BTC USD 83,460.5 Gold USD 4,156.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[ISU ROHINGNYA] Rohingya Genocide Remembrance Day | August 25

Menteri Myanmar lawat pelarian Rohingya di Bangladesh

10wan.transformed_1.jpg

Menteri Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula, Win Myat Aye.
DHAKA: Menteri Myanmar akan melawat kem pelarian Rohingya di Bangladesh esok, kata pegawai, lawatan jarang yang diharapkan Dhaka membantu mempercepatkan kepulangan ratusan ribu minoriti negara jiran mereka itu.

Menteri Kebajikan Sosial, Bantuan dan Penempatan Semula, Win Myat Aye, akan bercakap kepada kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera di Myanmar sejak Ogos lalu.

"Ramai penduduk negaranya berada di sini dan menjadi kewajipan moral menteri untuk melihat keadaan pelarian.

"Negaranya mungkin mahu menunjukkan kepada pemimpin global bahawa mereka ikhlas dengan usaha penghantaran pulang," kata Pesuruhjaya Bantuan dan Pemulihan Pelarian Bangladesh, Mohammed Abdul Kalam.

Katanya, Bangladesh mahu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana ia menjadi beban kepada negara mereka yang tidak mampu ditanggung lagi.

Win Myat Aye mengesahkan kepada Reuters minggu lalu beliau akan melawat Bangladesh.

Kalam akan mengiringi beliau dalam lawatan ke kem di Kutupalong, lokasi ramai pelarian tinggal dalam pondok dibuat daripada buluh dan plastik yang tidak mampu bertahan dalam hujan lebat dan ribut pada musim tengkujuh apabila ia bermula Jun ini.

Pegawai Kementerian Luar Bangladesh berkata, negaranya mahu menunjukkan kepada Win Myat Aye cabaran yang dihadapi dalam menempatkan pelarian di Cox's Bazar yang bersempadan dengan Myanmar. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/as...myanmar-lawat-pelarian-rohingya-di-bangladesh
 
7 tentera Myanmar dipenjara

11walone.transformed.jpg

Wartawan Reuters yang ditahan Wa Lone (tengah) dikawal polis setelah perbicaraannya di mahkamah di Yangon, Myanmar atas dakwaan menyiarkan dokumen sulit. - Foto EPA-EFE
YANGON : Tujuh anggota tentera Myanmar dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas didapati bersalah mengambil bahagian dalam pembunuhan 10 lelaki etnik Rohingya yang beragama Islam.

Perkara itu diumumkan oleh ketua tentera dalam satu status di media sosial Facebook, lewat malam tadi.

Pembunuhan di perkampungan Inn Din pada 2 September lalu itu adalah satu-satunya kekejaman ke atas etnik Rohingya yang diperakui benar oleh junta tentera ketika melakukan operasi di utara wilayah Rakhine bermula Ogos tahun lalu.

Ia cuba dibongkar dua wartawan Reuters berpangkalan di Myanmar, Wa Lone, 31 dan Kyaw Soe Oo, 27 tetapi kedua-duanya kini berada dalam tahanan kerana didakwa menyiarkan dokumen sulit yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.

Sebulan selepas penahanan kedua wartawan berkenaan, pihak tentera menyiarkan kenyataan mengakui kekejaman itu, iaitu satu perkara yang jarang dilakukan dan turut berikrar akan mengambil tindakan ke atas individu bertanggungjawab.

"Empat pegawai telah disingkirkan dari tentera dan dihukum penjara selama 10 tahun dengan tugas berat. Tiga lagi anggota tentera turut disingkirkan dan juga dipenjara untuk tempoh yang sama serta diperintah melakukan tugas berat," kata kenyataan di Facebook itu.

Tribunal berkenaan diadakan secara tertutup sekali gus mengenepikan desakan antarabangsa yang meminta ia diadakan secara bebas. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/410554/7-tentera-myanmar-dipenjara
 
Zuckerberg janji 'bersihkan' kandungan bersifat kebencian dalam Facebook di Myanmar

71506733193_Rohingya.jpg


WASHINGTON: Ketua Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg pada Selasa berkata, syarikatnya akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk mengekang kata-kata dan ucapan bersifat kebencian di Myanmar, lapor Reuters.

Perkara itu diumumkan ketika Zuckerberg sedang memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai campur tangan pilihan raya dan ucapan kebencian di platform itu.

