GamezStar
CG Hardcore Club


- Messages
- 67,872
Top Poster #1
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 67,872
- Reaction score
- 7,863
- Points
- 881
sbelum ni
pnb da lame amik sp setia
coment dari LYN
mari kita bincang.. jadi isu racist plak :-?:-?
KUALA LUMPUR 20 Jan. — Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd., Tan Sri Liew Kee Sin, akan meletak jawatan yang disandangnya itu pada 30 April ini.
SP Setia melantik Datuk Voon Tin Yow, Ketua Pegawai Operasi sedia ada sebagai Pemangku Presiden dan CEO syarikat mulai 1 Mei ini hingga 30 April 2015.
Beliau dibantu oleh Datuk Khor Chap Jen, yang juga Naib Presiden Eksekutif Kumpulan sebagai Pemangku Timbalan Presiden untuk tempoh yang sama.
Dalam kenyataan di sini hari ini, SP Setia berkata, Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Teow Leong Seng akan bertugas sehingga 21 Julai ini, manakala Tan Sri Lee Lam Thye hari ini meletak jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.
Lee bagaimanapun memberi jaminan kepada SP Setia mengenai kesediaannya untuk kekal sebagai Pengerusi Yayasan SP Setia selagi khidmatnya masih diperlukan.
Pengerusi SP Setia Bhd., Tun Zaki Tun Azmi berkata: "Walaupun lembaga pengarah sedih untuk melepaskan Tan Sri Liew, Datuk Teow dan Tan Sri Lee, SP Setia yakin bahawa Kumpulan ini akan terus berada dalam pengurusan mantap Datuk Voon dan Datuk Khor.
"Pelantikan Datuk Voon dan Datuk Khor sebagai Pemangku Presiden dan CEO dan Pemangku Timbalan Presiden adalah sejajar dengan rancangan peralihan pengurusan yang diluluskan oleh SP Setia pada Mac 2013.
"Kedua-dua mereka menyertai Kumpulan ini sejak 1996 dan telah memberi sumbangan besar ke arah pertumbuhan hebat yang dicapai oleh SP Setia sepanjang 18 tahun lalu," katanya.
"Dalam tempoh setahun ini, pihak lembaga pengarah bercadang mendapatkan pandangan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) sebelum terma dan syarat pelantikan dipersetujui dan dimuktamadkan dengan pengganti yang dikenal pasti.
"Sebagai pemegang saham terbesar dengan menguasai lebih 60 peratus saham SP Setia, pegawai yang memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden mesti mendapat sokongan padu PNB," kata Zaki.
Di bawah kepemimpinan Liew, SP Setia meraih jualan RM8.24 bilion pada tahun kewangan 2013, hampir dua kali ganda jualan dicatat tahun kewangan sebelumnya.
Pada 31 Oktober 2013, syarikat mempunyai RM9.6 bilion jualan belum dikutip dengan bayaran dijangka diperoleh dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kumpulan itu mempunyai 4,782 ekar (1935 ha) kawasan tanah belum dibangunkan bernilai RM102 bilion dalam Nilai Pembangunan Kasar dengan kepentingan SP Setia sebanyak RM71 bilion. — BERNAMA
Artikel Penuh: http://ww3.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140121/ko_06/CEO-SP-Setia-letak-jawatan#ixzz2rYkmKknj
© Utusan Melayu (M) Bhd
pnb da lame amik sp setia
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini membuat tawaran bersyarat untuk mengambil alih kesemua saham kepentingan SP Setia Bhd. (SP Setia), syarikat hartanah terbesar di Malaysia daripada segi jualan dan bank tanah dengan harga RM3.90 sesaham.
PNB kini menguasai 33.16 peratus kepentingan dalam SP Setia secara langsung dan juga melalui kesemua dana unit amanahnya, sekali gus perlu membuat tawaran untuk menguasai baki pegangan yang belum dimilikinya.
Kesemua dana unit amanah itu ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan Amanah Saham Didik.
