dausbiz
CG Hardcore Club


- Messages
- 59,512
Paid Membership
- Joined
- Apr 27, 2015
- Messages
- 59,512
- Reaction score
- 3,004
- Points
- 666
Moga Allah Taala selamatkan pelarian rohingya
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.












NEW DELHI: Ketua parti nasionalis Hindu diketuai Perdana Menteri Narendra Modi mengambil kesempatan melemparkan kecaman peringkat baharu minggu ini terhadap pendatang haram Islam apabila mengugut mencampakkan mereka ke Teluk Bengal ketika pilihan raya bermula Khamis lalu.
Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) Amit Shah merujuk pendatang haram terbabit sebagai ‘anai-anai’, gambaran digunakan beliau September lalu, sekali gus menarik kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) juga mengambil perhatian terhadap kenyataan itu susulan laporan tahunan hak asasi manusia negara terbabit.
“Penyusup seperti anai-anai di bumi Bengal. Kerajaan BJP akan mengambil penyusup satu demi satu dan mencampakkan mereka ke dalam Teluk Bengal,” kata Shah merujuk pendatang haram dari negara majoriti Islam Bangladesh.
Beliau berkata demikian dalam perhimpunan BJP Khamis lalu di negeri timur Bengal Barat ketika pilihan raya selama 39 hari di India bermula.
Shah mengulangi pendirian BJP terhadap pemberian kerakyatan kepada penduduk Hindu, Buddha, Jain dan Sikh dari Bangladesh dan Pakistan.
India sudah berusaha mengusir anggaran 40,000 Muslim Rohingya yang tinggal di negara itu selepas lari dari Myanmar yang majoriti Buddha. India menganggap Rohingya sebagai ancaman keselamatan.
Komen daripada Shah, orang kanan Modi, menarik kritikan daripada parti pembangkang utama Kongres serta kumpulan minoriti.
Di Twitter, sesetengah pengguna menyamakan ucapannya kepada cadangan pembersihan etnik.
“Kenyataan itu adalah serangan langsung terhadap identiti dan integriti negara sebagai sebuah negara sekular,” kata Kerala Christian Forum, kumpulan dari negeri selatan dalam satu kenyataan sambil menuntut Shah memohon maaf.
Jurucakap Kongres, Sanjay Jha berkata, kenyataan Shah adalah cubaan sengaja memecahbelahkan pengundi. -Reuters
https://www.bharian.com.my/dunia/as...gut-campak-pendatang-rohingya-ke-teluk-bengal


PADANG BESAR: Polis Perlis mendedahkan wujud pihak tertentu membantu kumpulan etnik Rohingya masuk ke perairan antarabangsa sebelum menceroboh negara ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd, berkata beliau percaya pihak terbabit turut menyediakan kemudahan kepada pelarian di pulau terpencil sebelum mereka meneruskan perjalanan ke negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan perkara berkenaan secara terperinci buat masa ini kerana ia masih dalam siasatan rapi dan risikan polis.
“Tangan ghaib ini turut memberi makanan dan minuman atau dalam erti kata lain, kemudahan transit kepada mereka (etnik Rohinya) di pulau berkenaan.
“Kita percaya ada ‘pihak’ di sana yang mendorong kegiatan ini demi kepentingan pihak tertentu,” katanya kepada media ketika Lawatan Kebajikan di Kampung Sena Luar di sini, petang tadi.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama antara polis dan pihak berkuasa Thailand, Noor Mushar berkata beliau sudah bertemu dengan Ketua Polis Wilayah Satun, Kolonel Pacharapol Na Nakorn, dalam perjumpaan khas baru-baru ini.
“Perjumpaan itu saya kira agak positif kerana mereka (pihak berkuasa Thailand) sedia mengerahkan aset polis dan ketenteraan khususnya di perairan Thailand.
“Malah, mereka sering berkongsi maklumat dengan kita, bukan saja mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI), malah mengenai kegiatan penyeludupan ketum juga,” katanya.
Dalam tempoh dua bulan ini, sudah dua kali perairan Perlis diceroboh pelarian etnik Rohingya di Pantai Sungai Bahru, Kampung Belati.
Kesemua mereka memasuki perairan berkenaan dengan menaiki bot pancung dan tiba seawal jam 7 pagi sebelum disedari penduduk kampung yang ketika itu sedang keluar untuk bekerja dan menjalankan kegiatan perikanan.
https://www.bharian.com.my/berita/k...-dorong-etnik-rohingya-ceroboh-malaysia-polis





