BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,145.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Siri pembunuhan bimbangkan pendatang Rohingya di kem pelarian

17cox_1534482098.jpg

Kem pelarian di Cox Bazar. - Foto NSTP

COX BAZAR : Beberapa siri pembunuhan di kem penempatan pelarian Rohingya di sini menyebabkan golongan terbabit mula dilanda ketakutan.

Hampir 1,000 anggota polis telah ditugaskan mengawasi penempatan sementara itu bagi memastikan insiden berkenaan tidak berterusan


Tiga pemimpin komuniti dihormati adalah antara mangsa pembunuhan yang disifatkan polis sebagai krisis perebutan kuasa antara kumpulan tertentu di kem pelarian berkenaan.

Seorang mangsa dikenali sebagai Arifullah, ditiman sebanyak 25 kali ketika berada di jalan yang sibuk Jun lalu dan ditinggalkan begitu sahaja dalam keadaan berlumuran darah manakala dua lagi mangsa dibunuh ketika berada dalam penempatan masing-masing selang beberapa hari oleh penyerang bertopeng.

Polis di daerah Cox Bazar dilaporkan sedang menyiasat 21 kes pembunuhan pendatang sejak beberapa bulan lalu yang disifatkan sebagai perebutan kuasa dan kawasan antara mereka.

Sebahagian besar pendatang yang menghuni kem di Kutupalong iaitu kem pelarian terbesar dunia dan beberapa kem lain di kawasan sekitar berkata, semua pembunuhan itu membuatkan kehidupan mereka tidak lagi tenteram.

‘Apabila kumpulan samseng ini datang ke kem, penghuni akan menghubungi polis tetapi pihak berkuasa hanya datang selepas mereka pergi,” kata Runa Akter, 16 yang bapanya hilang tanpa sebarang kesan Julai lalu manakala beberapa saudara mara ditemui mati tidak lama selepas itu. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/as...bimbangkan-pendatang-rohingya-di-kem-pelarian
 
Myanmar perlu bertanggungjawab

image.jpg

GAMBAR fail menunjukkan sekumpulan pelarian Rohingya menunggu di kawasan sawah padi selepas memasuki kawasan sempadan di Palang Khali, Bangladesh. REUTERS

DHAKA 16 Ogos - Bangladesh tidak me*rancang untuk mengasimilasi lebih 700,000 pelarian Rohingya yang kini menetap di kem-kem pelarian di negara ini selepas mereka melarikan diri dari Rakhine susulan tindakan keganasan oleh tentera Myanmar pada Ogos tahun lalu.

Ditambah dengan 300,000 lagi yang telah menetap di negara ini lebih awal, jumlah keseluruhan pelarian Rohingya sudah mencecah lebih sejuta.


Menteri Muda Hal Ehwal Luar, Shahriar Alam dalam satu temu bual bersama portal berita Al-Jazeera memaklumkan, Bangladesh merupakan satu daripada negara yang memiliki jumlah penduduk paling padat di dunia, sekali gus tidak membolehkan negara ini menerima pelarian Rohingya sebagai populasi baharu.

“Kami dengan tegas percaya etnik Rohingya berasal dari Myan*mar biarpun status kerak*yatan mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Myanmar. Sehubungan itu, Myanmar perlu melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut dan bukan menjadi tanggungjawab Bangladesh untuk menguruskan hal ber*kenaan,” katanya.

Selain itu, Shahriar ditanya mengenai proses penghantaran pulang pelarian Rohingya ke Myan*mar yang disifatkan perlahan dan tidak seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua negara sebelum ini.

Jelas beliau, hanya sejumlah kecil pelarian Rohingya sudah dibawa pulang ke Myanmar namun perkara itu tidak boleh dikatakan sebagai penghantaran semula kerana mereka ditempatkan di sebuah kawasan yang tidak berpenghuni.

Bagaimanapun Shahriar me*nyatakan terdapat tiga perkembangan berhubung isu tersebut iaitu yang pertama, Myanmar buat pertama kalinya menandatangani persetujuan dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pelarian (UNHCR) dan Program Pembangunan PBB (UNDP) bagi memantau proses tersebut.

“Perkembangan kedua adalah Menteri Luar, Pororashtrya Montri memaklumkan beliau sendiri menyaksikan bagaimana Myan*mar membina infrastruktur baharu di negeri Rakhine untuk menerima kepulangan pelarian Rohingya.

“Perkembangan seterusnya menunjukkan bagaimana kerajaan Myanmar menerusi pentadbiran pemimpin Aung San Suu Kyi mengunjungi kem-kem pelarian di sini untuk mende*ngar permasalahan dan keperluan mereka selepas dihantar pulang ke Rakhine,” katanya.