Dana unit amanah lain adalah Amanah Saham 1Malaysia, Sekim Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Gemilang - Pendidikan, Persaraan dan Kesihatan.
Selain PNB, para pemegang saham SP Setia yang lain adalah Kumpulan Simpanan Wang Pekerja sebanyak 13.4 peratus dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) lima peratus. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia, Tan Sri Liew Kee Sin memiliki 11 peratus.
Maybank Investment Bank (MIB) dalam kenyataannya bagi pihak PNB berkata, harga tawaran sebanyak RM3.90 sesaham mewakili premium sebanyak 21.50 peratus atau 69 sen lebih tinggi daripada harga purata wajaran dagangan (VWAP) selama lima hari urusniaga RM3.21.
PNB juga menawarkan 91 sen bagi setiap waran merupakan premium sebanyak 45 sen atau 97.83 peratus kepada harga penutup waran RM0.46 pada 27 September lalu.
MIB berkata, semalam PNB telah membeli 2.071 juta saham biasa SP Setia melalui pasaran terbuka pada harga antara RM3.16 hingga RM3.50 sesaham atau RM7.136 juta secara tunai.
Pada tarikh yang sama, PNB melalui kesemua dana unit amanah turut membeli sejuta saham SP Setia dengan pelbagai harga sebanyak RM3.445 juta.
Pembelian itu telah meningkatkan pegangan PNB dan unit-unit amanah saham di bawah pengurusannya daripada 32.99 peratus kepada 33.166 peratus.
SP Setia dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini berkata, tawaran pengambilan alih itu secara fundamental berada di bawah nilai.
Berikutan itu, pihaknya melihat tawaran-tawaran alternatif bagi sahamnya.
Katanya, SP Setia juga akan meminta PNB menaikkan harga tawaran supaya lebih hampir dengan nilai adil syarikat hartanah itu.
Syarikat itu menambah, pihaknya juga akan melantik penasihat bebas yang tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk menasihati tawaran tersebut.
Sebelum itu, SP Setia dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa syarikat itu telah menerima notis tawaran pengambilan alih daripada PNB. Kaunter SP Setia digantung sehingga 5 petang hari ini.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli pula menyifatkan cadangan itu merupakan strategi pelaburan jangka panjang PNB memandangkan SP Setia memiliki trek rekod yang baik.
''Ia bukan sahaja syarikat hartanah terbesar, memiliki bank tanah yang banyak tetapi turut mencatat keuntungan besar,'' tambah beliau.
Baru-baru ini, SP Setia melaporkan mencatatkan jualan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 10 bulan pertama.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/inf...aysia&sec=Korporat&pg=ko_01.htm#ixzz2rYlAfTuG
© Utusan Melayu (M) Bhd
coment dari LYN
ytd night my bro family came back home to have dinner with us. sis-in-law told us her workplace story.
her kompeni is 1 of the big property developer in msia. her big bos resign already and the kompeni staff 200+ over ppl also resign want follow him to new company. most of these 200+ ppl are the brains and backbone of the company with senior & critical positions.
here's the thing. my sis-in-law also plan to resign. the HR managers (manager & asst manager) last day end of the month. she plan to tender on 1st feb. reason being, they couldnt find any replacement for both the HR managers.. so they ask the HR executives to be step-in manager until they hire someone. This HR executive is quite noob.. so my sis-in-law very much confident that her last day will be very easy, such as she can cut short the notice period, she can claim a lot of things (cos got rule say tender liao cannot claim), etc hr procedures.
the company is basically in a mess cos the old-timers are leaving.. only the new generation remains. i wonder how the company operation will be like after everyone finish serve notice already (in fact even now can see things got stuck and roadblocks already).
then i say la "not good la like this.. kesian the HR junior... i doubt u can bypass the system la cos HR procedures in place dy" then she say "currently got 200+ ppl tender already... once the HR manager leave.. u can see more ppl tender.. because everyone is talking abt using this taktik cos the HR manager very mafan wan.. so they will wait til the manager leave and tender"
itu saja my story
mari kita bincang.. jadi isu racist plak :-?:-?