Facebook kini berdepan dakwaan daripada kumpulan hak asasi manusia kerana dikatakan tidak melakukan apa-apa untuk mengekang mesej berunsur kebencian dalam rangkaian media sosial di Myanmar, yang sekarang ini mendominasi sistem komunikasi.
"Apa yang berlaku di Myanmar adalah tragedi yang dahsyat, dan kita harus lakukan yang lebih,” ujar Zuckerberg dalam pendengaran selama lima jam di hadapan Jawatankuasa Perdagangan Senat dan Jawatankuasa Pengadilan Senat.

Lebih daripada 650,000 orang Islam Rohingya telah melarikan diri dari negeri Rakhine, Myanmar berikutan serangan dan penindasan oleh pasukan keselamatan, pada Ogos lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat insiden pembantaian etnik di Myanmar pada bulan lalu berkata, Facebook dikenal pasti menjadi sumber propaganda anti-Rohingya.

Pengerusi Misi Bebas Pencarian Fakta PBB di Myanmar, Marzuki Darusman, pada Mac mendakwa media sosial telah memainkan ‘peranan tertentu’ di Myanmar.

Zuckerberg berkata Facebook telah mengupah ramai lagi penurut bahasa Myanmar untuk memnyingkirkan kandungan yang membawa ancaman.

"Sukar untuk melakukan ini tanpa mereka yang bertutur bahasa tempatan. Kita perlu tingkatkan usaha secara dramatik," ujar Zuckerberg yang juga meminta kumpulan masyarakat sivil membantu dalam mengenal pasti individu yang patut diharamkan dalam rangkaian itu.

Tambahnya, pasukan Facebook juga akan membuat perubahan produk di Myanmar dan negara-negara lain yang berdepan masalah keganasan etnik.

http://www.astroawani.com/berita-du...at-kebencian-dalam-facebook-di-myanmar-172640
 
Bangladesh, UNHCR to ink preliminary plan on Rohingya repatriation

51523499795_RohingyaRefugee.jpg

A Rohingya refugee boy carries water in the Kutupalong refugee camp, in Cox's Bazar, Bangladesh March 22, 2018. - REUTERS

DHAKA/GENEVA: The United Nations refugee agency is set to sign a memorandum of understanding (MoU) with Bangladesh laying out a framework for the voluntary repatriation of Rohingya refugees to Myanmar, an agency spokesman said on Wednesday.

The MoU is aimed at establishing cooperation between the UN agency and Bangladesh "on the safe, voluntary, and dignified returns of refugees in line with international standards, if and when the conditions are conducive to returns," said U.N. High Commissioner for Refugees (UNHCR) spokesman Andrej Mahecic.

Mahecic and Bangladesh Foreign Secretary Mohammad Shahidul Haque said the MoU will be signed on Friday in Geneva.

Another Bangladeshi official involved in the discussions said the MoU is likely to lay out that the UNHCR will vet all refugees being repatriated to ensure that the process is 100 percent voluntary.
"The whole return process will be operated as per the UNHCR, so there will be no force put on the refugee to go back," said the source.

Some 700,000 Rohingya Muslims have fled a military crackdown and crossed into Bangladesh from Myanmar's Rakhine state since August. The refugees are living in cramped camps at Cox's Bazar, and Bangladesh is keen to urge the refugees to return home soon, especially with the oncoming monsoons expected to cause major devastation at the camps.

The official, who asked not to be named as he was not authorized to discuss matters with the media, said the UNHCR is expected to run a few transit sites along the border that will house refugees before they are transferred to temporary resettlement shelters in Rakhine State.

The official added that the U.N. body is expected to arrange sufficient funds to run the repatriation programme and that both the parties would conduct promotional activities urging people to return to Myanmar.

A Myanmar minister told Rohingya refugees in Bangladesh on Wednesday that their repatriation was a priority, in the first visit by a top Myanmar official since last year's exodus.

The bilateral MoU would be an early step in the process; work on a deal involving Bangladesh, Myanmar and the UNHCR is ongoing. That tripartite deal would aim to provide guarantees around the resettlement and safety of those that agree to be repatriated, along with assurances that officials of the UNHCR will be allowed to regularly inspect these sites.