Dalam pada itu Shahriar menjelaskan, Bangladesh tidak akan melakukan paksaan dalam menghantar pelarian Rohingya ke Rakhine, sebaliknya negara ini ingin melakukan proses tersebut secara teliti berdasarkan garis panduan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan keperluan etnik tersebut terjamin selepas mereka dihantar pulang.

Katanya, Bangladesh berharap proses penghantaran dapat dijalankan dengan lancar, sekali gus boleh meyakinkan semua pelarian Rohingya bahawa kea*daan di Rakhine adalah selamat.

Shahriar juga ditanya me*ngenai kritikan beberapa orga*nisasi hak asasi manusia tentang rancangan kerajaan Bangladesh untuk menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah pulau tidak berpenghuni iaitu di Bhashan Char dengan menggunakan kos sendiri.

Menurut beliau, kawasan pe*nempatan di pulau itu bukan pusat tahanan dan kini Bangladesh dalam usaha membangunkan kawasan sekitarnya, selain menjemput kumpulan hak asasi manusia melawat tempat tersebut.

Bagaimanapun, kesemua kemudahan itu hanya melibatkan kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelarian Rohingya yang berada di negara ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/myanmar-perlu-bertanggungjawab-1.730664#ixzz5OQC40ucm
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Pemimpin tentera Myanmar perlu didakwa - PBB

FILES-MYANMAR-BANGLADESH-UNREST-REFUGEE-ROHINGYA-UN_1535360951.jpg

MIN Aung Hlaing. - Foto fail AFP

GENEVA: Kumpulan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan antarabangsa dan pertuduhan terhadap ketua tentera serta lima pemimpin tertinggi dilakukan atas kesalahan pembunuhan beramai-ramai kumpulan etnik Islam Rohingya.

“Beberapa pemimpin tertinggi Myanmar, termasuk Ketua Komander Kanan, Min Aung Hlaing, perlu disiasat dan didakwa atas kesalahan melakukan pembunuhan beramai-ramai di utara negeri Rakhine, termasuk jenayah kemanusiaan di negeri Rakhine, Kachin dan Shan,” kata kumpulan misi pencarian fakta PBB.

Myanmar dengan tegas menafikan tuduhan melakukan pembersihan etnik, sebaliknya memberi alasan ia sebagai tindak balas terhadap serangan pemberontak Rohingya.

Bagaimanapun, laporan hari ini mendedahkan, taktik tentera secara konsisten dan tidak seimbang dengan ancaman keselamatan sebenar.

Misi yang ditubuhkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Mac 2017, merumuskan dalam laporan terdapat maklumat yang mencukupi untuk membenarkan penyiasatan dan pendakwaan terhadap pegawai kanan tentera Myanmar.

“Jenayah di Rakhine, dan perbuatan mereka adalah serupa dengan tindakan golongan yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai dilakukan dalam konteks lain,” kata laporan itu.

Pada masa sama, kritikan turut ditujukan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi yang juga pemenang hadiah Nobel Keamanan.

Beliau menjadi sasaran rasa sakit hati dunia kerana kegagalan memperjuangkan hak kumpulan minoriti yang tidak memiliki kerakyatan itu.

Laporan itu mendapati, dia tidak menggunakan kedudukan ‘de facto’ sebagai ketua kerajaan atau kuasanya untuk mengekang atau mencegah tindakan itu.

Kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari utara Rakhine ke Bangladesh selepas tentera Myanmar melancarkan tindakan keras pada Ogos lalu terhadap kumpulan pemberontak, dengan melakukan pembunuhan dan merogol. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/08/466661/pemimpin-tentera-myanmar-perlu-didakwa-pbb
 
Selesai isu pelarian Rohingya elak direkrut Daesh

simpsabu_1535349651.jpg

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Keselamatan ASEAN Persatuan Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamatan Profesional (IACSP) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Isu pelarian Rohingya perlu ditangani segera kerana mereka berpotensi direkrut sebagai pejuang pengganas Daesh termasuk mereka yang berlindung di negara ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata perkara itu wajar diberi perhatian oleh rakan Malaysia di rantau ini kerana kumpulan itu dilihat berada dalam situasi yang amat terdesak akibat tekanan yang berlaku di Rakhine.


Katanya, isu berkenaan amat besar di rantau Asia Tenggara kerana isu domestik Myanmar sudah merebak ke Malaysia dengan lebih 100,000 pelarian Rohingya berlindung di negara ini dan sebahagian besar lagi berada di Bangladesh dan beberapa negara lain.

“Kita mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan lebih hebat kerana kita bimbang perkara itu akan mendorong mereka (pelarian Rohingya) terpengaruh dengan ideologi Daesh.

