InstaForexRebat
CG Hardcore Club


- Messages
- 58,370
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 58,370
- Reaction score
- 5,557
- Points
- 721
Siri pembunuhan bimbangkan pendatang Rohingya di kem pelarian
Kem pelarian di Cox Bazar. - Foto NSTP
Kem pelarian di Cox Bazar. - Foto NSTP
COX BAZAR : Beberapa siri pembunuhan di kem penempatan pelarian Rohingya di sini menyebabkan golongan terbabit mula dilanda ketakutan.
Hampir 1,000 anggota polis telah ditugaskan mengawasi penempatan sementara itu bagi memastikan insiden berkenaan tidak berterusan
Tiga pemimpin komuniti dihormati adalah antara mangsa pembunuhan yang disifatkan polis sebagai krisis perebutan kuasa antara kumpulan tertentu di kem pelarian berkenaan.
Seorang mangsa dikenali sebagai Arifullah, ditiman sebanyak 25 kali ketika berada di jalan yang sibuk Jun lalu dan ditinggalkan begitu sahaja dalam keadaan berlumuran darah manakala dua lagi mangsa dibunuh ketika berada dalam penempatan masing-masing selang beberapa hari oleh penyerang bertopeng.
Polis di daerah Cox Bazar dilaporkan sedang menyiasat 21 kes pembunuhan pendatang sejak beberapa bulan lalu yang disifatkan sebagai perebutan kuasa dan kawasan antara mereka.
Sebahagian besar pendatang yang menghuni kem di Kutupalong iaitu kem pelarian terbesar dunia dan beberapa kem lain di kawasan sekitar berkata, semua pembunuhan itu membuatkan kehidupan mereka tidak lagi tenteram.
‘Apabila kumpulan samseng ini datang ke kem, penghuni akan menghubungi polis tetapi pihak berkuasa hanya datang selepas mereka pergi,” kata Runa Akter, 16 yang bapanya hilang tanpa sebarang kesan Julai lalu manakala beberapa saudara mara ditemui mati tidak lama selepas itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/as...bimbangkan-pendatang-rohingya-di-kem-pelarian