Htin Lynn, Myanmar's ambassador to the U.N. in Geneva, told Reuters later on Wednesday that he was confident that his country could reach a deal with UNHCR by the end of April covering safe and voluntary repatriation.

http://www.astroawani.com/berita-du...preliminary-plan-rohingya-repatriation-172706
 
Suu Kyi 'takut' tindakan pendakwa raya ICC

image.jpg

YANGON - MYANMAR. Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, meluahkan kebimbangan berhubung langkah pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menuntut kuasa berhubung dakwaan pengusiran pelarian Rohingya ke Bangladesh.

"Kerajaan Myanmar meluahkan kebimbangan dengan berita berkenaan permohonan oleh Pendakwa Raya ICC untuk menuntut bidang kuasa berhubung dakwaan pengusiran penduduk Islam Rohingya dari Rakhine," kata pentadbiran negara itu dalam kenyataan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri daripada kekejaman tentera sejak Ogos lalu yang dianggap sebagai pembersihan etnik.

Terdahulu, Pendakwa Raya Fatou Bensouda meminta mahkamah menentukan sama ada ia mempunyai bidang kuasa berhubung pengusiran itu.

Keputusan menyokong akan membuka jalan kepadanya untuk menyiasat dakwaan jenayah kemanusiaan di Myanmar. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/suu-kyi-takut-tindakan-pendakwa-raya-icc-1.822084
 
Pelarian Rohingya pertama dihantar pulang ke Myanmar

image.jpg

YANGON - MYANMAR. Sebuah keluarga pelarian Rohingya dilaporkan dihantar pulang ke Myanmar semalam, menjadikan mereka yang pertama kembali ke negara itu sejak melarikan diri daripada kekejaman tentera pada Ogos lalu.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Jawatankuasa Maklumat Myanmar, lima sekeluarga dihantar ke khemah penempatan Taipingolemy di Rakhine awal pagi semalam.

Mereka kemudian diperiksa oleh pegawai migresen dan kesihatan, bantuan seperti beras, kelambu, selimut, pakaian dan perkakas dapur turut diberikan.

Kad Verifikasi Kebangsaan turut dikeluarkan kepada keluarga terbabit sebagai tanda dokumentasi.

Laman itu bagaimanapun tidak menyebut tentang kepulangan pelarian lain dalam masa terdekat.

Kepulangan tersebut berlaku di saat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi kemanusiaan antarabangsa menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan Myanmar menangani diskriminasi undang-undang dan isu penganiayaan ke atas etnik minoriti tersebut.

Bangladesh dan Myanmar sepatutnya memulakan proses penghantaran balik pelarian pada bulan Januari namun ia ditangguhkan akibat kekurangan persediaan.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya melarikan diri dari Myanmar dan menetap di kem pelarian Bangladesh. - AFP

http://www.sinarharian.com.my/global/pelarian-rohingya-pertama-dihantar-pulang-ke-myanmar-1.822462
 
Pelarian Rohingya perlu segera dibawa pulang

19wan.transformed_1.jpg

Menteri Kebajikan, Misi Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Win Myat Aye bercakap dengan pelarian Rohingya semasa beliau melawat kem-kem Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh. - Foto REUTERS
YANGON: Myanmar menyatakan kebimbangan mereka mengenai keadaan di kem pelarian di Bangladesh yang disifatkan 'amat teruk', justeru mahu program penghantaran pulang etnik Rohingya dilaksanakan segera menjelang ketibaan musim monsun.

"Selepas melihatnya sendiri, kami mengakui bahawa pelarian di kem berada di dalam keadaan menyedihkan.

"Jadi, perkara utama yang perlu kami lakukan ialah memulakan proses penghantaran pulang dengan secepat mungkin kerana musim monsun hampir tiba dan kami sangat bimbang dengan keadaan mereka yang melarikan diri ke Bangladesh," kata Menteri Kebajikan Sosial Myanmar, Win Myat Aye kepada wartawan di sini, selepas mengadakan dua hari ke kem pelarian berhampiran Cox' Bazar.

Pada Sabtu lalu, Myanmar berkata, negara itu sudah melaksanakan program penghantaran pulang pertama membabitkan satu keluarga etnik Rohingya.

Bagaimanapun, kerajaan Bangladesh dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, mereka tidak dimaklumkan mengenai penghantaran pulang itu.