“’Mengambil contoh tekanan dihadapi penduduk Palestin oleh Israel, rakyatnya menggunakan pelbagai cara untuk melawan semula termasuk ada yang mengambil jalan menjadi pejuang berani mati,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Keselamatan ASEAN Persatuan Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamatan Profesional (IACSP), di sini, hari ini.

Katanya, apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin boleh berlaku ke atas pelarian Rohingya kerana ada kalangan mereka sudah berputus asa dan melihat tiada jalan lain selain “berjihad” dengan cara Daesh bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Antipengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya berjaya mengusir empat individu terdiri daripada warga Myanmar dan Bangladesh yang merancang melakukan serangan di Rakhine, Myanmar pada tahun 2015.

“Berdasarkan risikan dan maklumat kita membuat tangkapan di negara ini sebelum mengusir mereka pulang ke negara masing-masing,” katanya yang hadir sebagai panel pada simposium dua hari itu.

https://www.bharian.com.my/berita/k...sai-isu-pelarian-rohingya-elak-direkrut-daesh
 
Wartawan ditangkap siasat kekejaman tentera Myanmar

image.jpg
DUA gambar yang diperoleh Reuters menunjukkan 10 lelaki etnik Rohingya duduk dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang sebelum dibunuh dan dihumban ke dalam lubang besar di Kampung Inn Dinn, Rakhine pada 2 September tahun lalu.

image.jpg
REHANA KHATUN merenung jauh nasib keluarganya di kem pelarian Kutupalong , Coxs Bazar, Bangladesh selepas suami, Mohammed Nur merupakan antara 10 penduduk Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar dan penduduk kampung beragama Buddha. REUTERS

UPDATE 27/08/18 :Wartawan didakwa cabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar, keputusan 3 Sept
​


51535345190_TBKYAWSOEOOx.jpg

Kyaw Soe Oo diiringi polis di mahkamah di Yangon, Myanmar, 1 Feb, 2018. REUTERS / Fail

YANGON: Keputusan kes melibatkan dua wartawan Reuters yang dituduh mencabul Akta Rahsia Rasmi Myanmar ditangguhkan kepada Isnin depan.

Ia susulan hakim yang mengendalikan kes pendakwaan itu tidak sihat, menurut seorang pegawai mahkamah.


"Hakim tidak sihat, jadi saya di sini untuk mengumumkan keputusan itu ditangguhkan kepada 3 September," kata Hakim Khin Maung Maung.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri prosiding singkat di mahkamah Yangon itu, menggantikan Hakim Ye Lwin yang mengendalikan kes itu sebelum ini.

Wartawan Wa Lone, 32 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 28 tahun, telah ditahan pada Disember 2017.

Pendakwaan mereka dilihat sebagai satu ujian terhadap kemajuan menuju demokrasi di negara Asia Tenggara itu.

Sebelum ini, nasib dua wartawan itu dijangka ditentukan hari ini.


http://www.astroawani.com/berita-du...-rahsia-rasmi-myanmar-keputusan-3-sept-183975
 
Facebook sekat 20 laman sosial tentera Myanmar

pexel_facebook_1535369088.jpg









YANGON: Facebook menyekat semua bentuk laman sosial yang mempunyai kaitan dengan pemimpin dan tentera Myanmar susulan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar pendakwaan dilakukan atas mereka kerana pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di negara itu.

“Kami mengharamkan 20 individu dan organisasi Myanmar dari Facebook, termasuk Ketua Komander Tentera, Jeneral Kanan, Min Aung Hlaing,” kata pengendali media sosial terbesar itu dalam satu kenyataan menerusi laman sesawang.

Dalam kenyataan itu Facebook berkata, mereka mahu menghalang perkhidmatan media sosial itu digunakan untuk terus ‘menyalakan api’ ketegangan etnik dan agama.







sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2018/08/371914/facebook-sekat-20-laman-sosial-tentera-myanmar





.
 
Tekanan tidak membantu selesai krisis Rohingya - China

28hague_1535462342.jpg

ahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di the Hague. - Foto REUTERS

BEIJING: Tekanan terhadap Myanmar tidak membantu dalam menyelesaikan krisis pelarian Rohingya, kata China, selepas penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa tentera Myanmar bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap komuniti minoriti itu.

PBB semalam kali pertama secara jelas menggesa pegawai kanan Myanmar didakwa atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai disebabkan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya dan pengumuman itu dijangka menjadikan Myanmar lebih terpencil.

Pasukan penyiasat krisis itu menggesa Majlis Keselamatan PBB melaksanakan embargo senjata terhadap Myanmar, mengenakan sekatan terhadap pegawai kanan negara itu dan menubuhkan tribunal untuk membicarakan suspek atau merujuk mereka kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di the Hague.

