan ia haram jika harta yang digunakan untuk majlis itu adalah hak anak yatim atau asnaf fakir dan miskin.

Ada pula kes yang melibatkan aktiviti menjual agama, mencari keuntungan dunia dengan mengambil upah membaca al-quran dan tahlil untuk si mati dengan pakej dan harga tertentu. Sebahagiannya turut mengeksploitasi pelajar tahfiz. Itu tidak termasuk adegan paling pelik, iaitu letak air dalam bekas, atau beli air mineral berdozen-dozen, sebelum bacaan yassin dan doa kena pastikan penutup botol air mineral mesti di buka dan di biarkan air mineral tersebut terdedah. Allah suruh guna 'akal' dari air yang dianalogikan sebagai ilmu, bukan untuk dijadikan 'tangkal'...

Oleh itu, kami di RPWP meletakkan UPACARA TAHLIL sebagai satu ibadah HARUS atau SUNAT mengikut kondisi tertentu...."
​
 
Last edited:
alhmdlillah..penerangan yang sangat memuaskan hati..i will never do bidaah untill the end....
 
Back
Top
Log in Register