Selepas berbulan mengadakan perbincangan, Myanmar dan Bangladesh bersetuju pada Januari lalu untuk menyelesaikan penghantaran pulang secara sukarela lebih 700,000 pelarian dalam tempoh dua tahun. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/414270/pelarian-rohingya-perlu-segera-dibawa-pulang
 
Polis India siasat kebakaran di kem Rohingya

terbakkkar.transformed.jpg

PENEMPATAN pelarian etnik Rohingya yang musnah dalam kebakaran di New Delhi. - Foto Reuters
NEW DELHI: Polis India sedang menyiasat kebakaran yang memusnahkan penempatan pelarian etnik Rohingya di sini, minggu lalu selepas seorang pengguna Twitter mengaku bertanggungjawab membakar kawasan itu.

Kebakaran dikatakan bermula awal Ahad lalu dan memusnahkan keseluruhan penempatan hingga memaksa 226 penduduknya melarikan diri.

Tidak ada pelarian yang cedera tetapi kebanyakan dokumen pelarian mereka musnah dalam kebakaran itu.

Kejadian baru-baru ini dikatakan kali keempat berlaku di kawasan penempatan itu dalam tempoh enam tahun.

Menurut polis mereka menyiasat punca dan dakwaan pihak yang bertanggungjawab melakukannya.

"Kami melakukan siasatan terbuka dan akan mencari individu di sebalik tulisan Twitter itu. Kami juga cuba mencari lebih banyak maklumat," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Chinmoy Biswal kepada Reuters. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/04/414723/polis-india-siasat-kebakaran-di-kem-rohingya
 
80 etnik Rohingya tiba di Aceh

21tibask.transformed.jpg

SEKURANG-KURANGNYA 80 etnik Rohingya yang menaiki bot kayu dilaporkan tiba di Indonesia. - Foto AFP
BANDA ACEH: Sekurang-kurangnya 80 etnik Rohingya yang menaiki bot kayu dilaporkan tiba di Indonesia, hari ini, kata pegawai.

Kumpulan berkenaan tiba di wilayah Aceh di pulau Sumatera, hanya beberapa minggu selepas etnik minoriti yang dianiaya Myanmar tiba di Malaysia.

Menurut ketua polis tempatan, semua mereka berada dalam keadaan baik dan tidak dapat dipastikan berapa lama mereka berada di laut.

"Alhamdulillah mereka semua sihat walaupun beberapa daripada mereka hanya kanak-kanak

"Kami memberi mereka makanan dan memeriksa kesihatan mereka satu persatu," katanya yang memberitahu AFP.

Bulan ini, sebuah kumpulan, termasuk dua lelaki Rohingya berumur 28 dan 33 tahun, wanita berusia 20 tahun, remaja perempuan berusia 15 dan kanak-kanak lelaki berjaya dikesan dalam sebuah bot kecil di luar pantai selatan Thailand dan Myanmar, kira-kira 325 kilometer dari Acheh.

Nelayan Indonesia membawa mereka balik ke Aceh dan kemudian ditahan pegawai imigresen. -AFP.

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/414729/80-etnik-rohingya-tiba-di-aceh
 
EU lanjut, perluas sekatan terhadap Myanmar

26mynmar.transformed.jpg

Pelarian Rohingya berjalan berhampiran pusat perlindungan di belakang sempadan Myanmar yang dipenuhi pagar dawai di daerah Maungdaw, negara Rakhine, Bangladesh. - Foto AFP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan melanjutkan tempoh embargo senjata terhadap Myanmar selama setahun lagi, minggu ini dan dijangka akan menyasarkan lebih ramai jeneral negara itu dengan sekatan baru, kata diplomat dan pegawai (EU).

EU menuduh Myanmar melanggar hak asasi manusia dalam alam operasi ketenteraan sistematik di barat laut negara itu, tahun lalu sehingga menyebabkan hampir 700,000 etnik Muslim Rohingya melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh.

Embargo senjata EU ke atas Myanmar, ketika ini dijangka berakhir sehingga hujung April dan beberapa diplomat serta pegawai berkata, tempoh itu akan dilanjutkan selama setahun lagi, sebelum tarikh sekatan terdahulu tamat.

Mereka berkata, sekatan juga akan diperluaskan terhadap latihan kepada tentera Myanmar yang sudah cukup terhad, ketika ini. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/04/417028/eu-lanjut-perluas-sekatan-terhadap-myanmar
 
Back
Top
Log in Register