Bagaimanapun, China mempunyai hubungan rapat dengan Myanmar dan menyokong operasi ketenteraan anti pemberontak di barat negeri Rakhine. Beijing juga pernah membantu menyekat resolusi terhadap krisis itu di Majlis Keselamatan PBB, sebelum ini. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...-tidak-membantu-selesai-krisis-rohingya-china
 
'Saya mahu suami saya pulang'

image.jpg

Chit Su Win merayu pembebasan suaminya, Kyaw Soe Oo, demi anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

YANGON - MYANMAR. Isteri kepada salah seorang daripada dua wartawan Reuters yang dipenjara di Myanmar merayu Aung San Suu Kyi supaya membebaskan suaminya demi anak mereka yang masih kecil.

Isteri Kyaw Soe Oo, Chit Su Win, 23, menitiskan air mata, ketika meminta penerima Hadiah Nobel Keamanan itu supaya membebaskan suaminya dan bapa kepada anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.

“Saya mahu suami saya pulang. Saya menangis setiap kali anak perempuan saya bertanyakan mengapa bapa tidak ada bersama. Adakah dia tidak menyayangi saya?”

Disember lalu, Wa Lone dan Soe Oo ditahan selepas dituduh mempunyai bukti tentang pembunuhan 10 lelaki Rohingya oleh pasukan pertahanan di sebuah perkampungan di Inn Din dekat utara Rakhine.

Kes penangkapan berkenaan menarik perhatian dunia tentang bagaimana teruknya kebebasan akhbar di bawah kerajaan Penasihat Negara Aung San Suu Kyi. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/saya-mahu-suami-saya-pulang-1.876068
 
Wartawan Reuters dapat sokongan banyak pihak

image.jpg

Kedua-dua wartawan ini dipercayai diperangkap pihak berkuasa Myanmar

YANGON - MYANMAR. Sebanyak 76 kumpulan masyarakat sivil, hari ini menggesa pembebasan dua wartawan Reuters yang dihukum penjara tujuh tahun kerana melanggar undang-undang rahsia Myanmar dan turut mengecam keputusan itu yang disifatkan sebagai tidak adil dan serangan terhadap hak kebebasan maklumat.

"Keseluruhan proses perbicaraan itu tidak adil dan dimanipulasi sepenuhnya," kata kumpulan termasuk pertubuhan pendidikan dan keamanan dalam satu kenyataan bersama dimuat naik di Twitter.

Sabitan ke atas kedua-dua wartawan Reuters, Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, yang mengaku tidak bersalah itu turut mencetuskan kritikan PBB dan negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan agensi antarabangsa.

Beberapa diplomat turut mempersoalkan tentang peralihan Myanmar kepada demokrasi selepas hampir 50 tahun berada di bawah pemerintahan junta tentera selain komitmen hak asasi kerajaan yang dipimpin penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi.

"Kami melihat ini sebagai tindakan keras terhadap hak untuk mengakses maklumat dan kebebasan media serta penindasan berterusan," ujar kumpulan itu lagi.

Sebelum ini, wartawan terbabit memberitahu mahkamah bahawa dua anggota polis menyerahkan dokumen kepada mereka di sebuah restoran di Yangon sebelum mereka ditangkap pada 12 Disember lalu.

Seorang anggota polis turut mendedahkan pertemuan tersebut adalah satu perangkap untuk menghukum Wa Lone dan Soe Oo kerana membuat liputan tentang pembunuhan beramai-ramai penduduk lelaki Rohingya di perkampungan Inn Din pada September 2017.

Semalam, Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, turut terkejut dengan keputusan mahkamah yang menyaksikan dua wartawan Reuters dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.

"Saya benar-benar terkejut. Saya menggesa Myanmar segera membebaskan Kyaw Soe Oo dan Thet Oo Maung tanpa syarat. Perbicaraan itu seakan mempersendakan keadilan," kata bekas presiden Chile itu pada hari pertama beliau memegang jawatan tersebut.

Kes tersebut turut mencetuskan bantahan masyarakat antarabangsa malah imej ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi turut tercalar kerana beliau hanya berdiam diri tentang kekejaman ke atas golongan minoriti tersebut.

Bagaimanapun, bekas wartawan Reuters, Aung Hla Tun yang kini memegang jawatan Menteri Maklumat bertindak mempertahankan tindakan Suu Kyi itu.

"Mengkritik sistem kehakiman adalah sama seperti menghina mahkamah. Saya tidak rasa beliau (Suu Kyi) akan berbuat demikian," ujarnya.

Difahamkan, peguam mewakili Wa Lone dan Soe Oo akan mengemukakan rayuan walaupun proses itu mungkin akan mengambil masa yang lama. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/wartawan-reuters-dapat-sokongan-banyak-pihak-1.875863
 
Back
Top
Log in Register